Showing posts with label Penjagaan Bayi. Show all posts
Showing posts with label Penjagaan Bayi. Show all posts

Wednesday, 10 April 2013

BAHAYA Biarkan Bayi menangis

 
Bagi yang pertama kali bergelar ibu pastinya pelbagai perkara mengenai perihal bayi mesti diketahui termasuk perihal tangisan bayi. Tahukah anda setiap tangisan bayi mempunyai pengertian yang berbeza.
 
Respons Vs Cry it out
Tahukah anda secara amnya, terdapat dua pendekatan popular yang di guna pakai di dunia apabila berhadapan dengan tangisan bayi?
 
Kumpulan Pertama:
Ibubapa yang akan memberi respons segera setiap kali bayi menangis.
 
Kumpulan Kedua:
Ibubapa yang percaya dan mengamalkan kaedah cry it out (CIO) , (juga dikenali sebagai controlled crying). Pengamal CIO membiarkan bayi menangis atau mengabaikan tangisan bayi dalam tempoh waktu tertentu sebelum memikirkan untuk memberi respons terhadap tangisan tersebut. Pengamal CIO percaya kaedah ini dapat mendidik anak supaya tidak memanipulasi tangisan sebagai alat untuk menarik perhatian, berdikari untuk menenangkan diri sendiri serta belajar untuk menangis ketika perlu atau pada waktu yang sesuai sahaja.
 
Adakah tangisan itu suatu perkara yang negatif?
Umum mengetahui bahawa tangisan adalah satu-satunya cara bayi berkomunikasi. Bayi tidak berfikir untuk menangis atau sebelum menangis. Menangis adalah tindakan refleks.
Tiga sebab utama bayi menangis.
 
Pertama:
Untuk menyatakan keperluannya seperti lapar, mengantuk atau ingin sendawa. Setiap keperluan asas ini diwakili oleh tindakan refleks yang berbeza yang berlaku secara semula jadi di dalam badan bayi. Apabila bunyi ditambah kepada tindakan refleks yang sedang mengambil tempat di dalam badan bayi, maka bunyi yang unik dan tersendiri akan dihasilkan. Ia serupa dengan fenomena sedu, sendawa, menguap, bersin atau batuk yang dialami oleh orang dewasa. Bukankan semua fenomena itu berlaku secara spontan dan datang dengan bunyi yang tersendiri?. Perbezaannya hanyalah bayi tidak pandai mengungkapkan keperluannya dan untuk itu, bayi menangis bila keperluan yang cuba disampaikannya tidak fahami atau gagal diberikan.
 
Kedua:
Bayi menangis untuk memberitahu ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Ia seperti bayi merasa sakit atau kerana tidak sihat.
 
Ketiga:
Kadang kala bayi menangis hanya kerana ingin dipegang, di dukung, di belai atau diberi perhatian. Ia mungkin bukan satu keperluan harian orang dewasa tetapi ia adalah keperluan harian penting bagi bayi. Tanyalah kepada mana-mana pakar dan mereka akan memberitahu maha pentingnya belaian dan sentuhan terhadap perkembangan emosi, sahsiah dan intelektual bayi.
Atas semua sebab yang telah dinyatakan, perlu diketahui bahawa memberi respons kepada bayi yang menangis dengan apa cara sekalipun tidak akan sekali-kali merosakkan bayi atau menjadikannya seorang yang mengada-ngada. Bayi kecil tidak tahu perkara asas seperti beza siang dan malam. Jadi belailah bayi anda apabila dia menangis.
 
Tangisan berlebihan boleh memudaratkan bayi
Sama ada anda pengamal CIO atau sebenarnya tidak pernah tahu akan kewujudan istilah tersebut, satu fakta penting yang harus diketahui oleh semua orang ialah tangisan berlebihan boleh memudaratkan bayi.
Sains memberitahu kita bahawa bayi akan merasa panik dan resah bila dibiarkan menangis tanpa diberi perhatian. Lebih daripada itu, ia amat memudaratkan bayi serta memberi impak negatif terhadap otak bayi.
 
Fakta di bawah adalah penerangan sains terhadap perkara ini:
 
1.Ketidakstabilan hormon dan bahan kimia di dalam otak
-Kajian mendapati, bayi yang sering dibiarkan bersendirian dalam suasana yang tertekan mempunyai tahap lambakan hormon Kortisol (stress related hormone) yang abnormal. Dr. Allan Schore dari UCLA School of Medicine menjelaskan lambakan hormon ini memusnahkan hubungan antara saraf di bahagian penting otak bayi yang sedang berkembang.
-Kajian lanjutan berkaitan impak negatif tangisan terhadap otak menunjukkan bayi mengalami potensi peningkatan 10X ganda menjadi kanak-kanak ADHD (Attention Deficit and Hyper Activity Disorder). Iaitu kurang tumpuan pembelajaran di sekolah dan kemahiran sosial yang lemah.
 
2.Kemunduran perkembangan intelektual, emosi dan kemahiran sosial
-Pasukan Dr Rao dari National Institutes of Health USA membuktikan, bayi yang mengalami episod tangisan yang berpanjangan ( tetapi bukan di sebabkan kolik) pada tiga bulan pertama hidupnya mempunyai tahap IQ rendah iaitu purata 9 mata kurang menjelang usia lima tahun berbanding kanak-kanak lain. Kanak-kanak ini juga menunjukkan kelembapan perkembangan fungsi motor badan.
 
-Para pengkaji di Universiti Pennsylvania dan Arizona pula mendapati, bayi yang menangis secara berlebihan di awal usianya mempamerkan kesukaran mengawal emosi seawal usia 10 bulan dan menjadi sangat cerewet walaupun ketika cuba ditenangkan.
 
Jadi kawan-kawan janganlah kita biarkan anak kita menangis lama-lama ye. cubalah belajar memahami apa yang dia inginkan. paling tidak usaha untuk hentikan tangisan bayi anda. alih perhatian dia dengan banyakkan bermain dan bergurau senda. Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Peliharalah ia sebaik mungkin. moga-moga mereka menjadi khalifah yang berguna suatu hari nanti.
 
~LAA



Wednesday, 27 March 2013

Jangkitan Telinga

 



Pengenalan

Jangkitan telinga adalah masalah kesihatan yang kerap dihidapi oleh kanak-kanak.

Ianya menyebabkan gangguan tidur dan pemakanan kanak-kanak. Mereka mungkin akan sentiasa menangis tanpa diketahui sebabnya. Kebanyakan kanak-kanak mendapat sekurang-kurangnya 1 jangkitan telinga sebelum berusia 2 tahun.

Apakah perbezaan jenis jangkitan telinga?

Ada 2 jenis jangkitan telinga:

  • Otitis media adalah jangkitan telinga yang berlaku apabila virus, bakteria atau kulat menyerang tiub eustachian (saluran yang menghubung sinus dibelakang hidung ke telinga tengah)
  • Otitis externa ialah jangkitan telinga yang berlaku di saluran telinga luar.


Otitis externa

Apakah faktor seseorang itu cenderung mendapat jangkitan telinga?

  • Jangkitan di saluran pernafasan yang berulang-ulang.
  • Adik-beradik yang dijaga di pusat harian.
  • Bayi yang diberi susu botol.
  • Terdedah kepada asap rokok.
  • Pembesaran adenoids.
  • Sumbing bibir.
  • Alahan menyebabkan kanak-kanak lebih terdedah kepada jangkitan telinga.

Bagaimanakah kita mengetahui kanak-kanak mendapat jangkitan telinga?

Kebiasaan kanak-kanak akan mendapat jangkitan telinga selepas mendapat selesema atau jangkitan di salur pernafasan.

Tanda-tanda biasa ialah:

  • Kesakitan dalam telinga.
  • Resah dan mudah meradang.
  • Tidur yang selalu terganggu.
  • Selalu merentap dan menarik cuping telinga.
  • Nanah keluar daripada telinga.
  • Kurang selera makan.
  • Lelehan hidung.
  • Selalu menangis sebelah malam semasa tidur.
  • Kurang terangsang dengan bunyi yang perlahan.


Acute otitis media

Apakah komplikasi yang akan timbul akibat jangkitan telinga?

Kebanyakan kanak-kanak akan sembuh sepenuhnya tetapi sebahagiannya mungkin akan mengalami:

  • Telinga bernanah yang kronik.
  • Kurang pendengaran.
  • Lembap dalam pembelajaran terutama jika rawatan yang diberikan lewat atau tidak sempurna.

Bagaimanakah rawatan jangkitan telinga?

Dapatkan nasihat dan rawatan awal daripada doktor jika terdapat tanda-tanda jangkitan telinga.

Jika jangkitan telah dikenal pasti, rawatannya adalah:

  • Ubat mencairkan kahak (sama ada secara topical or sistemik).
  • Ubat demam.
  • Antibiotik diberi jika jangkitan disebabkan oleh bakteria.
  • Ubat titis telinga jika nanah keluar dari telinga.
  • Gunakan teknik ‘ear weaking’ untuk mengeringkan nanah dalam telinga.

Jangkitan telinga yang berulang-ulang:

  • Mungkin disebabkan oleh alahan dan harus dirawat mengikut puncanya.
  • Lakukan ujian pendengaran dan pergerakan gegendang telinga pada satu ketika kemudian oleh doktor anda.

Adakah terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah jangkitan telinga?

Ya, langkah yang baik ialah:

  1. Susukan bayi anda dengan susu ibu.
  2. Jauhkan anak anda daripada mereka yang mengalami batuk dan selesema bagi mengelakkan jangkitan.
  3. Ajar anak anda supaya selalu mencuci tangan dengan bersih.
  4. Elakkan dari menyentuh mata dan hidung.
  5. Elak:-
    • Terdedah kepada asap rokok.
    • Penggunaan puting.
    • Penyusuan susu botol semasa baring.
    • Alahan yang diketahui.

Selalu ingat “Pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan”.

Apakah kesan dalam jangka masa panjang?

Kebanyakan kanak-kanak tidak mengalami komplikasi untuk jangka masa panjang. Kanak-kanak yang semakin membesar akan mempunyai tiub eustachian yang berfungsi dengan lebih baik, jangkitan batuk, selesema dan telinga juga akan berkurangan.

P/s: Dulu Husna pernah kena, sampai admitted 3-4 hari kat hospital sampai nanah dalam telinga tu kering...siap check ngan pakar ENT. syukur Alhamdulillah..yang lain bebas dari sakit telinga buat masa sekarang....

Wednesday, 13 March 2013

Apakah Rotavirus???

Pernah dgr rotavirus? Bayi berisiko tinggi dijangkiti rotavirus. Bayi yang dijangkiti mengalami demam, muntah-muntah dan cirit-birit antara 10 hingga 20 kali sehari.Ia boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat.

Tanda2 penyakit rotavirus


* Demam
* cirit-birit air
* muntah tanpa henti
* Dehydration
* Otot-oto sakit dan cram
* mata cengkung
* kulit kasar/kering
* bibir kering/pecah2
* air kencing kurang, so check pada diapers anak

Bagaimana Rotavirus Tersebar

* Najis yang terkena virus Rotavirus boleh tersebar melalui tangan, objek-objek dan permukaan terbuka dan mungkin juga melalui pernafasan. kanak-kanak atau bayi selalunya memasukkan tangan dan jari yang infected dengan rotavirus ke dalam mulut jadi mula la penularan rotavirus.

Cara Mencegah Penyakit

* Bayi anda diberikan vaksin Rotavirus. diambil seawal 8 minggu sehingga 8 bulan. Ia diambil melalui mulut bayi atau kanak-kanak
* Jaga kebersihan kawasan rumah especially kalau ada bayi yang kecil.
* Ajar Basuh tangan anak-anak sebelum makan

Thursday, 28 February 2013

MUST READ!! BAHAYA air masak pada bayi bawah 6 bulan!

Tahukah anda air masak boleh mendatangkan bahaya pada bayi yang berusia bawah 6 bulan? ada ibu bapa yang memberi air masak pada bayi disebabkan desakan orang2 tua, kononya  takut bayi sembelit la, tekak kering la, atau untuk menghilangkan dahaga.




Berikut adalah sebab mengapa air kosong sangat bahaya bagi bayi anda:


Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya


Sesi urut2 si manja Humaira

Bismillah dan Assalamualaikum..

Selamat pagi..pagi ni mood sangat ceria..almaklumlah tengah menghitung hari2 terakhir sebagai wanita bekerjaya..hahaha..lepas ni jadi suri rumah sepenuh masa lak..jalani tugasan sebagai ibu dan isteri sepenuh masa pada majikan saya encik husband..hehe.. malam tadi si Humaira takmo tdo..asik nak berborak je..minum susu pun main2..manakala ibunya pulak tgh sakit kepala..nak suh dia tdo..kenalah urut dulu dengan minyak bayi..baru le nyenyak dia tdo..
anyway biar gambar berbicara ye..betapa seronoknya Humaira dipicit2 dan diurut2 oleh ibunya..^_^..

urut belakang dia..sambil urut mulut tak reti diam..

sukanya kena urut..ye sayang..

geli ke?

urut tapak kaki pulak

muka....wat facial sket...

perut muncit ni tk ketinggalan..

sonyum laei...

dah siap ke ni?

Humaira togel ye...

yeaa..da siap pakai baju...

ready to sleep...

Dah kena urut, minum susu dan gayut..terus tido ngan lenanya..ibu dia skali tk sedar diri..sampai ayah kejut tuk buat power pumping pun tak sedar..haih skip lagi kali ni nak wat power pumping..malam ni kena wat xtra la..huhu.. >_<

~LAA

Tuesday, 26 February 2013

Humaira tak bagi ibu gi keje...ke ibu yang tak nak gi keje..

 
Bismillah dan assalamualaikum...
Seharian di pejabat hari ni buat hati aku tak tentu arah..pagi2 lagi dah terasa semacam..mana taknya..pagi2 sebelum pegi keje si kecil tu manja semacam..seolah-olah tak bagi je ibu dia ni keje..sabar ye nak..tak lama dah..ibu pun kalau boleh tak nak dah keje..huhu..
Terkenang saat malam kelmarin bergolek bersama dan bergurau2 sambil mengurut badan si debab Humaira..betul la rupernya ..baby bila kita urut2 badan dia..dia seronok..gembira..ada saja mulut tu nak bercakap..tah apa butir2 percakapannya pun ibu tak paham..hahaha..mungkin dengan sentuhan dan urutan tu buat dia rasa dimanja, dibelai..jangankan baby, aku yang tua ni pun suka bila kena urut..ye tak? kalau ada lah yang pandai urut kat rumah tu..boleh la diurutnya badan aku yang agak lenguh2 sejak kebelakangan ni..
 
 
Jom kita baca sedikit info tentang urutan bayi ni:
 
gambar hiasan

Banyak faedah apabila mengurut bayi. Paling penting bayi akan di rangsang dan peredaran darah semakin baik.

Bayi akan erat dengan ibu atau bapanya. Selain itu beliau sarankan ibu membaca buku, Al Quran atau cerita sebelum bayi tidur. Ini a...kan membantu tingkat ketajaman minda anak mereka.

Kaedah di bawah boleh dijadikan panduan.

Berikut ada tip atau kaedah urutan :


Mulakan urutan dengan:

1. Kaki — Urut menghala menjauhi jantung dengan usapan bentuk C. Urutan bermula di buku lali, bergerak ke paha dan balik ke buku lali. Bengkok dan luluskan kaki bayi serta buat pergerakan seperti mengayuh dan lakukannya secara perlahan-lahan. Buat latihan jari dengan membengkok dan meluruskan setiap jari supaya semua sendi digerakkan. Tolak sedikit jari ke belakang perlahan-lahan.

2. Perut — Gunakan kedua-dua tangan. Lebih mudah jika anda di hujung kepala bayi. Urut perutnya perlahan-lahan dalam bentuk huruf U. Pegang kakinya dan bengkokkan hingga ke perut.

3. Tangan — Ulang proses sama seperti mengurut kaki.

4. Dada — Urut dengan menggunakan tapak tangan. Urut ke arah keluar (melintang) dari tengah dada menghala ke atas sehingga ke bahu, dan turun ke tulang rusuk. Urut secara menyerong dari paha kanan ke bahu kiri. Ulang untuk kaki sebelah lagi.

5. Muka — Urut secara bulatan kecil pada kulit kepala. Urutan ini juga boleh dilakukan ketika mandi dan memakai syampu. Usap dahi, keliling mata dan kening. Untuk pipi, usap secara melintang dari tulang pipi ke telinga. Urut secara bulatan di bawah dagu, keliling telinga dan tengkuk. Urut perlahan-lahan dengan memberi sedikit tekanan. Cara ini akan membuatkan bayi berasa lebih selesa.

6. Belakang badan — Tiarapkan bayi anda. Gunakan minyak dan urut badan belakang dari atas tulang belakang hingga ke pangkal punggung menggunakan kedua-dua tangan. Buat urutan secara bulatan dari bahu, turun ke badan, punggung, paha dan kaki.

Urut bahu menggunakan tapak tangan dan akhiri dengan satu usapan panjang dari bahu ke kaki. Urutan ini mengambil masa antara 20 hingga 30 minit dan kanak-kanak akan lebih tenang serta segar apabila diurut.


Manfaat Urutan Pada Bayi

Urutan bayi bukan saja merapatkan ikatan antara ibu atau ayah dan anak, tetapi turut mempunyai pelbagai manfaat seperti:

1.> Memperbaiki perjalanan darah.
2.> Merangsang deria.
3.> Mengurangkan tekanan.
4.> Memperbaiki sistem penghadaman.
5.> Meningkatkan daya ketahanan badan.
6.> Merangsang perkembangan fizikal dan psikologi.
7.> Membantu memudahkan bayi tidur.
8.> Merangsang aliran oksigen dalam badan.
9.> Memudahkan penyingkiran bahan toksin.
10.> Membantu perkembangan fungsi otot.
11.> Membantu meredakan kesakitan apabila demam.
12.> Merangsang penghasilan hormon.


Tuesday, 19 February 2013

BAYI TIDUR DENGAN LENA..BAGAIMANA???


Bismillah..Assalamualaikum..
Lately ni anak kecilku agak tak berapa lena tidur..ble dia tak lena, maka secara automatik la ibunya juga tak lena tdo..berdodoi..berzikir..bernyanyi..huhu..tapi tak jugak kurus2..ahahah..amik masa sket..almaklumlah dah 3 orang..eliment sume dah lari..balancing pun dah kemana..ahaks...mungkinkah dia lapar..susu ibu tak kenyang kah? tak mungkin kot?..owh ye..idung si Humaira agak berair akhir2 ni..mungkin juga faktor selsema menjadi penyebab..atau sbb ayahnya tdo zzzzzzz..ada background effect?!!!hahahaha.."Ayah!! awak kena slow sket volume zzZZ awak ye..hehe..anyway...jom kita kongsikan sama2 tip -tip macamana nak buat baby tdo dengan lena...sharing is caring kan... ^_^ 







40 TIP BAYI ANDA TIDUR LENA

1 . Selsema tidak mengira waktu dan usia, malah bayi begitu mudah dijangkiti selsema. Sukar untuk dia tidur lena malam dan meragam akibat kesukaran untuk bernafas. Cuba beri kelegaan dengan meletakan balm pada bahagian yang tidak selesa.

2 . Ruam adalah salah satu masalah kulit yang dihadapi oleh bayi yang biasanya terjadi di sekitar punggung bayi. Kemerahan pada bahagian kulit memberi rasa pedih pada bayi. Longgarkan pemakaian lampin pakai buang atau gunakan ubat anti ruam. Kerap juga tukar lampin pada waktu malam. Bayi rasa selesa dan tidur lena.

3 . Kolik adalah masalah kembung perut yang membuatkan bayi meragam dan tidak tidur lena. tidur secara meniarao di samping sapu ubat khas di bahagian perut.

4 . Elakkan bilik dalam keadaan panas dan terlalu sejuk. Pakaikan pakaian tidur yang nipis. Bayi adakalanya terjaya waktu malam kerana kepanasan. Suhu bilik adalah terbaik untuk bayi tidur lena.

5 . Suhu badan bayi melebihi 39 darjah celcius, bayi demam dan mudah terjaga waktu malam. Berikan ubat demam dan sejukkan badannya dengan membasahkan kain dan lap seluruh anggota badannya. Pakaikan baju nipis. Jika suhu badan masih tinggi segara dapatkan rawatan doktor.

6 . Batuk membuatkan bayi mudah terjaga. Pastikan bilik tidak terlalu sejuk dan beri ubat batuk khas untuk bayi, ia membantu bayi tidur lena. Pastikan juga bilik bersih dari habuk kotoran.

7 . Gusi bengkak, tanda gigi akan tumbuh. Rasa tidak selesa, menyukarkan tidur bayi. Berikan teether tang telah disejukkan dalam peti ais. Bayi akan rasa nyaman dan ketidakselesaan makin berkurang. 

8 . Jadikan waktu tidur rutin setiap hari. Bayi akan secara tidak langsung tahu akan waktu tidurnya. Dia akan tidur dengan sendirinya apabila sampai waktunya.

9 . Bilik gelap, suhu bilik dan senyap membantu bayi tidur dengan cepat. Lakukan setiap kali bayi mahu tidur. Bayi yang mendapat tidur yang cukup akan kelihatan segar dan aktif.

10. Posisi bayi tidur secara telentang mengelakan risiko sindrom kematian mengejut. Cara ini membantu bayi tidur lena.

11.Tidurkan bayi di tempat yang sama. Secara psikologinya bayi akan tahu bahawa itu adalah tempat tidurnya.

12. Elakkan bermain di tempat tidurnya. Katakan padanya disitu bukan tempat bermain. Sediakan satu tempat untuk dia bermain.

13. Nyanyikan lagu atau muzik kegemarannya dengan perlahan supaya dia dapat tidur dengan sendirinya. Jangan terlalu mendesak.

14. Secara tradisional, tungku juga boleh digunakan untuk sakit perut bayi yang boleh menganggu tidurnya. Tungku secara perlahan di sekitar perut bayi. Gunakan tungu yang kecil.

15. Ketika tidurkan bayi, dekatkan diri anda dengan bayi. Tepuk dan gosok belakangnya secara lembut.Bayi anda akan rasa selamat. Lakukan gerakan yang sama sehingga bayi anda tidur.

16. Mandikan bayi dengan air suam. Bayi akan berasa nyaman dan segar dengan haruman wangian mandian. Siapkan bayi anda, seterusnya berikan makanan berkhasiat dan susu sebelum tidur.

17. Lakukan urutan di seluruh badan bayi. Minyak zaitun atau losyen boleh digunakan. Digalakan dilakukan selepas mandi dan lakukan secara konsisten.

18. Jika bayi terjaga waktu malam, redakan tangisannya. Segara lihat lampin perlu ditukar atau bayi berasa panas atau sejuk. Jangan bercakap ataupun membuka lampu.

19. Bayi menangis dengan tiba-tiba walaupun baru setengan jam tidur. Baring bersebelahan dan pastikan ia tidur semula

20.Dukung sambil berjalan dan dodoikan akan menyelesaikan masalah bayi menagis diwaktu malam.Tetapi jangan selalu lakukan demikian.Boleh dilakukan apabila terdesak ataupun bayi demam.

21. Bau aromaterapi di seluruh bilik membuatkan rasa nyaman dan perasaan tenang pada bayi.

22. Gunakan selimut kapas yang tidak terlalu tebal untuk bayi. Selimut yang tebal membuatkan bayi berpeluh dan terjaga pada waktu malam.

23. Jika anda kaki tv pastikan bunyi tv dan muzik tidak menganggu tidur bayi. Bayi begitu sensitif pada bunyi jika ia tidak dapat tidur.

24. Jika bayi pramatang pula, baju yang berlengan panjang, seluar berkaki dan topi perlu dipakai ketika tidur. Bayi ini sangat sensitif dengan persekitarannya yang sejuk dan mudah dijangkiti penyakit.

25. Jika perlu, anda dan pasangan anda turut sama tidur bersama-sama bayi. Bau badan ibu dan bapanya membuatkan bayi tahu keadaan sekelilingnyaselamat dan usah bimbang.

26. Belajar tanda bayi mahu tidur.Selalu tanda letih seperti menggosok mata, tarik telinga dan meragam. Jika ada, segera bawa ke katil. Dia akan menjadi bartambah letih dan sukar tidur jika gagal berbuat demikian.

27. Buat mood untuk bayi faham waktu tidur hampir tiba denagn memandikannya, membaca buku, membuaikannya atau mendodoikannya.

28. Penghawa dingin yang dipasang di dalam bilik tidur dikatakan membantu bayi tidur dengan lena.

29. Bawa bayi anda ke katil waktu dia sedar dan beri masa untuk dia tidur dengan sendirinya. Selalunya antara enam sehingga lapan minggu usianya cara ini boleh digunakan. 

30. Alat permainan tergantung yang berpusing juga membantu bayi tidur dengan mudah. Sesuai untuk bayi baru lahir.

31. Lalukan aktiviti permainan di atas katil secara tetap sebelum tidur. Jangan terlalu lama. Kemudian ajak bayi tidur.

32. Ubah posisi tidur bayi jika terjaga di tengah malam. Mungkin bayi sukar menggerakkan badannya lalu menangis. Pastika ia memberi keselesaan pada si manja.

33. Hiduk bayi yang tersumbat akibat selsema menggangu pernafasannya. Bantal yang tinggi diperlukan supaya hidung dapat bernafas dengan baik.

34. Tilam yang empuk yang diperbuat dari getah asli adalah pilihan yang terbaik. Ia menggalakkan bayi tidur lena.

35. Bilik yang bersih memberi kesan psikologi yang baik pada bayi.

36. Dakapan yang penuh dengan kasih sayang perlu dilakukan dengan kerap akan membuatkan bayi berasa dirinya dihargai.

37. Katil yang kuat dan selesa dan tilam khas digunakan untuk membantu bayi tidur dengan lena.

38. Galakan aktiviti di sianga hari separti barmain, bercakap atau menyaikan lagu. Ia membantu bayi tidur lebih diwaktu malam.

39. Dekorasi bilik tidurnya yang menarik juga membantu bayi suka akan tempat tidurnya.

40. Jika bayi menangis diwaktu malam dan tidur kembali mungkin ia tidak selesa dengan posisi tidurnya. Tenangkan ia sehingga ia tidur kembali.

Wednesday, 2 January 2013

Humaira kena Viral Rashes

Salam..
Hari Jumaat lepas Humaira demam panas. bacaan malam tu 38.8. agak tinggi la jugak...masalahnya Humaira tak menangis..cuma tdo je, minum susu pun tk nak...ble cek2 rupanya2 demam..tu la..lebih baik anak kita tu jenis menangis..paling tidak kt tau yang dia sakit..kalau diam je tak menangis...tau2 panas je badan..agak risau la jugak..lepas bagi  makan ubat demam..still tak kebah jugak..tapi very lite la panas dia sekitar 37.6-37.8..bila anak kecik demam..si ibu la yang tak tdo..dengan selsema dan batuk lagi...kesian tgk dia..nak bernafas pun susah..
]
sehari sebelum demam..makin berisi anak ibu ni..latest berat dia 5.6kg 2bln 1/2.

demam 38.8 letak kain basah pun dia tak nangis..

menyusu pun tak nak..risau ibu..


Lepas demam dah kebah, dapat ruam la pulak..bawak lagi gi jumpa doktor..doktor kata dia kena Viral rashes..ada sesetengah bayi yang selepas terkena demam panas akan dapat Viral Rashes ni..so Humaira salah satu darinya..sian..muka putih2 dah berbintik2..awal2 ingat kena campak..rupaya bukan..Syukur alhamdulillah..tapi selsema dan batuk masih belum hilang lagi...semoga lekas la sembuh ye sayang..ibu yang over risau bila anak2 sakit..ayahnya lak..ZZZzzzzzzzzzzzZZ je la.. sebab tu syurga bawah tapak kaki ibu....betul tak ibu2..????


~LAA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute