Monday, 25 June 2012

Hari yang LEMAU!!!


Hari Isnin..alahai malasnye dan lemaunye aku hari ni...rasa cam tak nak bangun dari tdo..dah la semalam tdo kol 2 pagi...disebabkan terlalu letih dan badan sakit2..sampai tk dapat nak lelapkan mata ni...

Hari Sabtu yg lepas, abis keje terus pickup anak2 dan Hubby gi umah mak mertua..ye lah niatnya nak melawat FIL yg da bape ari tak sihat akibat kolestrol dalam darah yg agak tinggi membuatkan dia cam nak pitam..mula2 nak ler urut org tua tu..kurangkan angin2 dalam badan dia..sampai2 kat sana adik ipar minta urut sbb kaki sakit..diikuti dengan mak mertua..dan seterusnya pak mertua...

lepas je urut depa semua..start ler badan aku bisa2..sesampai je kat rumah malam tu...semua otot2 dan sendi2 tak terasa..kebas semacam, lenguh dan berbisa..Ya Allah..Kau saje yg tahu betapa berbisanyanye badan ni..

Next day, still tak kebah gak bisa2 tu..pagi rasa tk leh nak angkat badan ni...aduhaiii la badan...nape leh jadi camni...dan akhirnya...sampai detik ni dan saat ini..aku masih lemah longlai dan tk larat nak wat keje..hehe aka malas ler..rasa nak cari bantal dan selimut je...

Agak2nya ape la baby dalam perut ni rasa ek..adakah dia pun lemau cam aku gak..ahaks!


~LAA

Minggu ke 22

Perkembangan fetus - hamil 22 minggu

Sumber: Baby Centre Malaysia

uteruskulit bibirmata
Berat bayi sekarang hampir satu paun / 430 gram, dan dia berukuran hampir 11 inci / lebih sedikit dari 27 sentimeter dari mercu kepala ke tumit, dan sudah terbentuk seperti bayi baru lahir, tetapi kurus, sebab lemak bayinya belum datang lagi. Walaupun beratnya semakin meningkat setiap hari, kulitnya masih kelihatan berkedut-kedut dan dia masih perlu menambahkan berat badannya. Bibir sudah jelas kelihatan dan mata telah terbentuk, walaupun iris (bahagian mata yang berwarna) masih kurang gelap. Pankreas, yang sangat perlu bagi pengeluaran hormon, sedang berkembang dengan baik.

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Pada peringkat yang seawal inipun, tanda-tanda pertama gigi telah tumbuh dalam bentuk kudup-kudup di belakang garisan gusi. Tak lama nanti, bayi anda akan lahir, dan tak lama selepas itu, gigi pertama akan muncul.

Anda mungkin telah bertambah berat badan antara 12 hingga 15 paun / 5.4 dan 6.8 kilogram. Bermula dari sekarang, anda akan menambahkan berat badan secara konsisten, dengan purata lebih kurang setengah paun / 225 gram setiap minggu. Anda mungkin mengidamkan makanan tertentu dan anda mungkin menyedari yang lelehan vagina anda berlebihan (tapi tidak berdarah). Kedua ini adalah perkara normal dalam kehamilan.

Adakah suami anda merasakan dia diketepikan? Tunjukkan dia bahagian kami yang didedikasikan khas untuk bapa baru.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.
psss: semakin besar perut semakin lambat berjalan...huhu..tak tau baby yg besar ke ibu dia yg besar..hahaha yg pastinya skang berat badan da 66.5kg...huhu..ada lagi 18 minggu ni..hadoi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute