Wednesday, 27 March 2013

Jangkitan Telinga

 



Pengenalan

Jangkitan telinga adalah masalah kesihatan yang kerap dihidapi oleh kanak-kanak.

Ianya menyebabkan gangguan tidur dan pemakanan kanak-kanak. Mereka mungkin akan sentiasa menangis tanpa diketahui sebabnya. Kebanyakan kanak-kanak mendapat sekurang-kurangnya 1 jangkitan telinga sebelum berusia 2 tahun.

Apakah perbezaan jenis jangkitan telinga?

Ada 2 jenis jangkitan telinga:

  • Otitis media adalah jangkitan telinga yang berlaku apabila virus, bakteria atau kulat menyerang tiub eustachian (saluran yang menghubung sinus dibelakang hidung ke telinga tengah)
  • Otitis externa ialah jangkitan telinga yang berlaku di saluran telinga luar.


Otitis externa

Apakah faktor seseorang itu cenderung mendapat jangkitan telinga?

  • Jangkitan di saluran pernafasan yang berulang-ulang.
  • Adik-beradik yang dijaga di pusat harian.
  • Bayi yang diberi susu botol.
  • Terdedah kepada asap rokok.
  • Pembesaran adenoids.
  • Sumbing bibir.
  • Alahan menyebabkan kanak-kanak lebih terdedah kepada jangkitan telinga.

Bagaimanakah kita mengetahui kanak-kanak mendapat jangkitan telinga?

Kebiasaan kanak-kanak akan mendapat jangkitan telinga selepas mendapat selesema atau jangkitan di salur pernafasan.

Tanda-tanda biasa ialah:

  • Kesakitan dalam telinga.
  • Resah dan mudah meradang.
  • Tidur yang selalu terganggu.
  • Selalu merentap dan menarik cuping telinga.
  • Nanah keluar daripada telinga.
  • Kurang selera makan.
  • Lelehan hidung.
  • Selalu menangis sebelah malam semasa tidur.
  • Kurang terangsang dengan bunyi yang perlahan.


Acute otitis media

Apakah komplikasi yang akan timbul akibat jangkitan telinga?

Kebanyakan kanak-kanak akan sembuh sepenuhnya tetapi sebahagiannya mungkin akan mengalami:

  • Telinga bernanah yang kronik.
  • Kurang pendengaran.
  • Lembap dalam pembelajaran terutama jika rawatan yang diberikan lewat atau tidak sempurna.

Bagaimanakah rawatan jangkitan telinga?

Dapatkan nasihat dan rawatan awal daripada doktor jika terdapat tanda-tanda jangkitan telinga.

Jika jangkitan telah dikenal pasti, rawatannya adalah:

  • Ubat mencairkan kahak (sama ada secara topical or sistemik).
  • Ubat demam.
  • Antibiotik diberi jika jangkitan disebabkan oleh bakteria.
  • Ubat titis telinga jika nanah keluar dari telinga.
  • Gunakan teknik ‘ear weaking’ untuk mengeringkan nanah dalam telinga.

Jangkitan telinga yang berulang-ulang:

  • Mungkin disebabkan oleh alahan dan harus dirawat mengikut puncanya.
  • Lakukan ujian pendengaran dan pergerakan gegendang telinga pada satu ketika kemudian oleh doktor anda.

Adakah terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah jangkitan telinga?

Ya, langkah yang baik ialah:

  1. Susukan bayi anda dengan susu ibu.
  2. Jauhkan anak anda daripada mereka yang mengalami batuk dan selesema bagi mengelakkan jangkitan.
  3. Ajar anak anda supaya selalu mencuci tangan dengan bersih.
  4. Elakkan dari menyentuh mata dan hidung.
  5. Elak:-
    • Terdedah kepada asap rokok.
    • Penggunaan puting.
    • Penyusuan susu botol semasa baring.
    • Alahan yang diketahui.

Selalu ingat “Pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan”.

Apakah kesan dalam jangka masa panjang?

Kebanyakan kanak-kanak tidak mengalami komplikasi untuk jangka masa panjang. Kanak-kanak yang semakin membesar akan mempunyai tiub eustachian yang berfungsi dengan lebih baik, jangkitan batuk, selesema dan telinga juga akan berkurangan.

P/s: Dulu Husna pernah kena, sampai admitted 3-4 hari kat hospital sampai nanah dalam telinga tu kering...siap check ngan pakar ENT. syukur Alhamdulillah..yang lain bebas dari sakit telinga buat masa sekarang....

Tuesday, 19 March 2013

2 jam minum ESP breast dah berdenyut denyut



Testimoni Azura Hamid
Assalamualaikum & selamat pagi...

Hari ni saya nak share sesuatu.. Saya ni fully BF my baby..skrg dah 5 bulan..boy... Dah dua hr nie, susu merundum... tak tahu kenapa..nak kata stress..takde la pulak..minum air byk..tp badan mcm tak cukup air jer... nak dijadikan cerita, malam td saya try la minum ESP SHAKLEE(saya tak pernah ambil ESP cuma ambil supplement lain).. apa yang mengejutkan, baru 2 jam minum, breast dah rasa denyut-denyut... susu mengisi..!! Alhamdulillah..seronok sangat sbb dapat bykkan susu utk baby.. bangun pagi dah bengkak susu.. :) gembira tak terkata..!! apa lagi yg menggembirakan hati seorg ibu jika dapat berikan yang terbaik untuk anak kan...??

Kelebihan ESP untuk ibu menyusu



Faedah Energizing Soy Protein terhadap ibu menyusu dan bayi

- nutrien termasuk protin dapat dikongsi dan disalurkan melalui susu ibu
- protin membina sel, muscle, hormon dan kulit yang sihat
- protin membantu pembinaan tubuh bayi
- protin membantu proses pemulihan dengan lebih cepat
- protin yang baik menghasilkan sel yang sihat seterusnya menjadikan kulit lebih sihat dan cantik
- protin merangsang pengeluaran susu ibu kerana komposisi terbanyak dalam susu ibu adalah protin
- protin membuat badan ibu dan bayi lebih firm/kental
- energizing soy protein memberi tenaga berpanjangan
- energizing soy protein membantu perut ibu terasa penuh, bagus untuk diet dan menurunkan berat badan. Namun, ibu menyusu tidak digalakkan diet atau skip meal
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute