Tuesday, 24 July 2012

Zuriatku Penyeri Hidupku-.Huda Mohd Hairulhafiz

Nama : Huda Mohd Hairulhafiz
Tarikh Lahir : 13 Febuari 2007
Tempat Lahir : Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju

Seawal 5 bulan perkahwinan, akhirnya aku disahkan mengandung..selepas buat 6kali test pregnancy kit,doktor kata mmg aku dah positif..tapi mungkin masih awal..nak scan pun tk berapa nampak..maklumlah, pusingan haid tk teratur..jadi susah nak tau berapa usia kandungan aku ketika tu..kami sangat teruja..hepi giler sbb ni adalah cucu pertama bagi kedua belah pihak..masing2 tak sabar nak menunggu kehadiran insan kecil yg mmg dinanti-nantikan ni..
Usia kandungan baru 35 minggu, aku dah rasa resa nak bersalin.."Contraction" dah kuat, baby mengeras je..bila gi Naluri buat CTG..baby dah menunjukkan bacaan yg agak tinggi..so doktor kata nak check bukaan..skali doktor kata pintu dah bukak 3cm..tapi baby blom cukup bulan..terpaksa admitted. 2 injection aku kena time tu..untuk matangkan paru2 bayi. dan ubat untuk hold bukaan dan contraction. selepas 2 hari doctor benarkan aku balik umah..tapi still tk leh keje dan kena berehat secukupnya..Haha..aku jenis aktif, mane lah nak duk diam..hari seterusnya ada followup lagi dengan naluri dan doktor check bukaan dah 5 cm..aduhai..inilah yg dikatakan kalau dah takdir dia nak lahir..maka lahir la ia..doktor decide nak kuarkan juga baby aku ni..aku dimasukkan ke labour room..air ketupan dipecahkan..tapi aku tk menunjukkan ape2 reaksi sakit. kemudian, aku di induce..lepas 45 minit..hanya Allah je yg tahu..betapa sakitnya melahirkan seorang bayi ke dunia ini..selepas 4 jam bertarung, selepas 2 kali push..lahirlah puteri sulung kami yg sangat comel.seberat 2.3kg...Huda Mohd Hairulhafiz..
Menjaga Huda ada sedikit susah..sebab dia lahir tak cukup bulan..dan ada alergik pada kulit..dia tak leh minum susu lembu, tak leh pakai bedak , pampers pun ada certain pampers je yang dia leh pakai..high maintenance anak ibu sorang ni..skarang Huda dah jadi kakak..dah 5 tahun pun usia dia..dah pandai nak melawa, pilih baju sendiri dan dah pandai tolong ibu mengemas dan jaga adik..Periksa awal tahun hari tu Huda dah buat ibu rasa bangga. tak sangka anak ibu ni diam2 dapat no.1 kat skolah..ibu sayang sangat kat kakak..Semoga kakak terus jadi anak yang bijak, baik serta solehah. Amin!
   





Monday, 23 July 2012

Baby Mengeras pada usia 25 Minggu



    Jumaat lepas perut aku mengeras sehari semalam..sampai x leh nak berjalan, bergerak..huhu..sakit..dalam hati terdetik jugak..takkan aku dah nak beranak kot..ikutkan mmg ada pengalaman melahirkan Huda yg tak cukup bulan..masa tu baru 35 minggu..dah ada contraction..dan vagina dah bukak 5cm..tapi 35 Minggu kira ok la sbb berat dia dah 2.3kg..ni baru 25 Minggu..berat pun tak sampai 1 kg..huhu..
    Tapi aku tetap gagahkan diri gak tuk bertenang dan monitor terus..mana tau ada tanda2 darah atau air keluar ke..tapi alhamdulillah takde..cuma sakitnye mmg semacam nak bersalin tapi tkde la sakit sangat..
    Sabtunya aku mmg ada checkup ngan doktor..then doktor kata bahaya kalau contraction tu berlarutan..kemungkinan boleh bersalin awal..doktor just bagi ubat penenang tuk baby supaya lembut balik..takde la mengeras sentiasa..alhamdulillah...sabtu tu dia dah lembut balik..maybe sbb takde tenaga kot disebabkan aku berpuasa..Hopefully tahun ni boleh puasa penuh..dan doa2 semoga baby tak meragam..tak larat nak mengganti dan membayar fidiyah nanti..
    Biler aku google2 aku terjumpa info ni, pasal kenapa baby mengeras...ada kebenaran jugak..selain aku sememangnya aktif..baby pun aktif..lately aku terlebih stress...terlalu banyak masalah datang bertimpa-timpa..maybe sebab tu terjadinya contraction tu..hope lepas ni aku akan kurang2kan aktiviti dan tahap stress aku..

    Berikut antara sebab-sebab perut menegang semasa mengandung :

    1. Bayi bergerak dengan aktif
    2. Ibu sangat aktif
    3. Semasa senaman atau membawa barang berat
    4. Perut penuh
    5. Mengurut perut
    6. Semasa atau selepas hubungan seks
    7. Dehidrasi

    Cara menangani perut mengeras semasa hamil
    1. Tukar aktiviti atau posisi
    2. Berehat lebih lama
    3. Minum air secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari)
    4. Buang air kecil dengan kerap
    5. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan
    6. Usap perut perlahan-lahan


    Sumber :
    http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/semasa-hamil/125-kontraksi-braxtons-hicks-bh.html

    http://ratuhati.com/forum/index.php/topic,2182.25.html?PHPSESSID=3eb486a8b99a815389f00074c4476419


Friday, 20 July 2012

Ya Ramadhan!

Syukur Alhamdulillah. Tahun ni sekali lagi Allah memberi peluang bagi aku untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yg penuh dengan keberkatan. Semoga kali ini segala amalan aku diterima dan semoga keimananku bertambah..sesungguhnya aku memohon padaMu agar aku dan keluarga akan sentiasa di bawah lindunganMu Ya Allah!

Di kesempatan ini aku ingin memohon kemaafan kepada sesiapa yg mengenali diri ini ..sekiranya kekilafan aku telah melukakan dan menyakiti hati kalian..Maafkan aku! Sesunggunya aku tidak sempurna, banyak kekurangan dan kesilapan yg telah aku lakukan..semoga dengan kemaafan dari kalian akan mempermudahkan segala amalanku diterima olehNya..Amin Ya Robbal 'Alamin!

Akhir sekali, Selamat Menyambut dan menunaikan Ibadah Puasa kepada semua yg beragama Islam.. Semoga kita semua mendapat keberkatan bulan yg mulia ini..Amin!

~LAA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute