Friday, 29 June 2012

HATI SEORANG WANITA


credit: http://nurulnahzahhasanah.blogspot.com

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukanmenghanyutkannya.

** "Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.

Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA


WaHaI LeLaKi mEnGeRTiLaH HaTi WaNItA

Andainya lelaki tahu, dalam hati seorang perempuan
ada naluri untuk di sayangi,
ada rasa untuk di beri perhatian,
ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
ada waktu2 minta di temani kesedihannya,

Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk,
Marah seorang perempuan perlu di dekati,
Sedih seorang perempuan perlu di dengari,
Gembira seorang perempuan ingin di kongsi,

Andai lelaki tahu di sebalik seribu satu rasa itu
ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk di manjai,
Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,

Kerana andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu di hati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran

Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata2


Tuesday, 26 June 2012

Indah nya Kehidupan ini....

Setiap hari..hati asyik teringat rumah...alangkah indahnya kalau lah aku tk perlu bekerja..menjalani kehidupan  sebagai suri rumah tangga sepenuhnya menguruskan anak2 dan suami...haishhhh...
Semenjak berbadan dua ni..aku sedikit pun tk berminat nak bekerja..bermula dari trimester pertama..mabuk2..pening2..da tkde selera tgk paper work yg byk ..report2 ...huhu..tambah2 lagi bos lak g maternity..aduhaii...tapi..nak wat camne..aku harus berkerja...sebagai anak sulung..byk komitmen aku pada keluarga..walaupun tk banyak yg aku bagi..harapanku agar pemberianku itu mendapat keberkatan dari Allah..
Berbalik pada topik..tiba2 hati aku berbunga2 ..terasa girang..terasa sangat bahagia..Terima kasih Allah! kerana telah mengurniakan aku sebuah keluarga yg sempurna..seorang suami yg memahami..yg banyak membantu dan banyak memberi aku dorongan dalam mengharungi dugaan dari Mu Ya Allah.
Setiap pagi..hariku dimulai dengan keriuhan anak2..sang suami yg mengejutkan dan menyediakan segala kelengkapan anak2 untuk ke nurseri.. memandikan mereka...dan bersiap untuk berkerja dan menghantar anak ke nurseri dan tadika..Alangkah beruntungnya aku..
Sesudah menghantar anak, dia kembali ke rumah..mengambil kelengkapan untuk ke pejabat dengan menaiki motorsikal..tak lupa sebelum berangkat dia mengucup dahiku...dan aku membalas dengan mencium tangannya..dan kami sama2 keluar rumah untuk ke pejabat masing2..
pulang dari pejabat...aku menjemput anak dari nurseri..Suamiku sibuk mengambil baju2 kotor untuk dibasuh..sesudah itu dia sibuk pula membersihkan kandang arnab, menyiram pokok2 bunga dan menyapu laman..manakala aku, sibuk di dapur menyediakan makan malam..anak2 pula sibuk menunggu rancangan kartun kegemaran mereka Upin dan Ipin di TV9. selepas mandi dan solat..suamiku meneruskan aktivitinya melipat kain , menyusun baju dan seterusnya menggosok baju..(nampak cam kena dera je kan)..haha..itulah hakikatnya..dia lebih ringan tulang dari isteri dia ni..dan kemudian kami makan malam bersama2 dan menonton tv sekeluarga...
Setelah 6 tahun lebih menikah, bersahabat baik 5 tahun..banyak dugaan kami harungi bersama..tipulah kalau kata takde gaduh..x de merajuk ..takde marah2 ...sebab dah puas bergaduh..dah puas bertelagah..selepas 6 tahun lebih kawen baru aku temui erti kebahagiaan yg aku impikan..
bila aku banding2kan dia dengan suami kawan2ku..aku adalah di antara yg bertuah..ada setengah suami mereka..kaki perempuan, suka hangout ngan kawan2, menipu isteri, tknak kerja, dan macam2 lagi..Tiada siapa yg sempurna..dan tujuan perkahwinan itu adalah saling melengkapi antara satu sama lain..Seharusnya aku bersyukur dengan apa yg telah Allah tentukan padaku..
Setiap manusia itu hanya merancang, dan ketahuilah bahawa Allah telah ada perancangan yg lebih hebat buat kita.
Ya Allah! Ampunkan lah dosa Suamiku, Murahkan rezekinya, Panjangkanlah umurnya dan berilah kebahagiaan pada kami dunia dan akhirat..Semoga Ikatan perkahwinan kami berkekalan sehingga ke akhirat...Amin ya rabbal 'alamin...Amin!
~LAA











Anak Aset ke Syurga


P/s: sharing is caring...ape lagi bagi yg nak tambah anak tu..jom le kt tambah ramai2 ..lagi ramai lagi meriah...mula2 berdua..pastu bertiga..pastu berempat..skang dah nak berlima..lagi 3 tahun tambah lagi satu...boleh MR Hubby??!!! ekekeekek...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute ♥