Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Thursday, 14 March 2013

Aktiviti harian part 1

Bismillah..Assalamualaikum...
 
Hari2 sebagai suri rumah beranak 3 ni diisi penuh dengan aktiviti2 yang tak henti2...sedari pagi hingga mata hari terbenam..keje tak siap2...huhu..malam pula aktiviti buat power pumping yang tak leh nak skip...belum campur dengan Humaira yang agak meragam..huhu..haru biru jadinya..dulu nak nampak eye bag susah...skang eye bag pun rasa dah menggelembung semacam dek kerana tak cukup tido...huhu
 
aktiviti harian selepas waktu zohor dan sebelum asar adalah seperti berikut ye...hanya foto bisa berbicara..nak taip banyak2 tak cukup masa sbb si kecik dah start menyanyi...happy viewing...
 
Husna yang baru sampai dal..dari nurseri kata takmo belajar ngan ustazah..nak ibu ajar..nah, skang ibu dah ajar kena blajar sungguh2..

Humaira sebagai pemerhati

Penuh kusyuk
 
sempat gak ibu berposing

memerhati lagi..jangan nangis ye sayang...

Husna tak abis2 lagi..

siap ngan memek muka...ekekekek

kakak Huda yang baru masuk iqra' 4

kakak Huda cepatlah naik al-Quran
 
Semoga anak-anak ibu menjadi anak yang solehah..yang patuh pada ajaran islam dan yang taat pada kedua orang tua...Amin...
 
~LAA

Thursday, 7 March 2013

Lepas demam batuk berkahak pula...Aduhai sayang..


 
Bismillah..Assalamualaikum..
Hari ini aku lambat bersiaran..gara2 malam tadi masih lagi tak dapat tdo..malam semalam encik suami terasa yang dada Humaira ada bunyi..banyak kahak dah dia ni..huhu lepas makan malam kami semua pun bergegas ke klinik. sampai ke klinik bila doktor periksa, syukur alhamdulillah yg dia takde lelah just kahak yang kat paru2 dia agak banyak..dan agak merisaukan dokter tersebut. dan akhirnya kena la nabulizer..sepanjang buat nabulizer tu Humaira menangis tak berhenti2..aduhai, sayu hati ibu ni ble tgk anak sakit..baru 5 bulan dah kena amik gas..tiba2 kenangan 4 -5 tahun lepas bertandang..sejak anak pertama aku mmg jadi pengunjung tetap klinik kanak2..huhu..dari Huda, Husna dan skarang Humaira..semua ada masalah kahak..ble batuk selsema pasti kahak bersarang kat paru-paru..tapi syukur alhamdulillah..dorang ni semua tak mewarisi penyakit semput keluarga belah encik suami..kalau tidak..hurmm kesian..
 
 
teringat balik teknik2 nak mengurangkan kahak. teknik tepukan..

 
 
cara-caranya:
buat tapak tangan seolah2 melengkung..tiarapkan bayi dan tepuk bahagian kanan dan kiri bayi.Elakkan menepuk tulang belakang bayi.
kemudian beralih ke depan pula. tepuk kiri dan kanan bayi. Elakkan menepuk tengah dada..
 
Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak yang melekat pada paru-paru dan selepas 15 minit menepuk biasanya bayi akan batuk dan bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. sekiranya bayi terlelan, tidak mengapa kahak akan keluar melalui najis.
 
perlu diingat, sebelum anda memulakan teknik tepukan ini, pastikan bayi anda tidak minum 1 jam /setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.
 

p/s: Doakan semoga Humaira lekas sembuh, ibu dia rindu gelak tawa dia..minum susu pun agak kurang dan tidur dia pun tk lena..huhu..cepatlah sembuh sayang...

~LAA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute