Wednesday, 6 March 2013

cara2 membuat air selusuh

 
Bismillah...Assalamualaikum..
Selamat pagi dan semoga hari ini kita menjadi yang lebih baik dari semalam. Hari ini saya nak kongsikan sedikit ilmu yang saya dapati dari salah satu blog yang amat membantu ibu-ibu yang tengah sarat nak menunggu saat kelahiran. Sekarang ni air selusuh pun ada dijual dipasaran. Cuma pada pendapat saya lebih baiklah air itu disediakan sendiri oleh suami dengan bacaan al-Quran.berikut adalah cara2 bagaimana menyediakan air selusuh bagi mempermudahkan proses bersalin.
 
Penyediaan air selusuh (yang terbaik, disediakan oleh suami);

Untuk diminum 2 kali setiap hari; pagi dan malam (bermula minggu ke-30 kandungan *lain orang, lain pendapatnya berkenaan bila masa terbaik utk menggunakan air selusuh), dimulakan dengan selawat.







Penyediaan air selusuh


1. Al-Fatihah

*bacaan bertajwid




(1) Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
(3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(4) Yang menguasai hari pembalasan
(5) Hanya kepada engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
(6) Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
(7) (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.


2. Selawat Syifa

*bacaan bertajwid {link}






Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad SAW yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberikan kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat baginda.





3. Al-Hashr; ayat 21-24.













(21) Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir.

(22) Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia. Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

(23) Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia, Maha Raja yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang menjaga keamanan, pemelihara keselamatan, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa. Yang Memiliki segala keagungan. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

(24) Dialah Allah yang Menciptakan, yang mengadakan, yang membentuk rupa, Dia memiliki nama-nama yang indah. Apa yangdi langit dan di bumi bertasbih kepada-Nya. Dan Dialah yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.




4. Ayat selusuh






Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin bagi isteriku, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.





5. Al-Insyiqaq; ayat 4-5






(4) dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong

(5) dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya patuh.





6. An-Nazi'at; ayat 46.






Pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu (kerana suasananya hebat), mereka merasa seakan-akan hanya (sebentar saja) tinggal (di dunia) pada waktu petang atau pagi hari.





7. Ayat selusuh



Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin bagi isteriku, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.





8. Ayat permudah



Ya Allah, permudahkanlah dan jangan kau sukarkan isteriku kerana engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagimu, ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatmu, ya arhamarrahimin.
 
Semoga info ini bermanfaat buat ibu2 yang menanti saat kelahiran si manja. Doa saya sebagai seorang ibu, semoga ibu2 dipermudahkan proses kelahiran tu nanti ye!! ^_^
 
~LAA

Tuesday, 5 March 2013

Gi Interview tapi cabut..hahahha


Bismillah..Assalamualaikum..

Huargghhh..ngantuknya saya..semalaman bergadang menjaga Humaira yang tiba2 demam..huhu..kul 5 pagi da poopoo..pastu ajak main..sian anak ibu..sore dah takde dek kerana batuk...doaku smoga dia cepat sembuh..
berbalik pada tajuk entri kali ni..pagi tadi aku saje attend 1 interview kat area shah alam..awalnya mmg niat nak benti keje n duk umah..tapi tiba2 ada lak panggilan interview..sedari awal lagi encik suami asyik ulang kali bertanya..awak nak pegi ke?....jawabku..pegi la..mana tau dapat..tapi dalam hati takde la nak sangat keje tu..siankan anak2 yang dah mengharapkan aku tuk asuh dorang..Disebabkan da berjanji akan datang ke interview tu..aku pegi la jugak..
sepanjang perjalanan, tah kenapa hati ni gelisah sangat..aku pun baca doa nabi Luth, berulang2 kali..mohon petunjuk..mana tau Allah nak bagi jalan..moga apa yang aku buat ni dapat keberkatan ataupun sebaliknya.. mana duk pk Humaira demam, pale yang cenoneng tak cukup tido ni..sampai2 kat sana..isi form..tgk form, Mak Ai...banyaknye nak kena isi..cam kena tulis resume lak tu..pastu tak cukup form yang bermuka-muka tu ade lak test..hurmmm..dah la ati aku ni tak tenteram..1 jam aku amik tuk isi form..tgk jam da kol 11 lebey tinggal sejam lebih lagi nak masuk opis balik..half day leave..masuk kol 1. dah la ari ni hari terakhir aku kat ofis. hurmm..candidate yang berbaris ada 3 orang termasuk aku..seorang dia amik masa dalam 1 jam lebih nak interview..mmg aku rasa tak sempat..Aku capai beg dan terus ke reception kata "saya tak jadi interview. ada call emergency! bak balik form saya. terima kasih.."
Hahahaha..pertama kali dalam hidup aku cabut dari interview. Aku yakin ada hikmah dan bukan rezeki aku tuk bekerja disitu..dan aku yakin kerjaya yang lebih diberkati adalah menjadi surirumah sepenuh masa dan mendidik anak2 yang mmg mengharap ibu dia duk umah..heheheh..doakan aku menjadi hamba,isteri,ibu, anak dan kakak yang diberkati..Amin!

~LAA

Monday, 4 March 2013

Yeay..yeay..umah dah berwajah baru..

Bismillah...Assalamualaikum..
hehe..blom ape2 lagi dah gelak ek..^_^ cantik tak rumah baruku...sweetkan..pujian tu patut kena bagi kat org yang edit blog aku ni iaitu cik rose cute. hehe kebetulan blog address dia namaku+encik suami..kebetulan same ek.. sape2 yang berkenan dengan hasil kerja cik rose cute ni boleh contact2 dia..sangat efficient orangnya..yg pasti harganya sangat berpatutan..
 
akhirnya blogku ini lebih kemas dan lebih sejuk mata memandang..kalau tak..alahai pening kepala aku nak mengedit.almaklumlah buta coding..hehe..hope kawan suka dan slalu2 la datang melawat ye..
 
daaa...
 
~LAA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute