Bismillah...Assalamualaikum..
Selamat pagi dan semoga hari ini kita menjadi yang lebih baik dari semalam. Hari ini saya nak kongsikan sedikit ilmu yang saya dapati dari salah satu blog yang amat membantu ibu-ibu yang tengah sarat nak menunggu saat kelahiran. Sekarang ni air selusuh pun ada dijual dipasaran. Cuma pada pendapat saya lebih baiklah air itu disediakan sendiri oleh suami dengan bacaan al-Quran.berikut adalah cara2 bagaimana menyediakan air selusuh bagi mempermudahkan proses bersalin.
Penyediaan air selusuh (yang terbaik, disediakan
oleh suami);
Untuk diminum 2 kali setiap hari; pagi dan malam
(bermula minggu ke-30 kandungan *lain orang, lain pendapatnya berkenaan bila
masa terbaik utk menggunakan air selusuh), dimulakan dengan selawat.
Penyediaan
air selusuh
1. Al-Fatihah
*bacaan bertajwid
(1) Dengan menyebut
nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(2) Segala puji
bagi Allah, Tuhan semesta alam
(3) Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang
(4) Yang menguasai
hari pembalasan
(5) Hanya kepada
engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon
pertolongan
(6) Tunjukkanlah
kami jalan yang lurus
(7) (iaitu) jalan
orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan)
mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
2. Selawat Syifa
*bacaan bertajwid {link}
Ya Allah, berilah
rahmat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad SAW yang dengan berkat baginda,
engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga
memberikan kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan
kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan
sahabat baginda.
3. Al-Hashr; ayat 21-24.
(21) Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada
sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut
kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar
mereka berfikir.
(22) Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia.
Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pengasih, Maha
Penyayang.
(23) Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia,
Maha Raja yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang menjaga keamanan, pemelihara
keselamatan, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa. Yang Memiliki segala keagungan.
Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
(24) Dialah Allah yang Menciptakan, yang
mengadakan, yang membentuk rupa, Dia memiliki nama-nama yang indah. Apa yangdi
langit dan di bumi bertasbih kepada-Nya. Dan Dialah yang Maha Perkasa, Maha
Bijaksana.
4. Ayat selusuh
Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang
diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI)
penderitaan bersalin bagi isteriku, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat
mengasihani dari segala-galanya.
5. Al-Insyiqaq; ayat 4-5
(4) dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan
menjadi kosong
(5) dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah
semestinya patuh.
6. An-Nazi'at; ayat 46.
Pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu
(kerana suasananya hebat), mereka merasa seakan-akan hanya (sebentar saja)
tinggal (di dunia) pada waktu petang atau pagi hari.
7. Ayat selusuh
Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang
diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI)
penderitaan bersalin bagi isteriku, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat
mengasihani dari segala-galanya.
8. Ayat permudah
Ya Allah, permudahkanlah dan jangan kau sukarkan
isteriku kerana engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah
bagimu, ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatmu, ya
arhamarrahimin.
Semoga info ini bermanfaat buat ibu2 yang menanti saat kelahiran si manja. Doa saya sebagai seorang ibu, semoga ibu2 dipermudahkan proses kelahiran tu nanti ye!! ^_^
~LAA