Thursday, 28 February 2013

Posisi dan cara yang betul ketika penyusuan





*
 Posisi penyusuan yang baik*
Menyusu dalam posisi yang salah boleh menyakitkan anda dan juga mengecewakan bayi. Berikutadalah cara yang betul:

  • Sentuh bibir bayi dengan hujung putingsehingga dia membuka mulutnya.
  • Biarkan dia membuka luas mulutnya untuk memenuhi sebahagian besar areola (bahagian berwarna coklat).
  • Gerakan rahang dan bunyi tegukan memastikan yang bayi menyusu dalam posisi yang betul.
  • Selepas menyusu, masukkan hujung jari kelingking anda di hujung mulut bayi untuk menghentikan hisapan.
*Refleks ‘let-down’ atau pancutan susu*
Refleks ‘let-down’ adalah rasa berdenyut yang menandakan aliran hangat susu sebaik sahaja bayi telah berada pada posisi penyusuan yang betul. Jika anda tidak mengalami rasa ini, ia mungkin disebabkan oleh gangguan, tiada ruang untuk bersendirian, rasa malu atau cemas tentang penyusuan susu ibu, letih atau sakit.
*Pilih posisi yang selesa*
Dapatkan posisi yang membuat anda dan bayi rasa selesa. Tubuh bayi haruslah rapat ke anda dan mukanya bertemu dengan payudara anda. Mulutnya haruslah berhampiran dengan puting dan kepala, leher dan belakangnya perlulah dalam keadaan lurus. Belakang badan anda juga perlulah tegak, jangan membongkok. Gunakan bantal untuk bersandar, jika perlu.
  1. Posisi dakapan Ini merupakan posisi klasik dan menjadi kegemaran kebanyakan ibu. Ia membolehkan perut bayi dan perut anda bertemu supaya anda tidak perlu memusingkan kepalanya untuk menyusu. Kepala bayi berehat di dalam dakapan anda. • Sokong belakang badan dan punggung bayi. • Lengan bayi perlu berada di bahagian sisinya.
  2. Posisi ‘football hold’ Posisi ini sangat sesuai jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, memiliki payudara yang besar, menyusukan bayi pramatang atau bayi yang kecil saiznya atau menyusukan anak kembar pada waktu yang serentak. • Sokong kepala bayi dengan tangan. • Gunakan bantal untuk menyokong belakang badan anda.
  3. Posisi berbaring Cuba posisi ini apabila anda dan bayi rasa letih. Jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, ini mungkin satu-satunya posisi yang boleh anda cuba pada beberapa hari pertama. • Sokong kepala anda dengan lengan. • Sokong bayi anda dengan lengan atas.
*Beralih payudara*
Jika boleh, berikan bayi menyusu dari kedua-dua belah payudara pada setiap kali menyusu. Susukan bayi pada satu payudara sehingga dia berhenti menghisap. Angkat bayi, sendawakannya dan alihkannya ke payudara sebelah dan teruskan menyusu sehingga dia kenyang. Untuk penyusuan yang berikutnya, mulakan pada payudara yang terasa sarat dengan susu.


Sendawakan bayi*
Sendawakan bayi setiap kali selesai penyusuan. Dia mungkin termuntah susu, jadi pastikan anda menyediakan tuala. Jika dia tidak sendawa selepas 30 saat, dia mungkin tidak perlu disendawakan.
• Letakkan bayi di bahu anda.
• Gosok atau tepuk perlahan belakang badannya.

*Maklumat Sampingan berkaitan teknik penyusuan*

  • Ini bergantung pada cita rasa dan pilihan anda. Anda boleh menyusu sambil duduk, berbaring atau serong sebelah.
  • Tentukan kedudukan anda betul. Bermakna cara anda duduk atau baring, memegang bayi dan bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya apabila menyusu.
  • Bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau duduk bersandar di kerusi.
  • Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga susah ia mencapai puting payu dara. Jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.
  • Gunakan sesuatu seperti bantal, kusyen, atau bahan yang lembut tapi kukuh untuk bersandar atau merehatkan kaki agar dapat menyokong anda dan bayi.
  • Sokong kepala bayi dengan lengan, manakala muka bayi menghadap ke hadapan dan muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu
  • Bayi rapat dengan ibu(perut bertemu perut). Punggung, kepala dan bahu bayi diampu.
  • Letakkan kepala bayi, tubuh dan kaki dalam keadaan lurus, kepala bayi diangkat tinggi sedikit.
  • Gunakan bantal atau silangkan kaki anda untuk menaikkan kepala bayi ke payu dara
  • Bayi seharusnya menghisap seluruh bahagian kawasan puting.
  • Cara memegang payudara adalah dengan Pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting
  • Cara memengang yang salah adalah Pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting
  • Cara yang betul menyusukan bayi *Sentuh bibir bayi, *tunggu mulutnya terbuka luas *gerakkan badan bayi ke arah payudara *pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara(areola) *pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara
  • Cara pelekapan yang betul *mulut bayi terbuka luas *dagunya mencecah payudara *bibir melekup keluar *pipi gelembung *payudara nampak penuh dan bulat *terdengar nada hisapan - hisap -telan-hisap-telan
  • Cara pelekapan yang salah *dagu bayi jauh *tidak banyak areola yang masuk ke dalam mulut bayi *dagu tidak menyentuh payudara *ibu rasa sakit *payudara bolehbengkak dan puting luka

Sesi urut2 si manja Humaira

Bismillah dan Assalamualaikum..

Selamat pagi..pagi ni mood sangat ceria..almaklumlah tengah menghitung hari2 terakhir sebagai wanita bekerjaya..hahaha..lepas ni jadi suri rumah sepenuh masa lak..jalani tugasan sebagai ibu dan isteri sepenuh masa pada majikan saya encik husband..hehe.. malam tadi si Humaira takmo tdo..asik nak berborak je..minum susu pun main2..manakala ibunya pulak tgh sakit kepala..nak suh dia tdo..kenalah urut dulu dengan minyak bayi..baru le nyenyak dia tdo..
anyway biar gambar berbicara ye..betapa seronoknya Humaira dipicit2 dan diurut2 oleh ibunya..^_^..

urut belakang dia..sambil urut mulut tak reti diam..

sukanya kena urut..ye sayang..

geli ke?

urut tapak kaki pulak

muka....wat facial sket...

perut muncit ni tk ketinggalan..

sonyum laei...

dah siap ke ni?

Humaira togel ye...

yeaa..da siap pakai baju...

ready to sleep...

Dah kena urut, minum susu dan gayut..terus tido ngan lenanya..ibu dia skali tk sedar diri..sampai ayah kejut tuk buat power pumping pun tak sedar..haih skip lagi kali ni nak wat power pumping..malam ni kena wat xtra la..huhu.. >_<

~LAA

Tuesday, 26 February 2013

Humaira tak bagi ibu gi keje...ke ibu yang tak nak gi keje..

 
Bismillah dan assalamualaikum...
Seharian di pejabat hari ni buat hati aku tak tentu arah..pagi2 lagi dah terasa semacam..mana taknya..pagi2 sebelum pegi keje si kecil tu manja semacam..seolah-olah tak bagi je ibu dia ni keje..sabar ye nak..tak lama dah..ibu pun kalau boleh tak nak dah keje..huhu..
Terkenang saat malam kelmarin bergolek bersama dan bergurau2 sambil mengurut badan si debab Humaira..betul la rupernya ..baby bila kita urut2 badan dia..dia seronok..gembira..ada saja mulut tu nak bercakap..tah apa butir2 percakapannya pun ibu tak paham..hahaha..mungkin dengan sentuhan dan urutan tu buat dia rasa dimanja, dibelai..jangankan baby, aku yang tua ni pun suka bila kena urut..ye tak? kalau ada lah yang pandai urut kat rumah tu..boleh la diurutnya badan aku yang agak lenguh2 sejak kebelakangan ni..
 
 
Jom kita baca sedikit info tentang urutan bayi ni:
 
gambar hiasan

Banyak faedah apabila mengurut bayi. Paling penting bayi akan di rangsang dan peredaran darah semakin baik.

Bayi akan erat dengan ibu atau bapanya. Selain itu beliau sarankan ibu membaca buku, Al Quran atau cerita sebelum bayi tidur. Ini a...kan membantu tingkat ketajaman minda anak mereka.

Kaedah di bawah boleh dijadikan panduan.

Berikut ada tip atau kaedah urutan :


Mulakan urutan dengan:

1. Kaki — Urut menghala menjauhi jantung dengan usapan bentuk C. Urutan bermula di buku lali, bergerak ke paha dan balik ke buku lali. Bengkok dan luluskan kaki bayi serta buat pergerakan seperti mengayuh dan lakukannya secara perlahan-lahan. Buat latihan jari dengan membengkok dan meluruskan setiap jari supaya semua sendi digerakkan. Tolak sedikit jari ke belakang perlahan-lahan.

2. Perut — Gunakan kedua-dua tangan. Lebih mudah jika anda di hujung kepala bayi. Urut perutnya perlahan-lahan dalam bentuk huruf U. Pegang kakinya dan bengkokkan hingga ke perut.

3. Tangan — Ulang proses sama seperti mengurut kaki.

4. Dada — Urut dengan menggunakan tapak tangan. Urut ke arah keluar (melintang) dari tengah dada menghala ke atas sehingga ke bahu, dan turun ke tulang rusuk. Urut secara menyerong dari paha kanan ke bahu kiri. Ulang untuk kaki sebelah lagi.

5. Muka — Urut secara bulatan kecil pada kulit kepala. Urutan ini juga boleh dilakukan ketika mandi dan memakai syampu. Usap dahi, keliling mata dan kening. Untuk pipi, usap secara melintang dari tulang pipi ke telinga. Urut secara bulatan di bawah dagu, keliling telinga dan tengkuk. Urut perlahan-lahan dengan memberi sedikit tekanan. Cara ini akan membuatkan bayi berasa lebih selesa.

6. Belakang badan — Tiarapkan bayi anda. Gunakan minyak dan urut badan belakang dari atas tulang belakang hingga ke pangkal punggung menggunakan kedua-dua tangan. Buat urutan secara bulatan dari bahu, turun ke badan, punggung, paha dan kaki.

Urut bahu menggunakan tapak tangan dan akhiri dengan satu usapan panjang dari bahu ke kaki. Urutan ini mengambil masa antara 20 hingga 30 minit dan kanak-kanak akan lebih tenang serta segar apabila diurut.


Manfaat Urutan Pada Bayi

Urutan bayi bukan saja merapatkan ikatan antara ibu atau ayah dan anak, tetapi turut mempunyai pelbagai manfaat seperti:

1.> Memperbaiki perjalanan darah.
2.> Merangsang deria.
3.> Mengurangkan tekanan.
4.> Memperbaiki sistem penghadaman.
5.> Meningkatkan daya ketahanan badan.
6.> Merangsang perkembangan fizikal dan psikologi.
7.> Membantu memudahkan bayi tidur.
8.> Merangsang aliran oksigen dalam badan.
9.> Memudahkan penyingkiran bahan toksin.
10.> Membantu perkembangan fungsi otot.
11.> Membantu meredakan kesakitan apabila demam.
12.> Merangsang penghasilan hormon.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute