Monday, 23 July 2012

Baby Mengeras pada usia 25 Minggu



    Jumaat lepas perut aku mengeras sehari semalam..sampai x leh nak berjalan, bergerak..huhu..sakit..dalam hati terdetik jugak..takkan aku dah nak beranak kot..ikutkan mmg ada pengalaman melahirkan Huda yg tak cukup bulan..masa tu baru 35 minggu..dah ada contraction..dan vagina dah bukak 5cm..tapi 35 Minggu kira ok la sbb berat dia dah 2.3kg..ni baru 25 Minggu..berat pun tak sampai 1 kg..huhu..
    Tapi aku tetap gagahkan diri gak tuk bertenang dan monitor terus..mana tau ada tanda2 darah atau air keluar ke..tapi alhamdulillah takde..cuma sakitnye mmg semacam nak bersalin tapi tkde la sakit sangat..
    Sabtunya aku mmg ada checkup ngan doktor..then doktor kata bahaya kalau contraction tu berlarutan..kemungkinan boleh bersalin awal..doktor just bagi ubat penenang tuk baby supaya lembut balik..takde la mengeras sentiasa..alhamdulillah...sabtu tu dia dah lembut balik..maybe sbb takde tenaga kot disebabkan aku berpuasa..Hopefully tahun ni boleh puasa penuh..dan doa2 semoga baby tak meragam..tak larat nak mengganti dan membayar fidiyah nanti..
    Biler aku google2 aku terjumpa info ni, pasal kenapa baby mengeras...ada kebenaran jugak..selain aku sememangnya aktif..baby pun aktif..lately aku terlebih stress...terlalu banyak masalah datang bertimpa-timpa..maybe sebab tu terjadinya contraction tu..hope lepas ni aku akan kurang2kan aktiviti dan tahap stress aku..

    Berikut antara sebab-sebab perut menegang semasa mengandung :

    1. Bayi bergerak dengan aktif
    2. Ibu sangat aktif
    3. Semasa senaman atau membawa barang berat
    4. Perut penuh
    5. Mengurut perut
    6. Semasa atau selepas hubungan seks
    7. Dehidrasi

    Cara menangani perut mengeras semasa hamil
    1. Tukar aktiviti atau posisi
    2. Berehat lebih lama
    3. Minum air secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari)
    4. Buang air kecil dengan kerap
    5. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan
    6. Usap perut perlahan-lahan


    Sumber :
    http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/semasa-hamil/125-kontraksi-braxtons-hicks-bh.html

    http://ratuhati.com/forum/index.php/topic,2182.25.html?PHPSESSID=3eb486a8b99a815389f00074c4476419


Friday, 20 July 2012

Ya Ramadhan!

Syukur Alhamdulillah. Tahun ni sekali lagi Allah memberi peluang bagi aku untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yg penuh dengan keberkatan. Semoga kali ini segala amalan aku diterima dan semoga keimananku bertambah..sesungguhnya aku memohon padaMu agar aku dan keluarga akan sentiasa di bawah lindunganMu Ya Allah!

Di kesempatan ini aku ingin memohon kemaafan kepada sesiapa yg mengenali diri ini ..sekiranya kekilafan aku telah melukakan dan menyakiti hati kalian..Maafkan aku! Sesunggunya aku tidak sempurna, banyak kekurangan dan kesilapan yg telah aku lakukan..semoga dengan kemaafan dari kalian akan mempermudahkan segala amalanku diterima olehNya..Amin Ya Robbal 'Alamin!

Akhir sekali, Selamat Menyambut dan menunaikan Ibadah Puasa kepada semua yg beragama Islam.. Semoga kita semua mendapat keberkatan bulan yg mulia ini..Amin!

~LAA

Monday, 16 July 2012

Weekend yg mengusutkan ...ARGHHHH!!


Start dari hari Jumaat lagi mood aku dah ke laut..Hari Isnin (hari ni) nak start wat payroll, tapi system wat hal..semua data staff untuk income tax leh hilang..since last month tapi tak de sorang pun yang "highlight" kat hr..biler dah 2 bulan kena tolak income tax lebey baru sibuk nak tanya..dah la bos aku takde..biler kol bos, senang je bos suruh key in balik semua data..ade ke patut..ko mmg la senang..suruh je...aku kat sini..cam !#$%^&*..huhu..kan dah keluar macam2 perkataan. orang system ni pun 1..buat keje tk check..upgrade system sampai hilang data..ada data yg tunggang terbalik la..semua mengharu birukan hidup aku.. sian baby aku..ibu dia stress dia pun mesti stress kat dalam tu...sabar baby ek..ibu just nak luahkan je..kalau tk makan ati nanti ..

Dah la stress ngan orang yg duk menipu mama papa..renovate rumah tak siap2 lagi..dah nak masuk 3 bulan tak siap2. mak aku lak jenis lembut..duk takpe je ngan kontraktor buat umah tu..aku nak marah orang tu mak aku tak bagi..last2 sket sebanyak mak aku la yg dapat tempias..tak pasal2 ternaik suara kat mama.. sorry lah mama..tak sengaja..akak bukan nak marah mama, akak tak nak mama kena tipu je.. :(

Jumaat jugak anak aku demam panas..tiba2 je demam tinggi..bawak ke Sabtu..sib baik la dia cepat sembuh..Tak abis pikir pasal kerja kat opis..tiba2 malam semalam, tiba2 adik aku yg duk sekolah tahfiz tu balik..terkejut beruk..dia lari dari asrama..sebab kena buli. biler tanya, dia siap cakap kena lempang, sepak terajang semua sampai biru2 kaki dia..aduhaiii...budak yg belasah dia tu dah 18 tahun lak tu..yg adik aku 12 tahun pun tak sampai lagi..siap ugut kalau bagi tahu ustaz nanti dia nak bunuh adik aku..darah aku pun naik mendadak ler..nak gi terus je asrama dia time tu tu jugak..tapi nasib baik ler ustaz dia kol kata suh datang malam ni sebab ustaz yang lagi sorang tu takde..kalau tak ade budak tu lembam jugak aku kerjakan..

Pastu..semalam takleh lelapkan mata..duk pikir ler mana aku nak antar adik aku ni.. dia dah la special sket..kalau masuk skolah biasa dia tak leh bawak..sbb dia kategori "slow" dan cikgu skolah biasa tk leh nak didik dia "one by one".. Duk kat tahfiz tu dah ok dah..Surah Yassin pun dah nak abis dia hafaz..tapi si budak sengal tu lak duk buli dia..Hanginnyeeee!!!!!!

Tgk camne malam ni perbincangan..same ada nak  keluarkan dia dari situ atau nak transfer gi skolah tahfiz lagi satu..aku tak sanggup nak letak dia lagi kat situ..aku yakin walau kita dah warning budak tu mesti dia akan buat hal jugak atau buli mental adik aku lagi....Ya Allah permudahkan lah urusanku ini..Amin!
STTTRESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute