Tuesday, 5 March 2013

Gi Interview tapi cabut..hahahha


Bismillah..Assalamualaikum..

Huargghhh..ngantuknya saya..semalaman bergadang menjaga Humaira yang tiba2 demam..huhu..kul 5 pagi da poopoo..pastu ajak main..sian anak ibu..sore dah takde dek kerana batuk...doaku smoga dia cepat sembuh..
berbalik pada tajuk entri kali ni..pagi tadi aku saje attend 1 interview kat area shah alam..awalnya mmg niat nak benti keje n duk umah..tapi tiba2 ada lak panggilan interview..sedari awal lagi encik suami asyik ulang kali bertanya..awak nak pegi ke?....jawabku..pegi la..mana tau dapat..tapi dalam hati takde la nak sangat keje tu..siankan anak2 yang dah mengharapkan aku tuk asuh dorang..Disebabkan da berjanji akan datang ke interview tu..aku pegi la jugak..
sepanjang perjalanan, tah kenapa hati ni gelisah sangat..aku pun baca doa nabi Luth, berulang2 kali..mohon petunjuk..mana tau Allah nak bagi jalan..moga apa yang aku buat ni dapat keberkatan ataupun sebaliknya.. mana duk pk Humaira demam, pale yang cenoneng tak cukup tido ni..sampai2 kat sana..isi form..tgk form, Mak Ai...banyaknye nak kena isi..cam kena tulis resume lak tu..pastu tak cukup form yang bermuka-muka tu ade lak test..hurmmm..dah la ati aku ni tak tenteram..1 jam aku amik tuk isi form..tgk jam da kol 11 lebey tinggal sejam lebih lagi nak masuk opis balik..half day leave..masuk kol 1. dah la ari ni hari terakhir aku kat ofis. hurmm..candidate yang berbaris ada 3 orang termasuk aku..seorang dia amik masa dalam 1 jam lebih nak interview..mmg aku rasa tak sempat..Aku capai beg dan terus ke reception kata "saya tak jadi interview. ada call emergency! bak balik form saya. terima kasih.."
Hahahaha..pertama kali dalam hidup aku cabut dari interview. Aku yakin ada hikmah dan bukan rezeki aku tuk bekerja disitu..dan aku yakin kerjaya yang lebih diberkati adalah menjadi surirumah sepenuh masa dan mendidik anak2 yang mmg mengharap ibu dia duk umah..heheheh..doakan aku menjadi hamba,isteri,ibu, anak dan kakak yang diberkati..Amin!

~LAA

Monday, 4 March 2013

Yeay..yeay..umah dah berwajah baru..

Bismillah...Assalamualaikum..
hehe..blom ape2 lagi dah gelak ek..^_^ cantik tak rumah baruku...sweetkan..pujian tu patut kena bagi kat org yang edit blog aku ni iaitu cik rose cute. hehe kebetulan blog address dia namaku+encik suami..kebetulan same ek.. sape2 yang berkenan dengan hasil kerja cik rose cute ni boleh contact2 dia..sangat efficient orangnya..yg pasti harganya sangat berpatutan..
 
akhirnya blogku ini lebih kemas dan lebih sejuk mata memandang..kalau tak..alahai pening kepala aku nak mengedit.almaklumlah buta coding..hehe..hope kawan suka dan slalu2 la datang melawat ye..
 
daaa...
 
~LAA

Faktor yang Mempengaruhi Kepekatan Susu Ibu



“Kenapa bila saya lewat pam, susu yang keluar cair je?”

Mungkin persoalan di atas pernah terlintas di fikiran ibu-ibu menyusu. Saya sendiri pernah mengalaminya. 

Menurut website Kelly.com, Susu ibu terdiri daripada foremilk dan hindmilk. Foremilk ialah susu yang diperolehi di awal penyusuan (biasanya kurang kandungan lemak) manakala hindmilk adalah susu di penghujung penyusuan (lebih berlemak). Faktor utama yang menyumbang kepada kandungan lemak dalam susu ibu adalah kekerapan ibu menyusu, selain pemakanan ibu dan breast compression.

Kalau nak tahu, lebih kerap susu dikeluarkan dari ibu, lebih tinggi kandungan lemak susu tersebut. “the less milk in the breast, the higher the fat content”. Ingat equation di bawah ni... Full breast is a big NO. Red alert! haha.. Meh saya story sikit kisah di sebalik fakta ini..




Hakikatnya, hanya satu jenis susu sahaja sebenarnya yang dihasilkan oleh si ibu, iaitu susu hindmilk. Semasa susu dihasilkan, butiran lemak (fat globules) dalam susu akan melekat pada dinding alveoli (di mana susu dihasilkan). Di antara tempoh penyusuan, susu ibu akan terkumpul dan mengalir keluar meninggalkan lemak tadi di milk ducts. Semakin lama kita menjarakkan waktu menyusu /mengepam, semakin rendah kandungan lemak dalam foremilk. Apabila let-down-reflex (LDR) berlaku, aliran susu lebih laju melalui ducts sehingga disalurkan keluar.
Apabila breast mula mengosong (ada ke perkataan ni??), butiran lemak (fat globules) tadi akan mula mengalir melalui ducts (dengan bantuan LDR). Sebab itu bila berlaku LDR, semakin cepat susu hindmilk dikeluarkan. Dan semakin lama proses penyusuan berlaku, semakin banyak hindmilk dapat dikeluarkan.


Hebatkan kejadian Allah... Subhanallah.. 


Dan sebab itulah, ibu kena kerap kosongkan breasts kerana kalau tidak, signal 'red light' (macam kat gambar atas tu) akan dihantar kepada otak supaya jangan hasilkan susu lagi kerana susu dah penuh..susu tak diperlukan lagi.. Lama-kelamaan susu pun kering...

Diharapkan dengan penjelasan ini, dapat mengurai serba sedikit persoalan ibu-ibu di luar sana. So, patuhi jadual mengepam anda sebaik mungkin ya! Dan jangan lupa ambil suplemen tu!Jangan ngelat... peringatan buat diri sendiri..hehe.. ^_^ Nak susu pekat tambah ESP Shaklee confirm pekat...tak caye..cubelah!!

~LAA


ebarang pertanyaan sila hubungi saya di :FB Liza Ahmad / email: alisabalqis@yahoo.com / whatsapp di 019-3813225


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute