Thursday, 27 December 2012

WareHouse Sale Lagi!!!!

SHopping..Shopping..Shopping..Jom kawan2 kt gi menghabiskan duit gaji..hahah..sadis je bunyi kan..aku baru je balik dari menyoppingkan diri kat baby outlet. dan hasilnya ...
^

^

^

^

^

^

Inilah beberapa helai yang sempat aku grab untuk si Humaira..baju2 dia dah banyak yang kecik..terpaksa lah mencari baju baru untuk dipakai sehari2..ini pun sket je yg sempat amik..banyak lagi aku nak capai tadi tapi masa tk mengizinkan..kena mencari waktu yang sesuai tuk pergi shopping lagi..kali ni banyak pilihan dan harga mmg murah..sehelai baju RM5 ringgit je..murah la dalam 50% diskaun..ok la kan..brand Anakku tu..
nak tak nak kena tarik MR. Hubby tuk gi sana..leh grab lebih banyak helai nanti...Best..best..best!!!!

~LAA


Serba Serbi tentang Susu Ibu

Salam..
Pagi ni mood sangat ceria walaupun aku agak ngantuk kekurangan tdo malam tadi..Humaira semalam semakin rajin tersenyum dan berborak..dek kerana baru pandai nak berborak dan tersenyum, diajaknya ibu berborak pukul 2/3 pagi..aduhai sayang..ibu ni ngantuk..hehe..tapi tetap layankan juga..sebab terasa lucu dengan telatah dia yang tersenyum tapi lalok dek kerana ngantuk..menahan mata dari tdo..haha..
2, 3 hari ni hasil tenusu agak memberansangkan..sekali pump dapat 9-10oz..sangat suke...syukur alhamdulillah..

"Ya Allah, penuhilah susuku dengan rahmatmu dan berkatilah anakku agar dia menjadi anak yang solehah. Semoga dengan rahmatMu susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat puteriku Humaira..Amin!"

Nak share sket info2 pasal susu ibu untuk menaikkan semangat! Chaiyok!




Antara hak seorang anak apabila dilahirkan adalah:
1)Diazankan/Diiqamatkan
2)Diberi nama yang baik maknanya
3)Akikah
4)Diberi makanan yang baik yakni susu ibu






KELEBIHAN MENYUSUKAN ANAK MENURUT ISLAM


  1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  4. InsyaAllah susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk.
  5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
  6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Mitos mengenai susu ibu termasuk:
* Susu kering - Hanya satu peratus wanita tidak boleh menyusukan bayi mereka. Selebihnya kerana tidak bersungguh-sungguh.

* Luka - Biasa apabila menyusukan bayi. Cara menyusu, kedudukan bayi yang tidak betul menyebabkan boleh berlaku kecederaan.

* Penyebab sakit kuning - Susu ibu bukan penyebab sakit kuning, sebaliknya akibat hati yang belum berfungsi sepenuhnya.

* Berhenti menyusu bila bayi muntah-muntah - Sebaliknya ia adalah ubat terbaik bagi jangkitan usus bayi yang menyusu badan.

* Berhenti menyusukan bayi sekiranya ibu mengambil ubat - Satu jumlah yang sangat kecil kebanyakan ubat-ubatan muncul dalam air susu ibu. Beritahu doktor mengenai anda menyusu badan, maka doktor akan berikan ubat yang sesuai untuk ibu menyusu.

* Makan banyak untuk hasilkan banyak susu - Tidak benar. Ibu menyusu harus cuba untuk makan makanan yang seimbang, tidak perlu minum susu untuk membuat susu sebaliknya mengamalkan pemakanan yang sihat yang normal. Ibu perlu minum mengikut rasa dahaga beliau. Badan ibu tahu jika dia memerlukan lebih banyak cecair, dan memberitahu tubuh, dengan membuat terasa haus.

Faedah Susu Ibu:
* Kajian menunjukkan bayi diberikan susu ibu mempunyai risiko obesiti yang rendah berbanding kanak-kanak yang diberi susu formula.

* Risiko penyakit kronik ibu yang tidak menyusukan bayi adalah 30 hingga 200 peratus lebih tinggi berbanding ibu menyusukan bayi mereka. Keadaan ini menyebabkan berlaku peningkatan dramatik penyakit kencing manis dan lainlain dan menambah kos penjagaan kesihatan individu dan negara.

* Manfaat kepada ibu termasuk cepat pulih selepas bersalin, membantu mengurangkan berat badan, kurang risiko terhadap osteoporosis serta kanser ovari dan payudara.

* Pelbagai kajian menjelaskan penyusuan susu ibu memberi manfaat jangka panjang, termasuk meningkatkan pencapaian intelek, perlindungan terhadap tekanan darah tinggi, menurunkan paras kolesterol darah serta mengurangkan kejadian diabetes mellitus dan obesiti ketika dewasa.

BAGAIMANA SUSU TERHASIL

* Apabila bayi menghisap puting payu dara, rangsangan akan dihantar kepada kelenjar pituitari dan hormon yang dipanggil prolaktin dan oxytocin dihasilkan. Prolaktin menyampaikan arahan untuk menukar darah ke dalam susu ibu. Oxytocin akan terus beroperasi, untuk menolak susu ibu yang berkumpul di dalam saluran payudara.

* Susu ibu `dilepaskan' apabila bayi mulai menghisap pada puting payu dara. Pada hisapan pertama, ibu tidak dapat merasai `pengeluaran itu' bagaimanapun menerusi proses beberapa kali pengulangan, ibu dan bayi akan mulai mahir dan penyusuan ibu boleh berlaku secara normal.

* Susu terhasil dalam sel Acinar. Acinar terdiri daripada sejumlah besar sel-sel acinar. Ia dikeluarkan menerusi hisapan oleh bayi di puting payu dara dan keluar menerusi salur payu dara. Sel myoepithelial sekitar acinar bertindak bagai pam untuk mengeluarkan susu.

* Perlu diketahui, kecederaan termasuk sakit atau luka pada puting payu dara ketika proses penyusuan, boleh terjadi akibat ibu salah menyusukan bayi mereka. Justeru dapatkan tunjuk ajar daripada doktor atau jururawat yang sedia membantu. Jangan berputus asa.

Sumber: Penasihat Penyusuan Pigeon

Wednesday, 26 December 2012

EBM ku memerlukan rumah baru

Salam..

Mulakan hari ni dengan Bismillah..hari yang agak liat nak ke tempat kerja selepas cuti perayaan Kristmas semalam..Alangkah bestnya bercuti kan..?? rasa cam malas giler nak bangun ke tempat kerja..rasa cam nak sambung tido dan terus peluk si bam bam Humaira...

]
Pagi ni dah rasa mmg kena wat decision tuk beli deep freezer..kenapa?? haih kalau ikutkan kat umah tu dah ada dua peti sejuk..tapi tak cukup nak simpan stok ebm ..bukan dua2 penuh ngan stok ebm..tapi penuh ngan stok makanan..dan stok ebm aku dah penuh 1 tray..so nak tak nak kenalah pindahkan ke freezer lain lepas ni.. mmg la kalau nak bandingkan dengan org2 lain akunye stok ni takde la banyak mana..tapi..untuk menaikkan semangan dan untuk terus buat stok kena lah aku melaburkan duit tuk beli deep freezer..cari gak yang 2nd hand..tapi tak jumpa yang baru dekat 900-1000 harganya..nasib baik ada rezeki sket..kena la laburkan duit ke situ..demi untuk si tembamku Humaira..

Nak jadikan citer..dulu mula2 masa dalam pantang..aku pernah nangis sbb tak dapat nak buat stok susu..susu yang ada hanya cukup2 untuk humaira..ble pam.. dua2 belah hanya dapat dalam 2 oz je..risau kalau2 tak dapat nak bagi full breast feed kat dia..macam2 cara dan kaedah aku cuba..bila org kata makan ini ..aku makan...minum itu..aku minum..semata2 nak banyakkan air susu..
Akhirnya lepas amik supplement, makan sayur banyak2, minum air banyak2, makan kurma, dan jadual pengepaman yang konsisten..dapat jugak aku buat stok ..skarang skali pam dapatlah  paling sket 6oz..paling banyak 9oz..bergantung pada banyak mana aku minum air..Syukur tak terhingga...semoga aku lebih gigih tuk menyusukan si Tembam ni sampai 2 tahun. Amin!

supplement ape aku makan???
(1)
Shatavari dari Himalaya

Benefits of Shatavari:

1.Shatavari is highly effective in improving fertility. It tones and nourishes female reproductive organs and regulates ovulation
2.Shatavari regulates hormonal secretion
3.Shatavari treats PMS symptoms by relieving pain and controlling blood loss.
4.Shatavari aids in lactation for nursing mothers
5.Shatavari relieves menopausal symptoms such as hot flashes. By producing estrogens it makes up for low estrogen levels in women who are menopausal or have had hysterectomies or oophorectomies
6.Shatavari is beneficial in amenorrhea, dysmenorrhea, leucorrhea and pelvic inflammatory diseases.
7.Shatavari increases the white blood count and stimulates macrophages which helps to combat candida.


(2)
Set penyusuan Shaklee
boleh tgk kat website ni : http://mommyiskandar.com/ dan http://mama2win.blogspot.com/

(3)
Power Pumping / Tanderm Nursing

 Tandem Nursing: Yang ni mmg banyak membantu..tanderm nursing, (menyusu untuk 2) sebelah kt menyusu anak sebelah lagi kt pam dalam masa yang sama. dengan ini susu akan lebih banyak..


Power Pumping :power pumping is a technique that can be helpful in building a milk supply. Power pumping involves using regular pumping techniques and setup, but in a unique way. The idea is to mimic a baby who is nursing frequently to increase a mother’s supply.

Bagaimana caranya?
-pump for 10-20minit - rest 10 minutes, then pump another 10 minutes, then rest for 10 minutes, then pump again for 10 minutes. Do this for about an hour, sekali sehari.Di samping ini..boleh juga buat hyperstimulation technic preferably at night (12am-6am),every day….~15min pump,15min rest,15 pump,15 rest — continue this pattern dalam 1-2 jam..non-stop…



p/s: hari2 telan ubat..hari2 tak cukup tdo...takpelah demi banyakkan air susu..teruskan lah usaha Liza dan sentiasa berfikiran positif..positif..takmo stress2..

~LAA

Saturday, 15 December 2012

dRAMA seRIES yg BUAt akU TERtunggu - tUNGGuuu..

Salam..
Masa dalam pantang hari tu aku banyak masa kat umah..selain dari melayan anak2 dan buat sket2 keje umah..aku banyak melayan citer2 kat tv..salah satu rancangan yang aku tersangkut drama telewood Phir Subah Hogi ... Drama ni menceritakan pasal kehidupan seorang Bedni (penari) yg pada pandangan mereka hanya layak menjadi simpanan tapi bukan isteri atau thakurain..Sugni watak utama cerita ni anak kepada Bedni yg paling hebat dalam komuniti dorang ni konon2nya nak lari dari tanggapan org tentang mereka..tapi terjatuh cinta dengan seorang lelaki ,Thakur Vikram Sigh (TVS). Si TVS ni menipu Sugni yg kata bini dia dah mati padahal dia sorokkan bini dia..dan masa dia nak kawen si isteri TVS ni , Rewa muncul..maka tak jadi kawen la mereka.

Kesan dari kekecewaan tu si Sugni ni melelongkan diri dia dalam upacara Sardhakai..supaya dia jadi simpanan mana2 Thakur untuk menjauhkan diri dari TVS. untuk menyelamatkan rumahtangga pakciknya (TVS) Aditya anak sedara pada TVS yg jalankan upacara Sardhakai Sugni.Tapi Aditya tidak mengambil kesempatan pada Sugni walaupun selepas Sardhakai seorang bedni tu harus melakukan apa saja untuk thakur yang membelinya. Dalam sedar tk sedar si Aditya ni jatuh cinta pada Sugni. tapi tak diketahui oleh org lain. Dipendekkan cerita sekarang kat channel Zee Malaysia dia nak dikahwinkan dengan upacara perkahwinan yg sebenar untuk menjadi isteri Aditya..Bila aku google2 rupanya Channel Zee India dah sampai Musim ke2 da citer ni..ape lagi aku layan ler Online lak skang..

TVS *             SUGNI *         ADITYA*

Update terbaru citer ni.. skang TVS tu nak hancurkan rumahtangga Adi+Sugni dengan buat2 seolah2 dia da tido ngan Sugni..time ni la dorang nak tunjukkan betapa kuat ikatan perkahwinan mereka.. aku nak citer panjang lagi ni..so biarlah aku je yang follow..hehe..


Giler Hindi lak semenjak 2menjak ni...hero dia hensem + tinggi lak tu..taste mak u...hahaha






Monday, 10 December 2012

2 bulan yg indah..Update baby Humaira


 Pejam celik ..pejam celik dah 2 bulan usia Humaira.. sekejap je masa berlalu..tak terasa hari-hari yang berlalu begitu pantas..anak ibu ni dah besar..dah pandai nak main2..tapi perangai nak bergayut tu tak berubah lagi..ye la kan..itu je makanan yg dia ada..hehehe.. lahir dulu baby Humaira 2.2kg je.. lepas sebulan timbang dah naik 3.8kg..dan yang terbaru dah 4.8kg..wahhh..semangat anak ibu ni..ini berkat minum susu ibu..takpe la iu tak leh diet demi anak ibu ni..lama2 nanti ibu kurus la kan..ibu doakan anak ibu cepat besar..sihat sentiasa dan jadi anak yang solehah dunia dan akhirat..Amin!


Tgk tu muka serius anak ibu ni..same je cam ayah dia..serius memanjang..

Kembali mencari rezeki

salam..
Hari ni 1st day aku kembali bekerja..alahai..ikutkan ati rasa cam taknak je keje lagi..tapi apakan daya masih belum berkemampuan untuk berhenti berikutan tanggunganku agak tidak mengizinkan..
pagi tadi masa hantar si tembamku, dia tak tdo..macam tahu2 je nak antar orang..berat hati nak melepaskan anak yg tembam ni kat nurseri..tapi nak wat camne "ibu perlu bekerja nak.."

!st day keje takde la rasa sangat, sebabnya esok dah cuti balik..harijadi Sultan Selangor..Horayy!!! esok leh golek2 ngan baby Humaira..

p/s: rasa rindu tak terbendung nak peluk ketat2 anak2 daraku..Huda, Husna dan Humaira
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute