Tuesday, 26 February 2013

Humaira tak bagi ibu gi keje...ke ibu yang tak nak gi keje..

 
Bismillah dan assalamualaikum...
Seharian di pejabat hari ni buat hati aku tak tentu arah..pagi2 lagi dah terasa semacam..mana taknya..pagi2 sebelum pegi keje si kecil tu manja semacam..seolah-olah tak bagi je ibu dia ni keje..sabar ye nak..tak lama dah..ibu pun kalau boleh tak nak dah keje..huhu..
Terkenang saat malam kelmarin bergolek bersama dan bergurau2 sambil mengurut badan si debab Humaira..betul la rupernya ..baby bila kita urut2 badan dia..dia seronok..gembira..ada saja mulut tu nak bercakap..tah apa butir2 percakapannya pun ibu tak paham..hahaha..mungkin dengan sentuhan dan urutan tu buat dia rasa dimanja, dibelai..jangankan baby, aku yang tua ni pun suka bila kena urut..ye tak? kalau ada lah yang pandai urut kat rumah tu..boleh la diurutnya badan aku yang agak lenguh2 sejak kebelakangan ni..
 
 
Jom kita baca sedikit info tentang urutan bayi ni:
 
gambar hiasan

Banyak faedah apabila mengurut bayi. Paling penting bayi akan di rangsang dan peredaran darah semakin baik.

Bayi akan erat dengan ibu atau bapanya. Selain itu beliau sarankan ibu membaca buku, Al Quran atau cerita sebelum bayi tidur. Ini a...kan membantu tingkat ketajaman minda anak mereka.

Kaedah di bawah boleh dijadikan panduan.

Berikut ada tip atau kaedah urutan :


Mulakan urutan dengan:

1. Kaki — Urut menghala menjauhi jantung dengan usapan bentuk C. Urutan bermula di buku lali, bergerak ke paha dan balik ke buku lali. Bengkok dan luluskan kaki bayi serta buat pergerakan seperti mengayuh dan lakukannya secara perlahan-lahan. Buat latihan jari dengan membengkok dan meluruskan setiap jari supaya semua sendi digerakkan. Tolak sedikit jari ke belakang perlahan-lahan.

2. Perut — Gunakan kedua-dua tangan. Lebih mudah jika anda di hujung kepala bayi. Urut perutnya perlahan-lahan dalam bentuk huruf U. Pegang kakinya dan bengkokkan hingga ke perut.

3. Tangan — Ulang proses sama seperti mengurut kaki.

4. Dada — Urut dengan menggunakan tapak tangan. Urut ke arah keluar (melintang) dari tengah dada menghala ke atas sehingga ke bahu, dan turun ke tulang rusuk. Urut secara menyerong dari paha kanan ke bahu kiri. Ulang untuk kaki sebelah lagi.

5. Muka — Urut secara bulatan kecil pada kulit kepala. Urutan ini juga boleh dilakukan ketika mandi dan memakai syampu. Usap dahi, keliling mata dan kening. Untuk pipi, usap secara melintang dari tulang pipi ke telinga. Urut secara bulatan di bawah dagu, keliling telinga dan tengkuk. Urut perlahan-lahan dengan memberi sedikit tekanan. Cara ini akan membuatkan bayi berasa lebih selesa.

6. Belakang badan — Tiarapkan bayi anda. Gunakan minyak dan urut badan belakang dari atas tulang belakang hingga ke pangkal punggung menggunakan kedua-dua tangan. Buat urutan secara bulatan dari bahu, turun ke badan, punggung, paha dan kaki.

Urut bahu menggunakan tapak tangan dan akhiri dengan satu usapan panjang dari bahu ke kaki. Urutan ini mengambil masa antara 20 hingga 30 minit dan kanak-kanak akan lebih tenang serta segar apabila diurut.


Manfaat Urutan Pada Bayi

Urutan bayi bukan saja merapatkan ikatan antara ibu atau ayah dan anak, tetapi turut mempunyai pelbagai manfaat seperti:

1.> Memperbaiki perjalanan darah.
2.> Merangsang deria.
3.> Mengurangkan tekanan.
4.> Memperbaiki sistem penghadaman.
5.> Meningkatkan daya ketahanan badan.
6.> Merangsang perkembangan fizikal dan psikologi.
7.> Membantu memudahkan bayi tidur.
8.> Merangsang aliran oksigen dalam badan.
9.> Memudahkan penyingkiran bahan toksin.
10.> Membantu perkembangan fungsi otot.
11.> Membantu meredakan kesakitan apabila demam.
12.> Merangsang penghasilan hormon.


Monday, 25 February 2013

Suami tak boleh paksa isteri bekerja

 
Memetik artikel Pengerusi Himpunan Ustaz dan Pendakwah Dr Zaharuddin Abdul Rahman menerusi www.zaharuddin.net bertajuk Hukum Wanita Bekerja Dengan Keputusan Fiqh Dunia menyatakan Islam membenarkan isteri bekerja tetapi semua kebenaran tadi adalah diikat dengan syarat-syaratnya.
Keharusan ini termasuk dalam umum sebagai firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Bagi lelaki bahagian yang ia usahakan dan bagi wanita bahagian yang ia usahakan.” (Suran An Nisa’ : 32)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Tiada seorang pun yang makan lebih baik dari orang yang makan hasil dari tangannya sendiri” (Riwayat, Al-Bukhari, no 1966, Fath Al-bari, 4/306).
 
Justeru, bekerja dan mencari nafkah adalah wajib bagi lelaki yang tiada sebarang keuzuran tubuh dan akal bagi menanggung isteri dan keluarganya.
Manakala wanita pada asasnya, hukum Islam meletakkannya untuk berperanan di rumah dan keluarga bagaimanapun wanita tidak dilarang bekerja di luar rumah jika terdapat keperluan serta mampu menepati syarat-syarat yang ditetapkan Islam. Isu ini tidak dibincangkan meluas di zaman Nabi atau sahabat kerana terlalu kurang keperluan untuk itu pada zaman tersebut (Nizam Al-Usrah, Dr Uqlah Al-Ibrahim, 2/280).
Isteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Syariah, isteri mempunyai hak penuh (harta) yang diusahakan, sama ada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakannya sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu.
Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya itu dan cara belanjakannya. Selain itu, tanggungjawab asas seorang isteri mengurus keluarga, mendidik anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu.
Ketika perlu, isteri berhak bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut yang diiktiraf syarak dengan syarat menjaga hukum agama.
Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang bekerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri ‘nusyuz’, tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.
Menyentuh soal isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga, menurut pandangan Islam, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).
Kerelaan isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga adalah dibenarkan menurut pandangan syarak. Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan antara suami dan isteri akan cara pengurusan pendapatan mereka termasuk pendapatan yang diperoleh oleh isteri.
Isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami reda dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan (setelah kahwin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.
Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak.
Tidak harus, pada pandangan syarak, suami menjadikan keizinannya kepada isteri bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami, mahupun mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami. Suami tidak boleh memaksa isteri untuk keluar bekerja.

Sumber:Sinar

Wednesday, 20 February 2013

Alisa's E-Shop ada Cabutan bertuah!!!

Bismillahirrohmanirrohim dan Assalamualaikum..

Selamat pagi semua!!! Apa khabar hari ni? Harapnya semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Pagi ni mood ceria dimulakan dengan Cabutan bertuah dari Alisa's E-shop. Ada beberapa helai Bawal Bunga reben yang bernilai RM35.00 menjadi hadiah pada si pemenang.


Syarat2 penyertaan bagi pengguna FB adalah seperti berikut:

1) Anda hendaklah LIKE page Alisa's E-shop.
2) Komen " saya nak" pada entry Cabutan bertuah di page tersebut.

Syarat2 penyertaan bagi bloggers pula adalah seperti berikut:


1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk Alisa's E-Shop ada Cabutan bertuah!!!
3) Letak banner gambar Alisa's E-Shop
4) Letak link blog November Lilyku dalam entry.
5) Hantar link entry korang ke kotak komen entry ini

TARIKH TUTUP : 28 FEBRUARI 2013

P/s : Terima Kasih sebab sudi join Cabutan bertuah Alisa's E-Shop!!  ^_^ v






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute