RAMAI
orang bertanya, “adakah vitamin atau makanan tambahan (supplement) berkesan?”
atau “bila ianya diperlukan?”. Lebih parah lagi, ada yang bertanya “adakah ia
berbaloi untuk dibeli?”.
Semua persoalan itu mungkin dapat dijawab jika adanya
kesedaran mengenai pentingnya penjagaan kesihatan tubuh badan dari
awal.
Apatah lagi, tabiat pemakanan
kita yang terdedah dengan lemak, manisan dan bahan toksik beracun, menyebabkan
pengambilan makanan tambahan sangat penting.
Jika di
Amerika Syarikat satu daripada tiga rakyatnya atau 100 juta masyarakat negara
berkenaan mengambil makanan tambahan setiap hari dan membelanjakan sekitar
AS$6.5 bilion (RM24.7 bilion) setahun untuk tujuan berkenaan, bagaimana pula di
negara kita?
Pakar Perunding Kesihatan,
Zulkifli Ahamad berkata, jumlahnya amatlah sedikit dan kesedaran masyarakat kita
masih lagi rapuh iaitu 50-50.
Tidak dinafikan, memang ada golongan
muda, sama ada bekerjaya ataupun masih bersekolah, yang mengamalkan pengambilan
makanan tambahan sebagai rutin kehidupan seharian.
Sama ada diambil dari
rumah sebaik selepas bersarapan pagi atau sebelum masuk tidur. Ada juga
mengambilnya untuk membentuk otot dan lebih ramai sebagai tujuan kecergasan
tubuh badan,untuk membantu meningkatkan sistem imunisasi dan mencergaskan
diri
Hakikatnya,
kesesuaian
sesuatu produk bergantung kepada keperluan badan. Namun, kata Zulkifli,
pengambilan makanan tambahan daripada sumber semula jadi seperti
tumbuh-tumbuhan, lebah, hasil tenusu dan herba adalah digalakkan bagi
mengelakkan terjadinya kesan sampingan.
Bagaimanapun, katanya,
tidak ada guna pengambilan makanan
tambahan atau vitamin yang teratur, jika tidak minum air secukupnya (lapan gelas
sehari) atau terlebih kandungan kafein dan gula di dalam
badan.
Faktor berkenaan akan menyebabkan makanan tambahan yang
diambil kurang memberi kesan positif.
Apapun, satu peringatan penting!
Apa juga makanan tambahan yang
anda ambil, pastikan terpapar lambang Kementerian Kesihatan Malaysia, bagi
memastikan bahan itu teruji dan selamat berada di dalam tubuh
badan.
Amalkan dari zaman kanak-kanak
SARANAN kerajaan
mencegah lebih baik daripada mengubati seharusnya dipandang serius oleh segenap
masyarakat di negara ini betapa penjagaan kesihatan dari awal amat penting
berbanding merawat.
Zulkifli berkata, tidak seperti
masyarakat Jepun yang majoriti masyarakatnya mampu hidup sehingga 100 tahun
kerana pengambilan makanan sihat dan juga makanan tambahan di usia muda,
masyarakat di negara ini kurang mempunyai kesedaran dalam aspek pemakanan yang
hakikatnya terdedah dengan bahan beracun atau toksik tanpa
disedari.
“Ramai orang kita ingat, kehidupan mereka sudah cukup bagus,
lebih-lebih lagi bila tiada tanda-tanda sakit di usia muda.
“Mereka juga
lebih suka mengambil ubatan berasaskan dadah seperti yang mengandungi
parasitomol yang sekadar menghilangkan kesakitan buat seketika.
“Ramai juga tidak tahu bahawa dalam satu
hidangan nasi yang mengandungi ayam dan sayuran, sebenarnya terdedah dengan
bahan toksik.
“Sebab
itulah, pengambilan makanan tambahan berasaskan sumber semula jadi yang
diperkaya dengan vitamin di dalamnya akan membantu menyeimbangkan kesihatan
badan,” katanya kepada i-Kon.
Dia berkata, ada kanak-kanak berusia
empat hingga tujuh tahun yang mengalami penyakit kencing manis atau masalah
obesiti dan kerana itu, pengambilan makanan tambahan digalakkan selewat-lewatnya
pada usia 18 tahun dan seawal usia setahun.
“Ini perlu kerana sekarang
ini pada usia 24 tahun pun ada yang menghidapi serangan jantung. Jadi adalah
lebih baik diamalkan pengambilan makanan tambahan dari kecil lagi,”
katanya.
INGAT!!! Maklumkan kepada pakar kesihatan:
1. Jika
mempunyai alahan atau reaksi luar biasa terhadap sebarang ubat-ubatan, makanan
dan apa juga makanan tambahan atau bahan pewarna.
2. Jika mengalami
masalah pemakanan tertentu seperti kurang kandungan garam dan gula. Kebanyakan
bahan ubatan mengandungi bahan aktif dan cecair perubatan.
3. Jika
mengalami lebih daripada satu masalah kesihatan akibat pengambilan makanan
tambahan.
4. Jika mengalami kesusahan mengingati sesuatu dan membaca
label.
FAKTA: Siapa yang
patut mengambil vitamin/makanan tambahan.
.• Dewasa
Golongan dewasa
jarang mengambil makanan seimbang dalam pemakanan mereka. Malah pada lingkungan usia ini juga mereka akan kehilangan vitamin
dan mineral penting dalam badan.
Bagi individu yang kurang terdedah dengan cahaya matahari, mereka selalunya
kekurangan Vitamin D .Vitamin B penting kerana mereka ini sentiasa stress dan memerlukan
Vitamin E yang terlalu tinggi untuk mengatasi
masaalah
saraf,
Kandungan dos Vitamin A berlebihan mungkin tidak merbahaya
bagi golongan awal dewasa, tetapi menjadi bahan toksik kepada golongan akhir
dewasa..
• Perokok
Merokok
boleh menyebabkan kehilangan beberapa vitamin penting, terutama Vitamin C.
Berpandukan kajian, 25 peratus perokok wanita dan 31 peratus perokok lelaki
kekurangan Vitamin C.
Pengambilan asid folik sebagai makanan tambahan
sangat digalakkan, bagaimanapun pengambilan dos vitamin antioksida yang terlalu
banyak akan membawa bahaya.
Daripada mengambil makanan tambahan,
kebanyakan perokok digalakkan mengambil buah-buahan segar, sayuran dan bijiran
dalam diet masing-masing..
• Peminum
alkohol
Golongan ini selalunya menghadapi masalah kekurangan kepelbagaian
vitamin dalam badan. Paling bahaya apabila kekurangan Vitamin B1 (thiamin), asid
folik, Vitamin B6, B2 dan Vitamin C..
• Pengamal diet dan
vegetarian
Individu dalam program pengurangan berat badan 1,000
kalori sehari, digalakkan mengambil multivitamin dan membuat pemeriksaan paakar
kesihatan secara kerap.
Manakala bagi vegetarian, pengambilan
makanan tambahan yang mengandungi roboflavin, Vitamin B12 dan Vitamin D, sangat
diperlukan.
Mereka yang tidak mengambil bahan tenusu atau telur dan juga
daging, mempunyai kebarangkalian mengalami kekurangan Vitamin A. Namun bagi yang
mengambil daging, telur dan hasil tenusu, tahap kandungan zat besi perlu diambil
berat..
• Wanita mengandung dan
menyusu
Vitamin B sangat perlu bagi menambah kandungan vitamin
sedia ada..
• Bayi dan
kanak-kanak
Bayi yang mengambil susu ibu sihat selalunya memiliki vitamin
secukupnya, kecuali beberapa kejadian kurangnya Vitamin K dan D. Ini kerana susu
badan kurang mengandungi Vitamin K. Oleh kerana itu, bayi yang baru lahir sering
disuntik dengan vitamin.
AMARAN!!!
Pengambilan Vitamin D secara berlebihan meningkatkan
kadar toksik berbahaya dalam badan. Oleh kerana itu, tiada siapa digalakkan
mengambil vitamin D dalam kehidupan seharian, melainkan atas nasihat doktor atau
pakar
kesihatan.
__________________________________________________
Sumber;
Berita Harian