Friday, 29 March 2013

TIP : PANDUAN ASAS PENYIMPANAN SUSU IBU




Susu Ibu yang telah dipump/perah mestilah di simpan dengan cara yang betul supaya nutrien dan khasiatnya terpelihara. Cara penyimpanan yang betul turut mempengaruhi tempoh tahan susu tersebut. Beri...kut adalah panduan asas penyimpanan susu ibu:-

1) Pastikan bekas simpanan susu dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.

2) Catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya.

3) Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas.

4) Elakkan dari menigisi susu sehingga penuh ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.

5) Susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk

6) Hindarkan dari menyimpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)

7) Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.

8) Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk.
 
 
~LAA

Thursday, 28 March 2013

APA ITU FOREMILK DAN HINDMILK?

 
Assalamualaikum..

Biasa kita dengar orang-orang tua bagitau,"Sebelah kanan nasi,sebelah kiri air.Jadi klu nk baby cpt kenyang sila menyusu seblah kanan lagi kerap drpd kiri.."

Betul ke? Sebenarnya SALAH,tapi mungkin ada maksud tersirat yang kita tak tau.Orang tua-tua kan kaya dengan kiasan dan ilmu.
Secara saintifiknya,sebelah kanan ke atau sebelah kiri, kedua-duanya adalah susu, tiada istilah nasi dan air..yang bezanya ialah FORE and HIND..milk.

♥ Foremilk ad...alah susu yang berada ‘di depan’ kilang susu ibu (bahagian dalam breast). Oleh itu bila proses penyusuan berlaku, foremilk akan keluar dulu. Foremilk lebih cair (tinggi kandungan air) dan warnanya kehijauan atau kebiruan. Ia mengandungi karbohidrat, protein dan vitamin.

♥ Hindmilk pula ialah susu yang berada ‘di belakang’ breast. Ia lebih pekat, mengandungi kalori dan lemak yang tinggi. Warnanya berbeza dengan foremilk, hindmilk kelihatan pekat dan ‘rich’.

Oleh itu sbb itulah ibu-ibu dinasihatkan untuk mengepam terlebih dahulu sebelum menyusukan baby (lebih kurang 5-10mins).
Ini kerana,Hindmilk biasanya akan keluar 10-15mins kemudian setelah semua foremilk dihabiskan.

Kalau anda perasan gmbr di bawah terdapat perbezaan antara foremilk dan hindmilk.Oleh itu,ibu-ibu hendaklah menyusukan bayi dalam tempoh 15mins-20mins setiap breast sebelum menukarkan ke breast yang satu lagi.Ini utk mengelakkan baby hanya dapat FOREMILK sahaja.
 
~LAA

Wednesday, 27 March 2013

Jangkitan Telinga

 



Pengenalan

Jangkitan telinga adalah masalah kesihatan yang kerap dihidapi oleh kanak-kanak.

Ianya menyebabkan gangguan tidur dan pemakanan kanak-kanak. Mereka mungkin akan sentiasa menangis tanpa diketahui sebabnya. Kebanyakan kanak-kanak mendapat sekurang-kurangnya 1 jangkitan telinga sebelum berusia 2 tahun.

Apakah perbezaan jenis jangkitan telinga?

Ada 2 jenis jangkitan telinga:

  • Otitis media adalah jangkitan telinga yang berlaku apabila virus, bakteria atau kulat menyerang tiub eustachian (saluran yang menghubung sinus dibelakang hidung ke telinga tengah)
  • Otitis externa ialah jangkitan telinga yang berlaku di saluran telinga luar.


Otitis externa

Apakah faktor seseorang itu cenderung mendapat jangkitan telinga?

  • Jangkitan di saluran pernafasan yang berulang-ulang.
  • Adik-beradik yang dijaga di pusat harian.
  • Bayi yang diberi susu botol.
  • Terdedah kepada asap rokok.
  • Pembesaran adenoids.
  • Sumbing bibir.
  • Alahan menyebabkan kanak-kanak lebih terdedah kepada jangkitan telinga.

Bagaimanakah kita mengetahui kanak-kanak mendapat jangkitan telinga?

Kebiasaan kanak-kanak akan mendapat jangkitan telinga selepas mendapat selesema atau jangkitan di salur pernafasan.

Tanda-tanda biasa ialah:

  • Kesakitan dalam telinga.
  • Resah dan mudah meradang.
  • Tidur yang selalu terganggu.
  • Selalu merentap dan menarik cuping telinga.
  • Nanah keluar daripada telinga.
  • Kurang selera makan.
  • Lelehan hidung.
  • Selalu menangis sebelah malam semasa tidur.
  • Kurang terangsang dengan bunyi yang perlahan.


Acute otitis media

Apakah komplikasi yang akan timbul akibat jangkitan telinga?

Kebanyakan kanak-kanak akan sembuh sepenuhnya tetapi sebahagiannya mungkin akan mengalami:

  • Telinga bernanah yang kronik.
  • Kurang pendengaran.
  • Lembap dalam pembelajaran terutama jika rawatan yang diberikan lewat atau tidak sempurna.

Bagaimanakah rawatan jangkitan telinga?

Dapatkan nasihat dan rawatan awal daripada doktor jika terdapat tanda-tanda jangkitan telinga.

Jika jangkitan telah dikenal pasti, rawatannya adalah:

  • Ubat mencairkan kahak (sama ada secara topical or sistemik).
  • Ubat demam.
  • Antibiotik diberi jika jangkitan disebabkan oleh bakteria.
  • Ubat titis telinga jika nanah keluar dari telinga.
  • Gunakan teknik ‘ear weaking’ untuk mengeringkan nanah dalam telinga.

Jangkitan telinga yang berulang-ulang:

  • Mungkin disebabkan oleh alahan dan harus dirawat mengikut puncanya.
  • Lakukan ujian pendengaran dan pergerakan gegendang telinga pada satu ketika kemudian oleh doktor anda.

Adakah terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah jangkitan telinga?

Ya, langkah yang baik ialah:

  1. Susukan bayi anda dengan susu ibu.
  2. Jauhkan anak anda daripada mereka yang mengalami batuk dan selesema bagi mengelakkan jangkitan.
  3. Ajar anak anda supaya selalu mencuci tangan dengan bersih.
  4. Elakkan dari menyentuh mata dan hidung.
  5. Elak:-
    • Terdedah kepada asap rokok.
    • Penggunaan puting.
    • Penyusuan susu botol semasa baring.
    • Alahan yang diketahui.

Selalu ingat “Pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan”.

Apakah kesan dalam jangka masa panjang?

Kebanyakan kanak-kanak tidak mengalami komplikasi untuk jangka masa panjang. Kanak-kanak yang semakin membesar akan mempunyai tiub eustachian yang berfungsi dengan lebih baik, jangkitan batuk, selesema dan telinga juga akan berkurangan.

P/s: Dulu Husna pernah kena, sampai admitted 3-4 hari kat hospital sampai nanah dalam telinga tu kering...siap check ngan pakar ENT. syukur Alhamdulillah..yang lain bebas dari sakit telinga buat masa sekarang....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute