Wednesday, 26 September 2012

2nd batch anak Katty yg tak dapat diselamatkan... =(

salam...
Last week..katty arnab betina aku dah selamat melahirkan baby dia kali kedua..yang 1st batch, hb ingat katty pandai ler susukan anak dia..tapi akhirnya semua mati..sbb katty sikit pun tak hiraukan anak dia..so, kami decide for 2nd batch ni hb yg akan bagi susu pada anak2 si katty ni..

Pagi hari Jumaat yg lepas..pagi2 lagi hb dah jerit kata katty dah beranak..semua ada 5 ekor..1 kat dalam sangkar dah innalillah..Katty gi pijak sampai lenyek..yang lagi 4 ekor semua bersepah2 kat luar sangkar kena sepak ngan si Katty ni..bertuah betul la..dia ni mmg tk suka kat arnab lain..melainkan laki dia si Buck tu..huhu..jangankan nak menyusukan..lagi dia sepak2 ada lah..cepat2 hb alihkan anak2 dia masuk kotak lain..dan bagi susu formula..haha..susu arnab dengan menggunakan syringe.



Petang tu lepas balik keje..2 ekor anak dia dah tak bernyawa..lar nape la pulak mati ni...tinggal la 2 ekor..1 itam satu putih..pastu hb bagi lagi susu..tibe2 yg si putih tu cam nyawa2 ikan lak..apsai la susah sangat nak bela anak arnab ni...tinggal la sekor..yg hitam..

Pagi Sabtu..tinjau2 keadaan si itam tu okay2 je..hb pun dah rasa hepi..atleast ada gak keturunan si katty ni yg hidup kan...tapi lepas bagi susu..si itam lak nyawa2 ikan..dan akhirnya mati..huhu..sedihnye hb tak terkira..tak tahu mana silapnye..takpe la sayang..nanti kt matekan lagi Buck ngan Katty yer..next month dapat baby lagi..takmo sedey2..

Ni si Katty yg tak reti nak jaga anak..comei je lebey..tapi jaga anak pun tak reti..huhu..geramnyeeee!!!

~LAA

Alahaiii..Siannye anak2 Ibu...


Salam... 
Pejam celik..pejam celik..tak sedar anak2 da semakin membesar..kakak semakin petah bercakap dan bertanya makin banyak soalan..hari2 tanya.."bila ibu nak beranak ni?? beranak la esok"....senang je suh beranak esok..ingat ibu ni rabbit ke? sebulan pregnen je, baby dah kuar..hahah..

Soalan yg paling best dia tanya.."ibu, kakak suka la kalau ibu tak keje..biler ibu nak benti keje??..akak nak ibu antar akak gi sekolah..pastu akak slalu je sakit perut balik sekolah...kat nursery biler makan, bibik suap ramai2..kakak dapat sikit je makan.." alahai..siannye anak ibu..nak sangat ibu jaga dia..kalau la ibu ni banyak duit..tak pun ayah awak tu gaji banyak..mmg ler ibu nak sangat benti keje nak oiii... 

Berbalik pasal sakit perut..lately kakak slalu ngadu sakit perut..smalam aku tepon nursery...tapi pihak nursery kata kakak makan banyak la...takde ngadu sakit perut la..main je seharian..kompius aku..depa kata anak aku saje ngadu nak intention...mungkinkah?!! aku tanya kakak..cakap betul2 kat ibu..kakak makan tak kat nursery??? dia kata makan..tapi kena suap ramai2..mane la cukup kalau suap ramai2..aku dah pening dah..

So sebagai langkah pencegahan..aku akan suap dulu anak2 aku makan pagi2..dan bekalkan makanan tuk dorang..sambil suap sambil pegang rotan..kena paksa makan dorang ni..kadang2 dorang sibuk main sampai tak rasa perut tu kosong..balik2 ngadu sakit perut..ye lah..kalau suap ramai2 mmg la bakal tak cukup makan..sape yg mmg kuat makan akan mengadap bibik..sape yg sibuk main mmg ler dapat makan sket kan...

balik keje lak...penat camne sekali pun aku akan masak..lauk simple2 pun tak pe..janji aku akan makesure anak2 aku makan...(sambil pegang rotan) kakak ngan adik mesti mula2 nangis tk nak makan..tapi kena gak paksa..mane taknye..makin lama tgk badan dorang makin susut..hati ibu mana la tk risau ble tgk anak2 makin hari makin susut..huhu..bukan senang nak mengandung dan beranak dorang ni.. 

So, 2,3 hari ni aku kena monitor kakak..still sakit perut lagi ke tak...kalau still sakit gak..kenalah buat further checkup..takpun..ibu kena gak pertimbangkan balik pasal benti keje..biar senang ati ibu biler ibu yg jaga korang semua...sob..sob..sob..Insya-Allah pasti ada jalannya...

Anak2ku..korang lah permata hati ibu..takde korang..tak tau camne ibu nak harungi hidup ni..Ibu sayang korang lebih dari nyawa ibu sendiri..
~LAA



Apa itu braxton hicks???!!!


Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?

Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu.

Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872.

Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?

Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin.

Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini.

Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri.

Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar?

Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan: "Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku."

Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.

Kontraksi Braxton Hicks:
  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.
Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.

Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan.

Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.

Apa akan jadi jika kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih sakit?

Apabila kehamilan anda berlalu, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan kadangkala amat tidak selesa. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan kontraksi anda menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya Braxton Hicks.

Setengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap Braxton Hicks sebagai "kontraksi latihan" bukan saja bagi uterus anda, juga bagi anda sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang anda akan memperolehi di kelas antenatal anda.

Anda mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika anda melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang beli-belah dari kereta. Jika anda merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika anda berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan-jalan - perubahan aktivitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan. Kadangkala mandi air panas juga membantu.

Bilakah saya harus memanggil doktor?

Jika anda hamil kurang dari 37 minggu panggillah doktor anda jika kontraksi diikuti oleh:
  • lelehan yang melekit dan berdarah;
  • sakit pinggang atau kekejangan.
Ini semua adalah tanda-tanda yang menunjukkan kelahiran pramatang.

Selepas 37 minggu, panggil doktor anda jika:
Rujuk simptom-simptom kehamilan anda tidak harus abaikan.

Jika kontraksi menjadi lebih panjang dan kuat, lebih berkala dan kerap, ini menunjukkan proses kelahiran mungkin sudah bermula. Doktor anda mungkin sudah bercakap dengan anda tentang apa harus dilakukan apabila anda merasakan yang kelahiran sudah bermula, tetapi jika anda merasakan sebarang keraguan, hubungilah dia.


Sumber: http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/antenatal-health/braxton-hicks/#ixzz27X3j86aE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute