Thursday 27 December 2012

WareHouse Sale Lagi!!!!

SHopping..Shopping..Shopping..Jom kawan2 kt gi menghabiskan duit gaji..hahah..sadis je bunyi kan..aku baru je balik dari menyoppingkan diri kat baby outlet. dan hasilnya ...
^

^

^

^

^

^

Inilah beberapa helai yang sempat aku grab untuk si Humaira..baju2 dia dah banyak yang kecik..terpaksa lah mencari baju baru untuk dipakai sehari2..ini pun sket je yg sempat amik..banyak lagi aku nak capai tadi tapi masa tk mengizinkan..kena mencari waktu yang sesuai tuk pergi shopping lagi..kali ni banyak pilihan dan harga mmg murah..sehelai baju RM5 ringgit je..murah la dalam 50% diskaun..ok la kan..brand Anakku tu..
nak tak nak kena tarik MR. Hubby tuk gi sana..leh grab lebih banyak helai nanti...Best..best..best!!!!

~LAA


Serba Serbi tentang Susu Ibu

Salam..
Pagi ni mood sangat ceria walaupun aku agak ngantuk kekurangan tdo malam tadi..Humaira semalam semakin rajin tersenyum dan berborak..dek kerana baru pandai nak berborak dan tersenyum, diajaknya ibu berborak pukul 2/3 pagi..aduhai sayang..ibu ni ngantuk..hehe..tapi tetap layankan juga..sebab terasa lucu dengan telatah dia yang tersenyum tapi lalok dek kerana ngantuk..menahan mata dari tdo..haha..
2, 3 hari ni hasil tenusu agak memberansangkan..sekali pump dapat 9-10oz..sangat suke...syukur alhamdulillah..

"Ya Allah, penuhilah susuku dengan rahmatmu dan berkatilah anakku agar dia menjadi anak yang solehah. Semoga dengan rahmatMu susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat puteriku Humaira..Amin!"

Nak share sket info2 pasal susu ibu untuk menaikkan semangat! Chaiyok!




Antara hak seorang anak apabila dilahirkan adalah:
1)Diazankan/Diiqamatkan
2)Diberi nama yang baik maknanya
3)Akikah
4)Diberi makanan yang baik yakni susu ibu






KELEBIHAN MENYUSUKAN ANAK MENURUT ISLAM


  1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  4. InsyaAllah susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk.
  5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
  6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Mitos mengenai susu ibu termasuk:
* Susu kering - Hanya satu peratus wanita tidak boleh menyusukan bayi mereka. Selebihnya kerana tidak bersungguh-sungguh.

* Luka - Biasa apabila menyusukan bayi. Cara menyusu, kedudukan bayi yang tidak betul menyebabkan boleh berlaku kecederaan.

* Penyebab sakit kuning - Susu ibu bukan penyebab sakit kuning, sebaliknya akibat hati yang belum berfungsi sepenuhnya.

* Berhenti menyusu bila bayi muntah-muntah - Sebaliknya ia adalah ubat terbaik bagi jangkitan usus bayi yang menyusu badan.

* Berhenti menyusukan bayi sekiranya ibu mengambil ubat - Satu jumlah yang sangat kecil kebanyakan ubat-ubatan muncul dalam air susu ibu. Beritahu doktor mengenai anda menyusu badan, maka doktor akan berikan ubat yang sesuai untuk ibu menyusu.

* Makan banyak untuk hasilkan banyak susu - Tidak benar. Ibu menyusu harus cuba untuk makan makanan yang seimbang, tidak perlu minum susu untuk membuat susu sebaliknya mengamalkan pemakanan yang sihat yang normal. Ibu perlu minum mengikut rasa dahaga beliau. Badan ibu tahu jika dia memerlukan lebih banyak cecair, dan memberitahu tubuh, dengan membuat terasa haus.

Faedah Susu Ibu:
* Kajian menunjukkan bayi diberikan susu ibu mempunyai risiko obesiti yang rendah berbanding kanak-kanak yang diberi susu formula.

* Risiko penyakit kronik ibu yang tidak menyusukan bayi adalah 30 hingga 200 peratus lebih tinggi berbanding ibu menyusukan bayi mereka. Keadaan ini menyebabkan berlaku peningkatan dramatik penyakit kencing manis dan lainlain dan menambah kos penjagaan kesihatan individu dan negara.

* Manfaat kepada ibu termasuk cepat pulih selepas bersalin, membantu mengurangkan berat badan, kurang risiko terhadap osteoporosis serta kanser ovari dan payudara.

* Pelbagai kajian menjelaskan penyusuan susu ibu memberi manfaat jangka panjang, termasuk meningkatkan pencapaian intelek, perlindungan terhadap tekanan darah tinggi, menurunkan paras kolesterol darah serta mengurangkan kejadian diabetes mellitus dan obesiti ketika dewasa.

BAGAIMANA SUSU TERHASIL

* Apabila bayi menghisap puting payu dara, rangsangan akan dihantar kepada kelenjar pituitari dan hormon yang dipanggil prolaktin dan oxytocin dihasilkan. Prolaktin menyampaikan arahan untuk menukar darah ke dalam susu ibu. Oxytocin akan terus beroperasi, untuk menolak susu ibu yang berkumpul di dalam saluran payudara.

* Susu ibu `dilepaskan' apabila bayi mulai menghisap pada puting payu dara. Pada hisapan pertama, ibu tidak dapat merasai `pengeluaran itu' bagaimanapun menerusi proses beberapa kali pengulangan, ibu dan bayi akan mulai mahir dan penyusuan ibu boleh berlaku secara normal.

* Susu terhasil dalam sel Acinar. Acinar terdiri daripada sejumlah besar sel-sel acinar. Ia dikeluarkan menerusi hisapan oleh bayi di puting payu dara dan keluar menerusi salur payu dara. Sel myoepithelial sekitar acinar bertindak bagai pam untuk mengeluarkan susu.

* Perlu diketahui, kecederaan termasuk sakit atau luka pada puting payu dara ketika proses penyusuan, boleh terjadi akibat ibu salah menyusukan bayi mereka. Justeru dapatkan tunjuk ajar daripada doktor atau jururawat yang sedia membantu. Jangan berputus asa.

Sumber: Penasihat Penyusuan Pigeon

Wednesday 26 December 2012

EBM ku memerlukan rumah baru

Salam..

Mulakan hari ni dengan Bismillah..hari yang agak liat nak ke tempat kerja selepas cuti perayaan Kristmas semalam..Alangkah bestnya bercuti kan..?? rasa cam malas giler nak bangun ke tempat kerja..rasa cam nak sambung tido dan terus peluk si bam bam Humaira...

]
Pagi ni dah rasa mmg kena wat decision tuk beli deep freezer..kenapa?? haih kalau ikutkan kat umah tu dah ada dua peti sejuk..tapi tak cukup nak simpan stok ebm ..bukan dua2 penuh ngan stok ebm..tapi penuh ngan stok makanan..dan stok ebm aku dah penuh 1 tray..so nak tak nak kenalah pindahkan ke freezer lain lepas ni.. mmg la kalau nak bandingkan dengan org2 lain akunye stok ni takde la banyak mana..tapi..untuk menaikkan semangan dan untuk terus buat stok kena lah aku melaburkan duit tuk beli deep freezer..cari gak yang 2nd hand..tapi tak jumpa yang baru dekat 900-1000 harganya..nasib baik ada rezeki sket..kena la laburkan duit ke situ..demi untuk si tembamku Humaira..

Nak jadikan citer..dulu mula2 masa dalam pantang..aku pernah nangis sbb tak dapat nak buat stok susu..susu yang ada hanya cukup2 untuk humaira..ble pam.. dua2 belah hanya dapat dalam 2 oz je..risau kalau2 tak dapat nak bagi full breast feed kat dia..macam2 cara dan kaedah aku cuba..bila org kata makan ini ..aku makan...minum itu..aku minum..semata2 nak banyakkan air susu..
Akhirnya lepas amik supplement, makan sayur banyak2, minum air banyak2, makan kurma, dan jadual pengepaman yang konsisten..dapat jugak aku buat stok ..skarang skali pam dapatlah  paling sket 6oz..paling banyak 9oz..bergantung pada banyak mana aku minum air..Syukur tak terhingga...semoga aku lebih gigih tuk menyusukan si Tembam ni sampai 2 tahun. Amin!

supplement ape aku makan???
(1)
Shatavari dari Himalaya

Benefits of Shatavari:

1.Shatavari is highly effective in improving fertility. It tones and nourishes female reproductive organs and regulates ovulation
2.Shatavari regulates hormonal secretion
3.Shatavari treats PMS symptoms by relieving pain and controlling blood loss.
4.Shatavari aids in lactation for nursing mothers
5.Shatavari relieves menopausal symptoms such as hot flashes. By producing estrogens it makes up for low estrogen levels in women who are menopausal or have had hysterectomies or oophorectomies
6.Shatavari is beneficial in amenorrhea, dysmenorrhea, leucorrhea and pelvic inflammatory diseases.
7.Shatavari increases the white blood count and stimulates macrophages which helps to combat candida.


(2)
Set penyusuan Shaklee
boleh tgk kat website ni : http://mommyiskandar.com/ dan http://mama2win.blogspot.com/

(3)
Power Pumping / Tanderm Nursing

 Tandem Nursing: Yang ni mmg banyak membantu..tanderm nursing, (menyusu untuk 2) sebelah kt menyusu anak sebelah lagi kt pam dalam masa yang sama. dengan ini susu akan lebih banyak..


Power Pumping :power pumping is a technique that can be helpful in building a milk supply. Power pumping involves using regular pumping techniques and setup, but in a unique way. The idea is to mimic a baby who is nursing frequently to increase a mother’s supply.

Bagaimana caranya?
-pump for 10-20minit - rest 10 minutes, then pump another 10 minutes, then rest for 10 minutes, then pump again for 10 minutes. Do this for about an hour, sekali sehari.Di samping ini..boleh juga buat hyperstimulation technic preferably at night (12am-6am),every day….~15min pump,15min rest,15 pump,15 rest — continue this pattern dalam 1-2 jam..non-stop…



p/s: hari2 telan ubat..hari2 tak cukup tdo...takpelah demi banyakkan air susu..teruskan lah usaha Liza dan sentiasa berfikiran positif..positif..takmo stress2..

~LAA

Saturday 15 December 2012

dRAMA seRIES yg BUAt akU TERtunggu - tUNGGuuu..

Salam..
Masa dalam pantang hari tu aku banyak masa kat umah..selain dari melayan anak2 dan buat sket2 keje umah..aku banyak melayan citer2 kat tv..salah satu rancangan yang aku tersangkut drama telewood Phir Subah Hogi ... Drama ni menceritakan pasal kehidupan seorang Bedni (penari) yg pada pandangan mereka hanya layak menjadi simpanan tapi bukan isteri atau thakurain..Sugni watak utama cerita ni anak kepada Bedni yg paling hebat dalam komuniti dorang ni konon2nya nak lari dari tanggapan org tentang mereka..tapi terjatuh cinta dengan seorang lelaki ,Thakur Vikram Sigh (TVS). Si TVS ni menipu Sugni yg kata bini dia dah mati padahal dia sorokkan bini dia..dan masa dia nak kawen si isteri TVS ni , Rewa muncul..maka tak jadi kawen la mereka.

Kesan dari kekecewaan tu si Sugni ni melelongkan diri dia dalam upacara Sardhakai..supaya dia jadi simpanan mana2 Thakur untuk menjauhkan diri dari TVS. untuk menyelamatkan rumahtangga pakciknya (TVS) Aditya anak sedara pada TVS yg jalankan upacara Sardhakai Sugni.Tapi Aditya tidak mengambil kesempatan pada Sugni walaupun selepas Sardhakai seorang bedni tu harus melakukan apa saja untuk thakur yang membelinya. Dalam sedar tk sedar si Aditya ni jatuh cinta pada Sugni. tapi tak diketahui oleh org lain. Dipendekkan cerita sekarang kat channel Zee Malaysia dia nak dikahwinkan dengan upacara perkahwinan yg sebenar untuk menjadi isteri Aditya..Bila aku google2 rupanya Channel Zee India dah sampai Musim ke2 da citer ni..ape lagi aku layan ler Online lak skang..

TVS *             SUGNI *         ADITYA*

Update terbaru citer ni.. skang TVS tu nak hancurkan rumahtangga Adi+Sugni dengan buat2 seolah2 dia da tido ngan Sugni..time ni la dorang nak tunjukkan betapa kuat ikatan perkahwinan mereka.. aku nak citer panjang lagi ni..so biarlah aku je yang follow..hehe..


Giler Hindi lak semenjak 2menjak ni...hero dia hensem + tinggi lak tu..taste mak u...hahaha






Monday 10 December 2012

2 bulan yg indah..Update baby Humaira


 Pejam celik ..pejam celik dah 2 bulan usia Humaira.. sekejap je masa berlalu..tak terasa hari-hari yang berlalu begitu pantas..anak ibu ni dah besar..dah pandai nak main2..tapi perangai nak bergayut tu tak berubah lagi..ye la kan..itu je makanan yg dia ada..hehehe.. lahir dulu baby Humaira 2.2kg je.. lepas sebulan timbang dah naik 3.8kg..dan yang terbaru dah 4.8kg..wahhh..semangat anak ibu ni..ini berkat minum susu ibu..takpe la iu tak leh diet demi anak ibu ni..lama2 nanti ibu kurus la kan..ibu doakan anak ibu cepat besar..sihat sentiasa dan jadi anak yang solehah dunia dan akhirat..Amin!


Tgk tu muka serius anak ibu ni..same je cam ayah dia..serius memanjang..

Kembali mencari rezeki

salam..
Hari ni 1st day aku kembali bekerja..alahai..ikutkan ati rasa cam taknak je keje lagi..tapi apakan daya masih belum berkemampuan untuk berhenti berikutan tanggunganku agak tidak mengizinkan..
pagi tadi masa hantar si tembamku, dia tak tdo..macam tahu2 je nak antar orang..berat hati nak melepaskan anak yg tembam ni kat nurseri..tapi nak wat camne "ibu perlu bekerja nak.."

!st day keje takde la rasa sangat, sebabnya esok dah cuti balik..harijadi Sultan Selangor..Horayy!!! esok leh golek2 ngan baby Humaira..

p/s: rasa rindu tak terbendung nak peluk ketat2 anak2 daraku..Huda, Husna dan Humaira

Saturday 10 November 2012

Lahirnya Puteriku Humaira

Salam...
Dah lama tak menulis..hampir sebulan aku tak dapat nak meng"update" blog, tiba2 bersalin sebulan yg lepas...siapa jangka dia nak keluar kan?

Nak dijadikan citer..ari Khamis tu aku mc aka malas nak gi keje..ye la asyik ade contraction je kan...so baik ler aku dok diam2 kat umah. so hari Jumaat 5/10/2012  aku ada follow up checkup. ari tu aku sakit kepala la sket sebab seharian duk menegur kenakalan anak aku yg sulung tu. sampai naluri aku dah lewat.. kat naluri pun si kakak ni buat hal..tak reti duk diam..dia pancat kerusi la,dia landing kat lantai la..macam2 dia buat..tak reti2 dok senyap..masuk bilik dokter aku di periksa tekanan darah..berkali2 dokter check. mula2 guna yang elektrik, pastu guna manual lak..dokter kata darah aku 170/100. pergh...seumur hidup aku ..asyik darah rendah je biler check..tak pernah kena darah tinggi..ni la pertama kali aku darah tinggi.

dokter scan baby kata baby dan uri semua dah matang. So dia suh aku gi check kat atas..check tekanan darah lagi sekali dalam keadaan berbaring dan bukaan servik sekali. Tekanan darah aku tak turun pun. bila dokter kata nak tahan aku..lagi lah mencanak2 naik..huhu..Bila check bukaan servik lak..da bukak 3cm..dokter kata "cantik la tu...awak boleh beranak malam ni"...erk....tiba2 je kena beranak...walaupun dah tuk kali yg ketiga aku still rasa nerbes...haha...

pukul 10:30 malam dokter bius datang..aku amik epidural..sama cam 2nd time dulu...sbb aku tau dokter akan induce aku tuk cepatkan proses pembukaan servik. 11:45 aku dimasukkan ubat dan ditolak ke bilik bersalin. pukul 1:30 bukaan baru 4-5cm..tiba2 aku rasa sakit..sakit sangat..nape sakit ek..sepatutnya pakai epidural tak sakit..tapi kali ni terasa sakit..dan sakitnya lagi sakit dari beranak Huda dulu..panggil nurse tya sama ada wayar epidural tu tercabut ke..kenapa aku rasa sakit.? ble nurse check..rupenya kepala baby da nak keluar..

Haa...dari 5cm terus full bukaan?..dasyat...dengan skali push Humaira Mohd Hairulhafiz pun dilahirkan pada pukul 1:53 pagi seberat 2.2kg...baby terbelit tali pusat..dan keadaan baby agak biru...kesian dia..ape2pun aku syukur sangat2 baby takde ape2. just baby kecik je..dan yang paling best aku takde koyak dan tak kena jahit...Yeay!!!! sama cam lahirkan kak ngah Husna dulu...syukur Alhamdulillah.. Doaku semoga kelahiran puteri yang ke 3 ni menambahkan lagi kebahagiaan rumahtangga kami dan semoga Humaira menjadi anak yang Solehah. Amin!


 Si sepet ibu ni....
 
Ayah dan Humaira...biru je muka dia..sian...

Wednesday 3 October 2012

Review -Samurai Beef Burger McDonald

Salam..
Disebabkan badan yg berat nak bergerak..dan kemalasan yang melanda..aku lunch McD delivery je la ari ni... teringin nak try Samurai beef Burger..mula2 tu rasa takut gak nak try..sbb aku lebih gemarkan GCB..tapi cuba gak la..tgk review cam best je..

So kesimpulannya..rasa daging burger dan roti dia lembut..cuma..sos dia tu manis sangat..bagi aku la...kalau dia kurang manis dan buat agak pedas sket lagi sedap kot..tapi boleh la jugak..harga dia agak mahal..Large size sahaja dapat McShaker Fries..kalau Large harga dia RM16.60 dan kalau Medium size RM15.30 ..lebih kurang gak ngan double cheese burger dan GCB.. Namun pada aku GCB tetap menjadi pilihan utama..takde GCB, double cheese burger la jawabnye...

Biler la nak ada balik GCB yerk..pasni dah pantang, tak dapat ler melantak benda sedap2..hehehe...makan lauk pantang ler 44 hari...ekekekek... =P

~LAA


Terbuai dengan citer cinta 29 Februari =P



Kelip - kelip (nyanyian Remy Ishak)

Bila senja menimbus siang 
Bila awan melindung bintang 
Ku coba menyuluhkan sinar 
Agar malam mu cerah 
Jika pernama tak bersemi 
Jika arus sama tak pasti 
Ku dengan setia membimbing 
Menyinar bagai kelip-kelip 

[Chorus] 
Genggamlah erat tanganku 
Bilang arah nak di tuju 
Mari ku pimpin ke sana 
Ku bawa kau terbang pergi 
Seandainya kita terpisah 
Tak usah kau rasa gelisah 
Ku dengan setia membimbing 
Menyinar bagai kelip-kelip 
Genggamlah erat tanganku 
Bilang arah nak di tuju 
Mari ku pimpin ke sana 
Ku bawa kau terbang pergi 
Menyinar bagai kelip-kelip

Weekend hari tu..duk layan dvd citer 29 Februari kat umah dengan anak dara aku yg dua org tu..Ayahnye tdo..maka ibunye yg sarat2 ni duk la menyandor layan citer cinta..hehe..
Ok la citer 29 Februari ni..romantik dan sangat2 menyanyat hati..ceewah! part2 setia tu yg susah nak cari..mane la ada lelaki yg sesetia Budi tu kan zaman sekarang..ade pun sangat ler sikit kuantitinye..maybe 1 dari 1000..hahaha..marah org lelaki dengar statement aku ni..hehe..ape2 pun aku terhibur dan tangkap cintan ngan sore si Remy Ishak ni..boleh tahan gak sore dia..kalau ngantuk2 ada org dodoikan ngan lagu camtu..kompem lena diulit mimpi...haha..Mak buyung ni kalau layan jiwang mmg cenggini...tak terlayan...jom kita baca sinopsis filem ni..



Sinopsis 29 Februari:
Mengisahkan kehidupan Budi yang dilahirkan pada tahun lompat 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia 4 tahun sekali. Keadaan fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap “kecacatan” itu sebagai suatu sumpahan, sedangkan ianya suatu anugerah kepada Budi untuk melalui era transformasi Tanah Melayu, Malaya dan akhirnya Malaysia yang bebas merdeka. Masa seolah tidak berganjak buat Budi, dan akibatnya dia sentiasa kehilangan orang yang tersayang. Beliau diasuh di sebuah rumah bakti bersama sahabat baiknya Razak, yang cacat penglihatan. Budi melalui perjalanan hidup berlatarbelakangkan detik-detik bersejarah Negara dan mula mengenali erti kebahagiaan apabila berkenalan dengan Lily. Walaubagaimanapun, kisah percintaan Budi dan Lily melalui pelbagai cabaran dan cinta terlarang. Apakah satu-satunya cinta Budi akan kekal abadi, seiring dengan hayatnya yang tidak dimakan usia? 

35 minggu..baby da nak keluar...

Salam..
Dah beberapa hari tak dapat post entri kat blog..start dari hari Jumaat hari tu sampai la hari ni..nak update dari hp tk leh lak..huhu..masuk opis balik baru leh update..huhu..

Jumaat lepas, contraction aku regular 7-8 minit...dari pagi mmg dah ada back pain cam period pain..panas je pinggang ni rasanya..cuba bertahan sampai kul 4 ptg aku decide terus gi naluri...

Sampai kat naluri dr yg bertugas Dr. Kamaria..dia check baby, baru 35 minggu..so dia check bukaan..dah bukak 1cm..so dia nak tahan aku kat wad tuk monitor dan bagi injection tuk matangkan paru2..Ni sama kes macam Huda dulu la ni..35 minggu dah tak sabar nak keluar..ikut pengalaman aku..aku mmg tk nak kena tahan wad..sbb mmg aku jenis bukaan cepat..nak2 bler contraction dah regular..huhu..seram je..biler ingat2 balik masa Huda dulu..dia tahan wad..bagi macam2 jab..pastu bagi ubat tuk kurangkan contraction..tapi bukaan makin besar..last2 dia induce..ooowh tidak..tak sanggup aku diinduce skali lagi..sakitnye..sangat2 ler azab.. so aku decide nak bed rest kat umah je..dr siap cakap aku kena tanggung risiko sendiri..takpe lah..so sampai semalam aku amik cuti duk kat umah je..makan dan tdo..haha...

Contraction tetap ada..tapi tak berapa nak regular sgt la..kadang2 8-7 minit..kadang setiap 15 minit..nampaknye baby aku kali ni mmg suka wat main2..penat ler ibu dia ni dok monitor..huhu..takpe lah janji tk kena induce..hehe..

Menanti dan terus lah menanti...biler baby akan keluar..Jumaat ni ada check up lagi..adakah perlu tuk amik cuti maternity awal..atau duk je kat opis ni sampai beranak..??? Dilema...ikutkan tak nak amik cuti awal..rasa rugi..tapi biler pk2 opis ngan naluri agak jauh dan jem teruk kat area subang ni...aku rasa cam minggu depan elok sangat amik cuti awal..agak2 malas nak naik awal, unpaid leave la jawabnye..huhu..

~LAA


Friday 28 September 2012

Rumah Mama sebelum dan selepas...Alhamdulillah!

Salam dan selamat pagi semua..
Pagi2 hari ni dah terasa cam pinggang dah semakin sakit dan panas..terasa cam nak datang period..tapi takde kontraksi yg kuat lagi..takpe la just monitor je..still kat opis meneruskan keje2 seperti biasa..aku cakap kat bos aku aku dah start sakit2..tapi dia leh lak suh aku buat semua gomen2 nye form sebelum aku bersalin...hampeh..langsung tak nak backup aku...huhu..takpe la aku curi masa sket tuk update blog...

Tahun ni, doa yang selama ni mama aku harapkan tuk ada rumah sendiri akhirnya dimakbulkan Allah..Syukur tak terhingga..akhirnya mama ngan papa leh duduk dengan selesa dalam rumah yg mama sendiri design mengikut citarasa dia..

Adeh..pinggang sakit lah..tak leh nak type lama2..Biarlah gambar berbicara yer...

sebelum beli rumah ni






dalam proses pengubahsuaian











Tadaa...dah siap renovate...




Laman rumah yg telah di ubah suai oleh kami adik beradik 

sebelum

selepas








Syukur Alhamdulillah!
~LAA




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute