Salam..
Hari ni hati terasa sayu..mengenang dugaan yg datang bertimpa-timpa..Selagi bernama manusia dan bernyawa..pastikan ada berbagai dugaan yg datang..sesungguhnya Allah itu tidak akan menduga hambanya diluar kemampuan hambanya itu..Semoga aku tabah dan mampu menghadapi apa jua dugaan mendatang..
Siapa yg nak dilahirkan tidak sempurna..?? walaupun sempurna dari segi fizikal, tetapi dari segi akal dan fikiran belum tentu seseorang tu sempurna..KENAPA??? Ada yg mmg dilahirkan kurang cergas dari segi akal dan fikiran..lembab, IQ yg agak rendah dan lambat tangkap seperti org yg normal...adakah kt mampu memilih untuk dilahirkan bijak, cepat, pantas..pendek kata PERFECT!!! Tidak bukan! Setiap insan yg lahir di dunia ini ada keistimewaan tersendiri..siapa kamu untuk menilai insan sebegini..sewenang2nya merendah2kan dan mengulangi perkataan BODOH pada insan tersebut..Bagi aku insan yg menghina itulah yg sebenarnya BODOH! diberi akal fikiran yg sempurna tapi tak mampu untuk menggunakannya sebaik mungkin..
Anak yg dilahirkan ke dunia ini seperti sehelai kain putih..ibu bapalah yg mencorakkannya..seandainya kt gagal untuk mencorakkan kain putih tersebut..maka jangan lah kau salahkan anak itu 100%. Dia pun tak ingin menjadi bodoh..dia juga ada hati dan perasaan...jangan kau hina dia..sesungguhnya kau juga mempunyai zuriat yg harus kau corakkan..jangan lupa pada balasan Allah..mungkin skarang kau rasa yg dia menyusahkan kau..mungkin satu hari nanti, dia yg mengkafankan, memandikan dan mengkuburkan jenazah kau...
Semoga aku mampu memikul tanggungjawab ini bagi mencorakkan dia sebelum terlambat..yg aku pohon adalah sokongan kau sebagai org yang paling hampir denganku..air yg dicincang takkan putus..dia darah dagingku! Semoga Allah bersamaku..Amin Ya Robbal 'Alamin!
~LAA
~LAA
Petikan dari blog seorang pendidik..
Bergesalah!
Dilema ibu bapa, itulah perkara yang sering saya telekuni. Pelbagai
lontaran ibu bapa mengenai anak, samada secara telifon, berjumpa empat mata atau
email. Terbaru email ini (seperti gambar)
memasuki 'inbox' saya.
Rata-rata ibu bapa gelisah dengan perkembangan anak terutama apabila
meningkat remaja. Antara kalam yang biasa saya dengar ialah
" Ustaz, anak saya ini dahulunya baik dan rajin ke surau. Tapi sekarang
sejak dia berkawan. Cakap saya pun dia lawan ustaz."
"Ustaz, saya tak tahu dah nak buat apa dah anak saya ni. Nasihat sudah,
rotan pun sudah. Tapi semuanya sia-sia ustaz."
dan paling mengementarkan hati saya dan sesekali menyebabkan saya tersenyum
menekuni gelagat sebilangan ibu bapa yang menghamburkan ayat ini; " Ustaz,
tolonglah saya ustaz. Buatlah apa saja agar anak saya ni jadi baik
ustaz!."
Inilah antara lontaran-lontaran yang keluar akibat dari kerisauan yang
sangat. Namun kerisauan ini timbul setelah zuriat itu telah dibentuk, dicorak
dan diwarnai selama 13 tahun, 14, 16 tahun, 17 tahun sehinggalah ada yang sudah
mencapai umur hampir 20 tahun sejak kelahiran.
Kenapa saya sebut begini?
Wahai rakan ibu bapa, mari kita lihat contoh ini. Seseorang yang sakit,
stroke, kencing manis, kanser, darah tinggi malahan obesiti. Adakah disebabkan
makanan yang mereka makan semalam atau 1 minggu lepas atau 1 bulan lepas atau 1
tahun lepas. Jawapannya saya yakin semua rakan ibu bapa bersetuju dengan saya
'TIDAK'. Atas dasar inilah saya letakkan ayat di atas 'sejak kelahiran'.
Wahai rakan suami isteri, ibu bapa, mari kita bertanya sebentar pada diri
kita.
- Bagaimana akhlak kita ketika bergaul bersama isteri atau isteri
kita
- Apakah sinetron yang ditonton oleh ibu dan bapa apabila sampai saja di
rumah setelah letih seharian bekerja yang pada ketika yang sama si ibu sarat
mengandung.
- Apakah hidangan telinga dan mata anak kita ketika pembesaran mereka dari
bayi hingga kanak-kanak.
- Apakah lafaz ungkapan kita ketika kita menghadapi kenakalan
anak-anak.
Ohhhhhhhh! pelabagai sudut rakan ibu bapa yang perlu kita sesuluri. Ini
belum lagi kita bicarakan sikap dan akhlak kita ketika zaman bujang, cara
pemilihan calon isteri atau suami. Zikir harian yang samada zikir keduniaan atau
zikrullah.
Ya! sememangnya ini semua telah lepas dan berlalu serta anak pun sudah
besar. Kenapa perlu digali semula perkara ini. Fahamilah, ia bukan untuk digali
tapi perlu dimuhasabahi.
Jika penyakit kritikal pada hari ini disebabkan oleh krisis gaya hidup dan
gizi (makanan) sejak puluhan tahun yang lepas. Samalah dalam perkara ini. Anak
ini telah mengalami krisis akidah dan keimanan yang seterusnya memberi
menimbulkan krisis akhlak selama belasan dan puluhan tahun.
Maka sudah pasti untuk mengubatinya perlu mengambil masa yang memerlukan
kesabaran serta berkekalan iaitu istiqamah.
Pernah suatu ketika seorang bapa bertanya, "Berapa lama agaknya ustaz
ambil masa untuk anak saya pulih semula akhlaknya". Saya hanya tersenyum.
Belum sempat lidah saya menari menyambungi perbualan. Seorang rakan lain
mencelah "Masa anak kau tengah baik dulu, anak-anak kau yang pandai-pandai,
kau tak nak hantar sekolah agama. Bila dah teruk macam ni baru kau nak hantar
sini. Apa kau ingat sekolah agama ni tempat buangan, pusat pemulihan".
Saya sendiri tak sangka bahawa ayat ini keluar dari rakan yang menemani
bapa tersebut. Namun inilah realiti sikap kita. Kita mengalami krisis keimanan.
Hingga membutakan kita memberi aula (keutamaan) terhadap nilai kehidupan serta
nilai Rabbani. Kita menyusuri hidup serta membentuk anak dengan SAYANG AKHIRAT
CINTA DUNIA. Buktinya dalam pergaulan saya, saya kerap mendengar kata-kata
ini.
"Anak saya tadika di S...........R........., walaupun gurunya bukan
Islam tapi puas hati. Anak saya kecil-kecil lagi dah fasih bahasa
Inggeris".
"Tahun satu nanti saya akan masukkan anak saya di SRJKC. Saya lihat anak
jiran tu mahir berbahasa cina".
Berikutan, 10 tahun lagi (dari pengalaman) saya gusar. Ibu bapa
yang sama datang berjumpa pemilik institusi seperti saya ini lalu dengan nada
pasrah mengatur kata "Ustaz, anak saya ini pandai ustaz, bijak ustaz, fasih
berbahasa inggeris dan madarin ustaz. Tapi lagi fasih dia melawan nasihat saya
ustaz".
Maka rakan ibu bapa. Marilah kita dalam menyusuri kehidupan ini CINTAILAH
AKHIRAT SYUKURILAH DUNIA. Kita berhabisan duit, tenaga untuk anak kita ke arah
dunia. Mungkin anak kita akan selesa hidup di atas muka bumi ini 20 tahun atau
30 tahun sebelum menemui ajal.
Ingatlah ibu bapa sekalian. Bagaimana kehidupan yang bakal mereka tempuh
pada kehidupan yang tiada tempoh tahunnya. Yang lebih panjang dari 30 tahun, 30
000 tahun, 30 000 000 tahun, 30 000 000 000 tahun.
Kita boleh berkorban RM 30 000 untuk anak kita sejahtera kehidupan 30 tahun
di dunia. Kita mampu berusaha 30 kali ganda untuk anak kita berjaya kehidupannya
30 tahun di dunia. Kita gagah berkorban 30 kali pengorbanan untuk anak kita
'bahagia' kehidupannya 30 tahun di dunia. Namun untuk
AKHIRAT?????????????????
Ada yang melahirkan hasrat ini kepada saya (seperti email di atas).
"Kami bukan tak mahu hantar ke sekolah Maahad, tapi prasarana, makanan,
tempat tidurnya amat tidak selesa. Kesian ustaz budak-budak ni".
Timbal saya sangat mudah, tapi memerlukan renungan yang teliti dan
mendalam.
Pernahkah kita terfikir Muhammad kekasih Allah s.w.t. itu kenapa Allah
letakkannya dari kecil hidup dalam kesederhanaan. Yatim dalam pelukan dan kasih
sayang bapa. Sekelumit dalam kasih ibu. Mengembala meniti pentas hidup.
Berdagang mengetuki pintu rezeki.
Mengapa Allah tak lahirkan saja Rasulullah dari keluarga Hartawan. Yang
boleh membawa Rasulullah itu berjawatan. Yang tak perlu menuntut Rasulullah
tidur pada lambungan yang keras, mengikat perut pada kebanyakkan hari. Bahkan
selesuri inilah ranjau kehidupan manusia AGUNG
KEKASIH ALLAH S.W.T.
Selagi kita diberikan ROH anak kita masih
bernyawa, kita masih ada masa BERGESALAH, jangan lewatinya.
Wallahualam!