Tuesday, 18 September 2012

Buang Bayi dari tingkat 3..Manusia tk berakal!!


Salam..
Hampir hari2 kt mendengar cerita org buang bayi kat malaysia ni..semalam seorg bayi perempuan lak dicampak dari tingkat 3 flat Desa Mentari, Pj..kebetulan salah satu staff aku duk kat flat tu..aku pun dapat la serba sedikit info dari kakak tu...budak yg buang baby tu umur dalam 20 tahun dan merupakan seorang bekas pelajar sekolah tahfiz..mak ayah dia dikenali sebagai org2 alim..selalu gi surau dan selalu mengikuti majlis2 bacaan Yasin..Org tua budak tu tak tahu pun anak dia mengandung..berikutan badan budak perempuan tu agak gempal..so selama 9 bulan pun tk perasan la perut anak tu membuncit..budak tu bersalin sorang2 dengan mengunci bilik..dan disebabkan takut..dia mencampakkan baby yg dilahirkan tu melalui tingkap bilik..konon2 nak mengelakkan dari pengetahuan org ler..tapi akibatnya 1 malaysia dah tahu..haha..tak pk panjang tul budak ni..lepas tu budak tu tk sedar yg uri dia tk keluar lagi dan uri tu naik ke atas..(aku tak tahu camne nak xplain pasai ni) yg aku tahu banyak ibu yg bersalin kalau uri tak keluar dan naik ke atas dada boleh mengakibatkan kematian..biler mak dia balik dari majlis yasin..ketuk2 pintu anak tak bukak..biler pecahkan pintu bilik tu, dia tgk bilik tu penuh dengan darah dan anak dia dah tak sedarkan diri sbb uri dah sangkut.. Haa..padah beranak sendiri...ni ler jadinya..skang budak tu kat spital tgh tunggu tuk operation tuk keluarkan uri..double sakitnye kannn!! 
Aku tak paham ler nape budak2 skang ni berani tul beranak sensorang...aku yg dah nak masuk 3 kali beranak ni pun still terasa gerun nak beranak lagi..dorang lak dah la buat dosa..slumber je beranak sorang2..haiiih..dunia akhir zaman..semoga aku dan keturunan aku dijauhi dari melakukan perkara2 terkutuk ni...Amin!

berikut keratan akhbar Kosmo tentang kejadian tersebut :

[Kosmo] PETALING JAYA - Ketika rakyat Malaysia berkobar-kobar menanti kelahiran anak sempena Hari Malaysia, lain pula dengan seorang ibu yang tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan pada hari bersejarah itu dari tingkat tiga Blok 1, Flat Desa Mentari di sini semalam.

Mayat bayi perempuan malang itu kemudian ditemui dengan kesan kecederaan di kepala oleh seorang penduduk yang terkejut mendengar bunyi satu objek jatuh di tempat letak kereta flat tersebut pada pukul 11 pagi.

Saksi kejadian, Jundi Mat, 35, berkata, sebelum menemui bayi itu, dia terdengar bunyi objek jatuh di tempat letak kenderaan dalam jarak kira-kira dua meter dari tempat dia berada.

Menurut pemuda itu, dia pada mulanya menyangka objek yang tertiarap di kawasan letak kereta tersebut anak patung sebelum dia kemudian menghampiri objek itu.

"Alangkah terkejutnya saya apabila objek tersebut bukan anak patung tetapi rupa-rupanya seorang bayi dalam keadaan berbogel, masih bertali pusat dan berlumuran darah.

"Bayi yang kepalanya turut kemek tidak menangis dan tidak bergerak kerana sudah tidak bernyawa," cerita Jundi yang bekerja sebagai pemandu lori.

Friday, 14 September 2012

Perkembangan aku yg Kembang..Woot Woot..

Salam..
Makyong..oh makyong..haha..beratnye terasa...nak jalan pun dah ala2 penguin lak aku rasa.. Minggu yang lepas masa checkup berat badan aku dah mencecah 70kg... Huh! ape???!!! 70kg???!! masa pregnan pertama pun sebelum bersalin 71kg..yg 2nd pregnan 68kg..kali ni baru 34 Minggu dah 70kg...errkkk...betul2 mengembang aku kali ni..bukan semangkuk lagi kembangnye..dah bermangkuk2..ahhahah...
Ni mesti di sebabkan aku dah takde hempedu..huhu..dah takde organ yg leh tapis segala minyak, lemak dan toksik dalam badan..tu yang lebih mudah mengembang..huhu..camne nak hadapi semua ni..boleh ke aku kembali ke bentuk asal..atau aku akan semakin mengembang lepas beranak nanti...

kalau dah camni..ape lah rupa aku nanti..

Oh No! tak leh..tak leh..camne pun kena gak kuruskan balik badan nanti...kena berpantang betul2..jaga makan..bersenam..dan yg paling cepat nak turunkan berat badan..breast feed baby...hope leh produce banyak susu lah hendaknya..this time nak try bagi full BF sampai 2 tahun..semoga berjayalah hendaknya..Amin!

Berikut gambar masa lepas pregnan sebelum2 ni..yg first, lepas bersalin berat 62kg..amik gak masa hampir setahun baru dapat berat badan asal..masa tu amik Herbalife..jaga makan..dan kembali ler ke bentuk asal..tapi makan herbalife ni jadik subur lak..lepas anak 1st 2 tahun dapat lak baby kedua..hehe..

lepas abis pantang...

Ni pun gambar masa anak 1...


2nd pregnancy
Lepas bersalin yang ke2..aku lebih cepat susut berbanding yg pertama..lepas pantang je baju lama semua leh pakai..jeans pun sama..maybe sebab aku consume herbalife kot sebelum pregnan..aku ada jugak pakai corset beautiful..turun la jugak berat tapi tak de la sedrastik kalau bersenam..lepas tu aku maintain gi gym...dan tak makan malam..masa gi gym berat aku berkurang banyak sampai 48kg..huhu..berat sebelum kawen pun dah 50kg..lebih ringan dari sebelum kawen..best2..so method yg terbaik dalam penurunan berat badan bukan supplement..bukan herbalife dan juga bukan pakaian dalam..senaman yg konsisten dan juga penjagaan dalam pengambilan makanan..

 Lepas 5 bulan bersalin anak ke2

Kurang dari setahun dah dapat balik ke bentuk asal





Dan biler pregnan kali ke3 ni aku agak takut sket..sbb setahun lebih yg lepas aku dah buang hempedu..so doktor ada kata aku kemungkinan leh gemuk..sbb dah takde organ yg nak tapis lemak..huhu..mmg betul pun..pregnan kali ni aku kembang sekembangnye..tapi aku tetap simpan azam tuk kurus balik lepas bersalin nanti..kenalah bekerja lebih keras lagi lepas ni..huhu..doakan yer... =P

~LAA 


Pregnancy ke-3

Kembang dan terus kembang..



Thursday, 13 September 2012

Dik Kerana Nak kurus Sangat...

Salam..
Pagi ni duk berkobar2 nak menaip..walaupun keje berlambak2 atas meja..nak kena keja dateline, tapi aku wat dek je ngan semua tu..hahaha...mood malas sudaa...tak sabar rasanya nak bercuti panjang...

Semalam, laki aku bawak balik satu ubat ajaib katanya..kawan dia jual..UBAT KURUS! mengikut katanya sorang kawan dia dah kurus..tak sampai sebulan dah nampak hasil..yg tukang jual ni lak staff dia jugak..bini dia turun sampai 8kg...tanpa kesan sampingan..tanpa rasa lapar..dan tanpa senaman...WOW!!! teruja aku dengar..then aku tya ler ape nama ubat tu...dia pun sebut ler ABC Acai Berry.. ubat ni dari Hong Kong..aku belek2 kotak dia..takde kelulusan KKM...takde tanda HALAL..tgk bahan2 ..xde lak yg tak leh makan..dari tumbuh-tumbuhan katanya..ubat tradisional org China...aku diam...Almaklumlah ..orang lelaki ni, kalau dah termakan cakap kawan..bini cakap pun tak nak percaya..kawan jugak yg betul..sebelum aku bantah aku kena cari dulu FAKTA2 yg boleh mematahkan setiap ape yg bakal kuar dari mulut dia..

Samada ABC Acaiberry Fake atau Original tetap mengandungi bahan terlarang Siburtamin




Seperti tidak percaya,ubatan ni mengandungi Siburtamin. Adalah produk ni berselindung atas nama Acai Berry yang tinggi khasiat?

Capai Handphone terus Google...dan hasilnya... korang leh baca kat SINI dan SINI LAGI .
Pendek kata ABC Acai Berry ni yang Original atau yg Fake, kedua2 nye mengandungi bahan terlarang yg boleh membawa maut. Pada yg single tu..pk2kan la mak ayah.. yg da berkeluarga..pk2 la anak2, bini/suami..jangan ambil risiko yg boleh memudaratkan..biar x kurus janji sihat..kalau dah sakit nanti tak ke MENYUSAHKAN orang..

Kepada yang nak kurus, janganlah ambil jalan mudah..takdenye korang leh kurus dalam masa singkat..takde jalan singkat untuk capai sesuatu dalam hidup ni..semua perlukan usaha yg keras..jaga pemakanan, buat senaman dan jalani cara hidup yg sihat..

Kepada yang menjual produk ni..tujuan saya cuma nak beri kesedaran..bukan nak menjatuhkan perniagaan korang..sebagai penjual..sepatutnya siasat dulu samada produk yg kt jual tu selamat atau tidak..dapat kelulusan KKM dan JAKIM..jangan kerana nak duit banyak sampai menggadaikan nyawa orang lain..Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudia tak berguna..

~LAA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute