Monday, 16 July 2012

Weekend yg mengusutkan ...ARGHHHH!!


Start dari hari Jumaat lagi mood aku dah ke laut..Hari Isnin (hari ni) nak start wat payroll, tapi system wat hal..semua data staff untuk income tax leh hilang..since last month tapi tak de sorang pun yang "highlight" kat hr..biler dah 2 bulan kena tolak income tax lebey baru sibuk nak tanya..dah la bos aku takde..biler kol bos, senang je bos suruh key in balik semua data..ade ke patut..ko mmg la senang..suruh je...aku kat sini..cam !#$%^&*..huhu..kan dah keluar macam2 perkataan. orang system ni pun 1..buat keje tk check..upgrade system sampai hilang data..ada data yg tunggang terbalik la..semua mengharu birukan hidup aku.. sian baby aku..ibu dia stress dia pun mesti stress kat dalam tu...sabar baby ek..ibu just nak luahkan je..kalau tk makan ati nanti ..

Dah la stress ngan orang yg duk menipu mama papa..renovate rumah tak siap2 lagi..dah nak masuk 3 bulan tak siap2. mak aku lak jenis lembut..duk takpe je ngan kontraktor buat umah tu..aku nak marah orang tu mak aku tak bagi..last2 sket sebanyak mak aku la yg dapat tempias..tak pasal2 ternaik suara kat mama.. sorry lah mama..tak sengaja..akak bukan nak marah mama, akak tak nak mama kena tipu je.. :(

Jumaat jugak anak aku demam panas..tiba2 je demam tinggi..bawak ke Sabtu..sib baik la dia cepat sembuh..Tak abis pikir pasal kerja kat opis..tiba2 malam semalam, tiba2 adik aku yg duk sekolah tahfiz tu balik..terkejut beruk..dia lari dari asrama..sebab kena buli. biler tanya, dia siap cakap kena lempang, sepak terajang semua sampai biru2 kaki dia..aduhaiii...budak yg belasah dia tu dah 18 tahun lak tu..yg adik aku 12 tahun pun tak sampai lagi..siap ugut kalau bagi tahu ustaz nanti dia nak bunuh adik aku..darah aku pun naik mendadak ler..nak gi terus je asrama dia time tu tu jugak..tapi nasib baik ler ustaz dia kol kata suh datang malam ni sebab ustaz yang lagi sorang tu takde..kalau tak ade budak tu lembam jugak aku kerjakan..

Pastu..semalam takleh lelapkan mata..duk pikir ler mana aku nak antar adik aku ni.. dia dah la special sket..kalau masuk skolah biasa dia tak leh bawak..sbb dia kategori "slow" dan cikgu skolah biasa tk leh nak didik dia "one by one".. Duk kat tahfiz tu dah ok dah..Surah Yassin pun dah nak abis dia hafaz..tapi si budak sengal tu lak duk buli dia..Hanginnyeeee!!!!!!

Tgk camne malam ni perbincangan..same ada nak  keluarkan dia dari situ atau nak transfer gi skolah tahfiz lagi satu..aku tak sanggup nak letak dia lagi kat situ..aku yakin walau kita dah warning budak tu mesti dia akan buat hal jugak atau buli mental adik aku lagi....Ya Allah permudahkan lah urusanku ini..Amin!
STTTRESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!!!!

Saturday, 14 July 2012

Lelaki GATAL atau perempuan lebih MIANG


Lumrah lelaki yg nafsunya 1 tapi akalnya 9..kalau nampak perempuan cantik..kalau tk pandang jeling pun jadik..tak kisah la pasangan atau isterinya secantik artis atau bidadari..paling tidak menjeling dari kerling mata pun memadai..inikan pula bila si perempuan start melayan..bagi perhatian yg melebihi sang isteri..pastinya setinggi mana iman di dada mesti bergoncang tatkala digoda oleh si perempuan miang..

Bak kata pepatah bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi..kalau dah sampai "tepuk amai2 belalang kupu2 tepuk sama suka...malam nanti  kita..." camner? mesti lagi kuat bunyinye..kan...maka bermula la drama dan dialog2 cerekarama atau panggung sabtu dimana banyak kekurangan isteri yg diceritakan pada sang kekasih yg sedia memberi khidmat lebih dari seorang isteri.."isteri i tu gemuk, malas masak, sibuk dengan anak2..tak cam u..bergaya ..cantik..pandai berhias..pandai layan i..dan sebagainya..
yg peliknya si perempuan miang ni walaupun dah tau si laki org ni dah berkeluarga..dah beranak pinak..tetap nak jugak merosakkan rumahtangga org..
ada beberapa cerita benar yg aku nak kongsikan. Kisah ni terjadi pada kenalan rapat aku..yg membuatkan hati aku membuak2 nak memaki hamun..tapi sapelah akukan, org luar nak masuk campur..lebih baik aku jaga laki org yg kat umah aku tu agar tak mengikut jejak laki2 org ni..

Kes 1: Si isteri seorang yg lemah lembut, bekerjaya dan hasil perkongsian hidup dengan sang suami telah dikurniakan 3 org anak.Manakala si suami cuma bekerja biasa yg mana si isteri lebih banyak membantu dari segi kewangan dalam rumahtangga mereka.Nak dijadikan cerita..ada 1 betina (kenapa saya panggil dia betina? anda nilai sendiri) ni menaruh hati pada si suami..biasalah kalau si suami lagaknya mengalahkan org bujang,bergaya, keluar minum ngan kawan2..sampai tak hengat yg diri tu ada anak bini di rumah..mula2 elak2 lah..lama2 dah di goda, dihamburkan dengan duit dan janji2 yg si perempuan ni sanggup bermadu..akhirnya si suami ni pun tangkap cintan gak la ngan betina ni..bukan betina tu tak tau yg lelaki  ni dah berkeluarga, malah kenal anak bini si lelaki ni..tapi nafsu mengatasi segalanya..biler tgk laki org tu, nafsu membuak2 agaknye..sampai tk leh nak kontrol..elok2 nak kawen sampai sanggup batalkan semata2 nak kawen ngan laki org ni..yg si suami lak sanggup merayu pada isteri agar setuju untuk terima betina tu sebagai madu..MASALAHNYA..mampukah kau wahai suami nak berpoligami..duit susu, nurseri dan keperluan anak pun bini yg tanggung..inikan pula nak kawen DUA?!! hari2 si isteri di dera dengan cerita2 tentang betina tu..kononya betina tu gaji tinggi, leh tolong kewangan mereka dan betina tu dah janji akan berikan semua hartanya pada si suami sekiranya dia sanggup kawen dengannya.Si isteri hari2 berendam air mata dan sekali lagi diduga bila disahkan dah mengandung 5 bulan. (masa tu baru anak dua)..suami buat hal, tak kisah anak2 kat rumah. isteri lak mengandung lagi..sedikit pun tkde rasa simpati si betina yg tk segan silu nak rampas kebahagiaan org lain..tengah sarat2 ngandung si suami desak agar si isteri berjumpa dengan betina tu..boleh korang bayangkan tak ape perasaan kt sebagai isteri kalau suami buat korang camni.Dipendekkan cerita, si isteri malas nak pk dia "ignore" je perangai suami dia ni sampailah dia bersalin..ingatkan lepas dah dapat anak ke3 mungkin suami berubah hati dan sekali gus membatalkan niat nak kawen lain..tapi lain lak jadinya..belum abis pantang, suami dah jumpe ahli keluarga dia dan isterinya mengatakan hasrat nak kawen betina tu..walau ditentang oleh semua pihak..dia tetap mendesak isterinya berjumpe ngan betina tadi..biler dah jumpe si betina ni leh cakap ape..dia bukan nak merampas suami org tapi cuma nak menumpang sedikit kasih sayang dan ini adalah soal hati..perghh!!!..nasib ko baik minah..sbb jumpe seorang yg lemah lembut..kalau la ko berdepan dengan aku..mmg habis ko aku ganyang!! haha..si suami dah ready dengan borang dan bersiap sedia dengan salinan surat beranak anak untuk memohon poligami...sampai sekarang masih lagi dengan hubungan terlarang dan menyiksa zahir dan batin isteri..kt tengok ape pengakhirnya cerita ni nanti..Semoga si isteri tetap tabah menghadapi dugaan ini..Berdiam tak semestinya kalah..pastinya ada bahagia menantimu nanti..Insya-Allah!


pada betina yg suka sangat bahagia atas penderitaan org lain tu..jaga2 lah..hari ni kau gembira...setiap titisan air mata org yang kau aniayai tu pastikan dapat balasan dari Allah S.W.T suatu hari nanti.

Bersambung.....

~LAA

Thursday, 12 July 2012

Ibu, Mama. Ummi, Mak, Mummy, Ummu..kaulah ratu hatiku..


"Ibu, ibu engkaulah ratu hatiku...bilaku berduka..engkau hiburkan selalu...ibu..ibu...engkaulah ratu hatiku..."
Agak2nya bila kali terakhir kt menyanyi dan betul2 hayati lagu kat atas ni? masa zaman kanak2 ? betul tak? biler dah meningkat remaja, kt dah kurang rapat ngan ibu..biler ibu tegur kt dah terasa dikongkong..rasa menyampah..rasa macam ibu tk paham ape yg kt nak..biler dah keje lak.kt kol ibu sekali sekala..bler rasa nak kol kt kol..biler bz kt kurang nak kol...hmm..itulah hakikat sebenarnya..

Semalam aku terima sms dari besfren aku..mak dia dah masuk bilik bedah..pembedahan untuk membuang ketumbuhan pada payu dara ibu dia mengambil masa lebih dari 9 jam. Lame? mmg lame..sbb kes ketumbuhan payu dara ibu kawan aku ni jarang2 ada kat malaysia. sepanjang HKL bukak ibu kawan aku nye kes ni adalah kes yg ke4 dan kes yg terbesar dorang handle. so nak tak nak ibu dia kena gak buang payu dara dia demi menyelamatkan nyawa. Ada 3 team doktor yg terlibat, pakar bedah, pakar bius dan pakar plastik surgeri. Major operation ni berisiko sbb Mummy (pggilan mesra) ada asma, takut ada komplikasi masa pembedahan tersebut.
Lepas 9 jam - member aku ni tertaya2 status pembedahan tu samada berjaya atau tidak..tapi gagal mendapat jawapan dari pihak hospital.
Jam seterusnya - masih tiada jawapan dan nurse yg bertugas kata, doktor yg buat pembedahan pun tak kuar lagi dari OT.
7pm ++ -  member aku akhirnya diberi masuk ke OT untuk berjumpa mummy yg kelihatan sangat lesu dan berbeza ,bengkak2 muka seolah2 baru lepas xcident..mungkin disebabkan terlalu lama pembedahan tu dijalankan.. Pembedahan tu berjaya cuma keadaan mummy masih lom stabil..masih dalam pemerhatian doktor..dalam nada teresak2 member aku bercerita betapa sedih dia melihat keadaan org yg melahirkan dia dalam keadaan kesakitan, wayar dan tiub sana sini..tak dapat aku bayangkan kalau situasi tu terjadi kat aku..adakah aku setabah kau wahai sahabatku..
Sebagai anak tunggal, member aku ni lah yg menjaga dan merawat mummy seorang diri sebelum dia menjalani pembedahan. aku tau jerih perih member aku ni..mmg aku tabik spring dengan dia yg sememangnya tabah, sabar menguruskan mak, nenek, arwah atuk, suami serta anak2 dia seorang diri. Semoga syurga untukmu Sahabatku.
Syukur , Alhamdulillah..tadi aku dikhabarkan mummy dah stabil, wayar dan tiub dah dibuka..dan yg mencuit hati, dia dah nak start membebel balik kat kawan aku..hahaha..Kadang2 lebih baik lah dia membebelkan..dari dia terus pergi meninggalkan kt selamanya..Semoga Mummy cepat sembuh dan pada sahabatku, walaupun kau bukan yg terbaik, tapi teruslah berusaha untuk memberikan yg terbaik..Aku sayang kau sangat2!!!
Mama & Papa, walau tk pernah kuucapkan betapa aku mencintai kalian..sesungguhnya jasamu tak terbalas..semoga Allah memberikan seluruh kebahagiaan dunia dan akhirat kepada kalian..Amin!


Ibu & Ayah mertuaku, semoga lekas sembuh dan diberkati oleh Allah sentiasa..Amin!

~LAA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute