Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Friday, 29 March 2013

TIP : PANDUAN ASAS PENYIMPANAN SUSU IBU




Susu Ibu yang telah dipump/perah mestilah di simpan dengan cara yang betul supaya nutrien dan khasiatnya terpelihara. Cara penyimpanan yang betul turut mempengaruhi tempoh tahan susu tersebut. Beri...kut adalah panduan asas penyimpanan susu ibu:-

1) Pastikan bekas simpanan susu dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.

2) Catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya.

3) Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas.

4) Elakkan dari menigisi susu sehingga penuh ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.

5) Susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk

6) Hindarkan dari menyimpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)

7) Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.

8) Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk.
 
 
~LAA

Thursday, 28 March 2013

APA ITU FOREMILK DAN HINDMILK?

 
Assalamualaikum..

Biasa kita dengar orang-orang tua bagitau,"Sebelah kanan nasi,sebelah kiri air.Jadi klu nk baby cpt kenyang sila menyusu seblah kanan lagi kerap drpd kiri.."

Betul ke? Sebenarnya SALAH,tapi mungkin ada maksud tersirat yang kita tak tau.Orang tua-tua kan kaya dengan kiasan dan ilmu.
Secara saintifiknya,sebelah kanan ke atau sebelah kiri, kedua-duanya adalah susu, tiada istilah nasi dan air..yang bezanya ialah FORE and HIND..milk.

♥ Foremilk ad...alah susu yang berada ‘di depan’ kilang susu ibu (bahagian dalam breast). Oleh itu bila proses penyusuan berlaku, foremilk akan keluar dulu. Foremilk lebih cair (tinggi kandungan air) dan warnanya kehijauan atau kebiruan. Ia mengandungi karbohidrat, protein dan vitamin.

♥ Hindmilk pula ialah susu yang berada ‘di belakang’ breast. Ia lebih pekat, mengandungi kalori dan lemak yang tinggi. Warnanya berbeza dengan foremilk, hindmilk kelihatan pekat dan ‘rich’.

Oleh itu sbb itulah ibu-ibu dinasihatkan untuk mengepam terlebih dahulu sebelum menyusukan baby (lebih kurang 5-10mins).
Ini kerana,Hindmilk biasanya akan keluar 10-15mins kemudian setelah semua foremilk dihabiskan.

Kalau anda perasan gmbr di bawah terdapat perbezaan antara foremilk dan hindmilk.Oleh itu,ibu-ibu hendaklah menyusukan bayi dalam tempoh 15mins-20mins setiap breast sebelum menukarkan ke breast yang satu lagi.Ini utk mengelakkan baby hanya dapat FOREMILK sahaja.
 
~LAA

Friday, 8 March 2013

Teknik Terbaik Memerah Susu

 

Bismillah..Assalamualaikum..
Bagi ibu-ibu yang bekerja, 2 minggu selepas melahirkan bayi adalah waktu terbaik untuk mengumpulkan stok susu sebagai persediaan apabila mula bekerja nanti. Jangan bersedih hati sekiranya hasil susu yang dipam sedikit sahaja, sebaliknya teruskan mengepam dengan mematuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg). Susu yang dipam pada waktu yang berbeza boleh dicampur tetapi perlu disejukkan terlebih dahulu. Sebagai contoh hasil susu yang dipam pada 24 haribulan dan 25 haribulan boleh dicampur selepas beberapa jam diletakkan dibahagian sejuk peti. Barulah susu yang dicampur tadi diletakkan di tempat sejuk beku.



Memerah dengan tangan

- memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
- basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
- sediakan bekas yang bersih dan steril
- lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
- boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
- buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
- melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks
- tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu - buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
- tekan payudara ke belakang ke arah dada
- perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
- teruskan memicit sehingga susu keluar
- perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
- buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
- tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)
- ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
- tukar ke payudara yang satu lagi
- urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
- perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
- setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara

 

 



Memerah dengan Menggunakan Pam

- baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
- basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
- basuh tangan dengan bersih
- duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
- rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
- posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
- mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
- boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
- pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
- masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)



Panduan-Panduan Lain

1. Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
2. Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
3. Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
4. Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump
5. Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)
6. Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
7. Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
8. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

Selamat mencuba!!

Monday, 4 March 2013

Faktor yang Mempengaruhi Kepekatan Susu Ibu



“Kenapa bila saya lewat pam, susu yang keluar cair je?”

Mungkin persoalan di atas pernah terlintas di fikiran ibu-ibu menyusu. Saya sendiri pernah mengalaminya. 

Menurut website Kelly.com, Susu ibu terdiri daripada foremilk dan hindmilk. Foremilk ialah susu yang diperolehi di awal penyusuan (biasanya kurang kandungan lemak) manakala hindmilk adalah susu di penghujung penyusuan (lebih berlemak). Faktor utama yang menyumbang kepada kandungan lemak dalam susu ibu adalah kekerapan ibu menyusu, selain pemakanan ibu dan breast compression.

Kalau nak tahu, lebih kerap susu dikeluarkan dari ibu, lebih tinggi kandungan lemak susu tersebut. “the less milk in the breast, the higher the fat content”. Ingat equation di bawah ni... Full breast is a big NO. Red alert! haha.. Meh saya story sikit kisah di sebalik fakta ini..




Hakikatnya, hanya satu jenis susu sahaja sebenarnya yang dihasilkan oleh si ibu, iaitu susu hindmilk. Semasa susu dihasilkan, butiran lemak (fat globules) dalam susu akan melekat pada dinding alveoli (di mana susu dihasilkan). Di antara tempoh penyusuan, susu ibu akan terkumpul dan mengalir keluar meninggalkan lemak tadi di milk ducts. Semakin lama kita menjarakkan waktu menyusu /mengepam, semakin rendah kandungan lemak dalam foremilk. Apabila let-down-reflex (LDR) berlaku, aliran susu lebih laju melalui ducts sehingga disalurkan keluar.
Apabila breast mula mengosong (ada ke perkataan ni??), butiran lemak (fat globules) tadi akan mula mengalir melalui ducts (dengan bantuan LDR). Sebab itu bila berlaku LDR, semakin cepat susu hindmilk dikeluarkan. Dan semakin lama proses penyusuan berlaku, semakin banyak hindmilk dapat dikeluarkan.


Hebatkan kejadian Allah... Subhanallah.. 


Dan sebab itulah, ibu kena kerap kosongkan breasts kerana kalau tidak, signal 'red light' (macam kat gambar atas tu) akan dihantar kepada otak supaya jangan hasilkan susu lagi kerana susu dah penuh..susu tak diperlukan lagi.. Lama-kelamaan susu pun kering...

Diharapkan dengan penjelasan ini, dapat mengurai serba sedikit persoalan ibu-ibu di luar sana. So, patuhi jadual mengepam anda sebaik mungkin ya! Dan jangan lupa ambil suplemen tu!Jangan ngelat... peringatan buat diri sendiri..hehe.. ^_^ Nak susu pekat tambah ESP Shaklee confirm pekat...tak caye..cubelah!!

~LAA


ebarang pertanyaan sila hubungi saya di :FB Liza Ahmad / email: alisabalqis@yahoo.com / whatsapp di 019-3813225


Thursday, 28 February 2013

Posisi dan cara yang betul ketika penyusuan





*
 Posisi penyusuan yang baik*
Menyusu dalam posisi yang salah boleh menyakitkan anda dan juga mengecewakan bayi. Berikutadalah cara yang betul:

  • Sentuh bibir bayi dengan hujung putingsehingga dia membuka mulutnya.
  • Biarkan dia membuka luas mulutnya untuk memenuhi sebahagian besar areola (bahagian berwarna coklat).
  • Gerakan rahang dan bunyi tegukan memastikan yang bayi menyusu dalam posisi yang betul.
  • Selepas menyusu, masukkan hujung jari kelingking anda di hujung mulut bayi untuk menghentikan hisapan.
*Refleks ‘let-down’ atau pancutan susu*
Refleks ‘let-down’ adalah rasa berdenyut yang menandakan aliran hangat susu sebaik sahaja bayi telah berada pada posisi penyusuan yang betul. Jika anda tidak mengalami rasa ini, ia mungkin disebabkan oleh gangguan, tiada ruang untuk bersendirian, rasa malu atau cemas tentang penyusuan susu ibu, letih atau sakit.
*Pilih posisi yang selesa*
Dapatkan posisi yang membuat anda dan bayi rasa selesa. Tubuh bayi haruslah rapat ke anda dan mukanya bertemu dengan payudara anda. Mulutnya haruslah berhampiran dengan puting dan kepala, leher dan belakangnya perlulah dalam keadaan lurus. Belakang badan anda juga perlulah tegak, jangan membongkok. Gunakan bantal untuk bersandar, jika perlu.
  1. Posisi dakapan Ini merupakan posisi klasik dan menjadi kegemaran kebanyakan ibu. Ia membolehkan perut bayi dan perut anda bertemu supaya anda tidak perlu memusingkan kepalanya untuk menyusu. Kepala bayi berehat di dalam dakapan anda. • Sokong belakang badan dan punggung bayi. • Lengan bayi perlu berada di bahagian sisinya.
  2. Posisi ‘football hold’ Posisi ini sangat sesuai jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, memiliki payudara yang besar, menyusukan bayi pramatang atau bayi yang kecil saiznya atau menyusukan anak kembar pada waktu yang serentak. • Sokong kepala bayi dengan tangan. • Gunakan bantal untuk menyokong belakang badan anda.
  3. Posisi berbaring Cuba posisi ini apabila anda dan bayi rasa letih. Jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, ini mungkin satu-satunya posisi yang boleh anda cuba pada beberapa hari pertama. • Sokong kepala anda dengan lengan. • Sokong bayi anda dengan lengan atas.
*Beralih payudara*
Jika boleh, berikan bayi menyusu dari kedua-dua belah payudara pada setiap kali menyusu. Susukan bayi pada satu payudara sehingga dia berhenti menghisap. Angkat bayi, sendawakannya dan alihkannya ke payudara sebelah dan teruskan menyusu sehingga dia kenyang. Untuk penyusuan yang berikutnya, mulakan pada payudara yang terasa sarat dengan susu.


Sendawakan bayi*
Sendawakan bayi setiap kali selesai penyusuan. Dia mungkin termuntah susu, jadi pastikan anda menyediakan tuala. Jika dia tidak sendawa selepas 30 saat, dia mungkin tidak perlu disendawakan.
• Letakkan bayi di bahu anda.
• Gosok atau tepuk perlahan belakang badannya.

*Maklumat Sampingan berkaitan teknik penyusuan*

  • Ini bergantung pada cita rasa dan pilihan anda. Anda boleh menyusu sambil duduk, berbaring atau serong sebelah.
  • Tentukan kedudukan anda betul. Bermakna cara anda duduk atau baring, memegang bayi dan bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya apabila menyusu.
  • Bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau duduk bersandar di kerusi.
  • Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga susah ia mencapai puting payu dara. Jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.
  • Gunakan sesuatu seperti bantal, kusyen, atau bahan yang lembut tapi kukuh untuk bersandar atau merehatkan kaki agar dapat menyokong anda dan bayi.
  • Sokong kepala bayi dengan lengan, manakala muka bayi menghadap ke hadapan dan muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu
  • Bayi rapat dengan ibu(perut bertemu perut). Punggung, kepala dan bahu bayi diampu.
  • Letakkan kepala bayi, tubuh dan kaki dalam keadaan lurus, kepala bayi diangkat tinggi sedikit.
  • Gunakan bantal atau silangkan kaki anda untuk menaikkan kepala bayi ke payu dara
  • Bayi seharusnya menghisap seluruh bahagian kawasan puting.
  • Cara memegang payudara adalah dengan Pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting
  • Cara memengang yang salah adalah Pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting
  • Cara yang betul menyusukan bayi *Sentuh bibir bayi, *tunggu mulutnya terbuka luas *gerakkan badan bayi ke arah payudara *pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara(areola) *pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara
  • Cara pelekapan yang betul *mulut bayi terbuka luas *dagunya mencecah payudara *bibir melekup keluar *pipi gelembung *payudara nampak penuh dan bulat *terdengar nada hisapan - hisap -telan-hisap-telan
  • Cara pelekapan yang salah *dagu bayi jauh *tidak banyak areola yang masuk ke dalam mulut bayi *dagu tidak menyentuh payudara *ibu rasa sakit *payudara bolehbengkak dan puting luka

Tuesday, 8 January 2013

Tips2 kumpul susu banyak



Bismillahirrahmanirrohim

Salam..bagi memenuhi permintaan seorang kawan yang nak tau macamana nak dapat susu yang banyak, disini aku kongsikan tip2 dan cara2nya..semoga apa yang aku kongsikan ni dapat membantu ibu2 diluar sana untuk terus menyusukan bayi masing2. Bukan mudah untuk kt teruskan penyusuan terhadap bayi kita. banyak usaha2 yang kita harus lakukan demi untuk memperbanyakkan susu. Bak kata pepatah dimana ada kemahuan di situ ada jalan. yang penting rajin usaha dan tak mudah putus asa.







Sumber: Google

Lihat gambar2 di atas ni..banyaknya stok EBM merekakan..gambar ni membuatkan aku lebih bersemangat lagi untuk mengumpul stok EBM yang ada.

Ni pulak stok aku setelah berpindah freezer baru..byk lagi ruang kosong yang kena isi..Chaiyok2!!!


Ni stok sebelum ada freezer baru..tak muat da..

Jom kita sematkan dan amalkan dalam diri kita tips2 kat bawah ni agar kita peroleh hasil yang lebih lumayan..selamat berusaha kawan2!!!


TIPS - TIPS PERBANYAKKAN SUSU
sumber :SINI

- Positifkan diri semasa mengandung dan tetapkan dalam hati saya ingin menyusukan bayi saya sehingga 2 tahun.
- Cari Info-info berguna dan banyakkan membaca berkenaan penyusuan. 
- Berkawanlah dengan ibu-ibu yang dah berjaya dalam menyusukan anak secara ekslusif , bila kita start berkawan dengan org2 macam ni , secara tak langsung kita akan bersemangat untu menjayakan penyusuan untuk si manja kita nanti. Elakkan dari unsur-unur NEGATIF
- Sebaik bayi dilahirkan, jika bersama anda terus susukan bayi walaupon bayi belum pandai menghisap. kita harus menyusukan bayi sebaik melahirkan atau selepas satu jam melahirkan. Kerana KOLOSTRUM yg baik dan sangat penting utk si manja sudah tersedia untuk diminum..Dan paling UTAMA masa ni, hormone prolaktin berada pada tahap yg sangat tinggi. 
Susu kita ni,lg kita pam,lg byk dia akn produce. Tak caya, cuba BUAT"MORE DEMAND MORE SUPPLY" Mula2 memg skit,tp percayalah,lg kita pam,lg byk susu kita akn terhasil..Bila kita rajin pam susu , susu akan refill dengan cepatnya. Kalau MALAS sendiri mau ingat..hehehehe.
-SOALAN yang sering di berikan pada saya, Kak anak saya ni asyik nak mengepeng je selalu bergayut, macam mana nak buat STOK kak, susahklah kak. pam mesti dapat sikit jek.Jika bayi minum sebelah kanan, sebelah kiri pam supaya dapat  buat stok. Tips yang mudahkan. Sebelah malam pulak bila bayi tidur , bangunlah buat TEKNIK POWER PUMPING  memang sangat membantu.
- Bagi ibu yang berkerja cuba cari masa yang sesuai dapat pam waktu rehat pon kira sangat bagus. 
- Dapatkan rehat  dan Supplement yang terbaik , kerana ibu-ibu memerlukan pemakanan yang seimbang dan memastikan pengambilan makanan protien dan kalsium yang mencukupi. Mudah saja bagi ibu-ibu yang tiada masa boleh mengantikan dengan supplement SHAKLEE. Mudah dan ringkas.  

- Air Masak Minum 3-4liter sehari kerana di dalam tubuh manusia memerlukan air yang banyak disamping itu dapat melancarkan penghasilan susu.
- Badan yang letih, mengantuk, tiada zat , stress akan menganggu penghasilan susu dengan supplement akan dapat membantu si ibu lebih kekal cergas sepanjang tempoh berpantang dan penyusuan.
- Semasa pam susu boleh kot kita layan FB hehehe bg ibu-ibu gemar berFB, novel atau cerita lawak bila kita ceria dan tenang penghasilan susu lancar dan cepat. 
- PERINGATAN !! JANGAN MALAS MENGEPAM. gunalah pam yang sesuai dengan anda.
- Akhir sekali Bermohonlah pada NYA, Semoga diizinkan oleh ALLAH dapat kita menyusukan bayi sehingga berumur 2 tahun. Banyakkan berzikir. 

Semoga Allah memperkenankan niat baik kt tuk menyusukan anak sehingga usia 2 tahun. Amin!!

~LAA

Friday, 4 January 2013

Susuku semakin Meriah...

Salam..
Mulakan hari ni Jumaat yang indah ni dengan Bismillah..
Tiap2 minggu aku pasti tak sabar menunggu hari Jumaat..almaklumlah Jumaat hari terakhir bekerja..itu pun kalau sabtu tak keje la..sok dah plan nak pegi bercuti n jalan2..sian anak2, cuti skola tak kemana..ibunya baru abis pantang..so takut nak bawak si kecik tu jalan jauh2..
Permulaan pagi yang baik hari ni...bila pam2 dapat 10oz ...Waaahhhhh!!! nampaknya semakin meriah susuku..tak sangka, walaupun aku agak berduka 2,3 hari ni..berikutan si Humaira tak nak direct feeding..agaknya dah terbiasa dengan botol ble kat nurseri..jadi ble kat umah dia tak nak menyusu badan...sedeynya tak terkata..terasa hilang  nikmat seorang ibu ble tak dapat menyusukan anak ni..akhirnya baby tak nangis aku yang nangis..wawaaaaaaaaaaaaaaa...



Ni hasil perahan pagi ni..sangat teruja bukan..

Aku ingat ble humaira tak nak direct feed susu berkurang..mmg betul 2,3 hari susu nampak cam berkurang..tapi aku continue jugak amik supplement cam biasa..tapi syukur alhamdulillah..mmg Shaklee byk membantu..dengan jadual pam yg teratur n pemakanan supplement aku still leh maintain hasil tenusu..syukur sangat2...



Set 4 - Set 3M


>Mengandungi set B, kalsium dan ESP

>Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan
Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

>Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak

>Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat

>Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.



lg testimoni dari pengguna Set 3M Shaklee..


bulan pose pun dapat banyak tu

BERMINAT? DAPATKAN DISKAUN HEBAT DAN  SEBARANG PEMBELIAN ANDA LAYAK MENDAPAT KONSULTASI PERCUMA DARI SAYA.


HUBUNGI DI 019 3813225 ATAU FB : LIZA AHMAD

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Thursday, 27 December 2012

Serba Serbi tentang Susu Ibu

Salam..
Pagi ni mood sangat ceria walaupun aku agak ngantuk kekurangan tdo malam tadi..Humaira semalam semakin rajin tersenyum dan berborak..dek kerana baru pandai nak berborak dan tersenyum, diajaknya ibu berborak pukul 2/3 pagi..aduhai sayang..ibu ni ngantuk..hehe..tapi tetap layankan juga..sebab terasa lucu dengan telatah dia yang tersenyum tapi lalok dek kerana ngantuk..menahan mata dari tdo..haha..
2, 3 hari ni hasil tenusu agak memberansangkan..sekali pump dapat 9-10oz..sangat suke...syukur alhamdulillah..

"Ya Allah, penuhilah susuku dengan rahmatmu dan berkatilah anakku agar dia menjadi anak yang solehah. Semoga dengan rahmatMu susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat puteriku Humaira..Amin!"

Nak share sket info2 pasal susu ibu untuk menaikkan semangat! Chaiyok!




Antara hak seorang anak apabila dilahirkan adalah:
1)Diazankan/Diiqamatkan
2)Diberi nama yang baik maknanya
3)Akikah
4)Diberi makanan yang baik yakni susu ibu






KELEBIHAN MENYUSUKAN ANAK MENURUT ISLAM


  1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  4. InsyaAllah susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk.
  5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
  6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Mitos mengenai susu ibu termasuk:
* Susu kering - Hanya satu peratus wanita tidak boleh menyusukan bayi mereka. Selebihnya kerana tidak bersungguh-sungguh.

* Luka - Biasa apabila menyusukan bayi. Cara menyusu, kedudukan bayi yang tidak betul menyebabkan boleh berlaku kecederaan.

* Penyebab sakit kuning - Susu ibu bukan penyebab sakit kuning, sebaliknya akibat hati yang belum berfungsi sepenuhnya.

* Berhenti menyusu bila bayi muntah-muntah - Sebaliknya ia adalah ubat terbaik bagi jangkitan usus bayi yang menyusu badan.

* Berhenti menyusukan bayi sekiranya ibu mengambil ubat - Satu jumlah yang sangat kecil kebanyakan ubat-ubatan muncul dalam air susu ibu. Beritahu doktor mengenai anda menyusu badan, maka doktor akan berikan ubat yang sesuai untuk ibu menyusu.

* Makan banyak untuk hasilkan banyak susu - Tidak benar. Ibu menyusu harus cuba untuk makan makanan yang seimbang, tidak perlu minum susu untuk membuat susu sebaliknya mengamalkan pemakanan yang sihat yang normal. Ibu perlu minum mengikut rasa dahaga beliau. Badan ibu tahu jika dia memerlukan lebih banyak cecair, dan memberitahu tubuh, dengan membuat terasa haus.

Faedah Susu Ibu:
* Kajian menunjukkan bayi diberikan susu ibu mempunyai risiko obesiti yang rendah berbanding kanak-kanak yang diberi susu formula.

* Risiko penyakit kronik ibu yang tidak menyusukan bayi adalah 30 hingga 200 peratus lebih tinggi berbanding ibu menyusukan bayi mereka. Keadaan ini menyebabkan berlaku peningkatan dramatik penyakit kencing manis dan lainlain dan menambah kos penjagaan kesihatan individu dan negara.

* Manfaat kepada ibu termasuk cepat pulih selepas bersalin, membantu mengurangkan berat badan, kurang risiko terhadap osteoporosis serta kanser ovari dan payudara.

* Pelbagai kajian menjelaskan penyusuan susu ibu memberi manfaat jangka panjang, termasuk meningkatkan pencapaian intelek, perlindungan terhadap tekanan darah tinggi, menurunkan paras kolesterol darah serta mengurangkan kejadian diabetes mellitus dan obesiti ketika dewasa.

BAGAIMANA SUSU TERHASIL

* Apabila bayi menghisap puting payu dara, rangsangan akan dihantar kepada kelenjar pituitari dan hormon yang dipanggil prolaktin dan oxytocin dihasilkan. Prolaktin menyampaikan arahan untuk menukar darah ke dalam susu ibu. Oxytocin akan terus beroperasi, untuk menolak susu ibu yang berkumpul di dalam saluran payudara.

* Susu ibu `dilepaskan' apabila bayi mulai menghisap pada puting payu dara. Pada hisapan pertama, ibu tidak dapat merasai `pengeluaran itu' bagaimanapun menerusi proses beberapa kali pengulangan, ibu dan bayi akan mulai mahir dan penyusuan ibu boleh berlaku secara normal.

* Susu terhasil dalam sel Acinar. Acinar terdiri daripada sejumlah besar sel-sel acinar. Ia dikeluarkan menerusi hisapan oleh bayi di puting payu dara dan keluar menerusi salur payu dara. Sel myoepithelial sekitar acinar bertindak bagai pam untuk mengeluarkan susu.

* Perlu diketahui, kecederaan termasuk sakit atau luka pada puting payu dara ketika proses penyusuan, boleh terjadi akibat ibu salah menyusukan bayi mereka. Justeru dapatkan tunjuk ajar daripada doktor atau jururawat yang sedia membantu. Jangan berputus asa.

Sumber: Penasihat Penyusuan Pigeon

Wednesday, 26 December 2012

EBM ku memerlukan rumah baru

Salam..

Mulakan hari ni dengan Bismillah..hari yang agak liat nak ke tempat kerja selepas cuti perayaan Kristmas semalam..Alangkah bestnya bercuti kan..?? rasa cam malas giler nak bangun ke tempat kerja..rasa cam nak sambung tido dan terus peluk si bam bam Humaira...

]
Pagi ni dah rasa mmg kena wat decision tuk beli deep freezer..kenapa?? haih kalau ikutkan kat umah tu dah ada dua peti sejuk..tapi tak cukup nak simpan stok ebm ..bukan dua2 penuh ngan stok ebm..tapi penuh ngan stok makanan..dan stok ebm aku dah penuh 1 tray..so nak tak nak kenalah pindahkan ke freezer lain lepas ni.. mmg la kalau nak bandingkan dengan org2 lain akunye stok ni takde la banyak mana..tapi..untuk menaikkan semangan dan untuk terus buat stok kena lah aku melaburkan duit tuk beli deep freezer..cari gak yang 2nd hand..tapi tak jumpa yang baru dekat 900-1000 harganya..nasib baik ada rezeki sket..kena la laburkan duit ke situ..demi untuk si tembamku Humaira..

Nak jadikan citer..dulu mula2 masa dalam pantang..aku pernah nangis sbb tak dapat nak buat stok susu..susu yang ada hanya cukup2 untuk humaira..ble pam.. dua2 belah hanya dapat dalam 2 oz je..risau kalau2 tak dapat nak bagi full breast feed kat dia..macam2 cara dan kaedah aku cuba..bila org kata makan ini ..aku makan...minum itu..aku minum..semata2 nak banyakkan air susu..
Akhirnya lepas amik supplement, makan sayur banyak2, minum air banyak2, makan kurma, dan jadual pengepaman yang konsisten..dapat jugak aku buat stok ..skarang skali pam dapatlah  paling sket 6oz..paling banyak 9oz..bergantung pada banyak mana aku minum air..Syukur tak terhingga...semoga aku lebih gigih tuk menyusukan si Tembam ni sampai 2 tahun. Amin!

supplement ape aku makan???
(1)
Shatavari dari Himalaya

Benefits of Shatavari:

1.Shatavari is highly effective in improving fertility. It tones and nourishes female reproductive organs and regulates ovulation
2.Shatavari regulates hormonal secretion
3.Shatavari treats PMS symptoms by relieving pain and controlling blood loss.
4.Shatavari aids in lactation for nursing mothers
5.Shatavari relieves menopausal symptoms such as hot flashes. By producing estrogens it makes up for low estrogen levels in women who are menopausal or have had hysterectomies or oophorectomies
6.Shatavari is beneficial in amenorrhea, dysmenorrhea, leucorrhea and pelvic inflammatory diseases.
7.Shatavari increases the white blood count and stimulates macrophages which helps to combat candida.


(2)
Set penyusuan Shaklee
boleh tgk kat website ni : http://mommyiskandar.com/ dan http://mama2win.blogspot.com/

(3)
Power Pumping / Tanderm Nursing

 Tandem Nursing: Yang ni mmg banyak membantu..tanderm nursing, (menyusu untuk 2) sebelah kt menyusu anak sebelah lagi kt pam dalam masa yang sama. dengan ini susu akan lebih banyak..


Power Pumping :power pumping is a technique that can be helpful in building a milk supply. Power pumping involves using regular pumping techniques and setup, but in a unique way. The idea is to mimic a baby who is nursing frequently to increase a mother’s supply.

Bagaimana caranya?
-pump for 10-20minit - rest 10 minutes, then pump another 10 minutes, then rest for 10 minutes, then pump again for 10 minutes. Do this for about an hour, sekali sehari.Di samping ini..boleh juga buat hyperstimulation technic preferably at night (12am-6am),every day….~15min pump,15min rest,15 pump,15 rest — continue this pattern dalam 1-2 jam..non-stop…



p/s: hari2 telan ubat..hari2 tak cukup tdo...takpelah demi banyakkan air susu..teruskan lah usaha Liza dan sentiasa berfikiran positif..positif..takmo stress2..

~LAA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute