Salam...
Hari ni aku memulakan hariku dengan kelemauan yg melampau..terasa sangat2 tk bermaya dan mengantuk..petang semalam dapat berita yg sahabat karib aku dah ditahan wad..minggu raya hari tu dapat tau yg kandungan dia songsang..kemungkinan besar dia bakal dibedah..tapi alhamdulillah..baby tu dah berpusing dan plasenta pun da bergerak...dan doktor pun decide nak induce dia secepatnya...takut kalau lambat ada risiko lak nanti..so malam tadi dia belom lagi diinduce dek kerana katil kat spital tu penuh..harap2 pagi ni semuanya berjalan dengan lancar..semoga dia dan baby dia selamat..Amin!
Cerita Pasal Induce ni..sape yg pernah merasa kesakitan dia je la yg tahu betapa peritnya nak melahirkan anak dengan cara induce..pengalaman aku melahirkan anak pertama dulu, dengan cara induce amat2 lah menggerunkan..huhu..sakitnya..hanya Allah yg tahu..ibarat biler sakit tu...mata terpejam dan bila buka mata terasa aku dah mati...dalam hati terdetik..beginikah sakitnya mati...4 jam bertarung dengan kesakitan..tapi degil jugak tak nak epidural..amik injection pentidine je...ble sakit hilang mata tk tertahan nak pejam..ngantuk yang teramat sangat..ble rese sakit bersalin datang...terbeliak biji mata...aduhai...sang suami pun mundar mandir..serba tak kena je langkah dia...berzikir tak henti2...itulah pengorbanan seorang ibu..Mak aku kata, masa nak melahirkan aku dulu..terasa sakit seolah2 nak naik pokok kelapa je..haha..almaklumlah masa tu usia mak aku baru 17 tahun..dah la aku lahir tak cukup bulan..pastu kembar darah lak tu...azab mak aku masa tu.. Tinggal lebih kurang sebulan setengah lagi..aku akan merasai kembali sakit bersalin..semoga dipermudahkan..Amin!
Pengorbanan seorang ibu..dari mengandung, melahirkan dan membesarkan..
Proses "Induce" adalah proses mempercepatkan penguncupan rahim untuk kelahiran..
10 Fakta Kelahiran yg perlu anda tahu
1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka.
Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.
2. Sehingga
bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk
menampung kandungannya.
3. Purata darah yang hilang melalui proses
kelahiran normal adalah 500ml.
4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby
Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon
badan.
5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum
proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila
mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.
6. Badan manusia hanya
mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan
mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.
7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala
jihad baginya.
8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah
dosa-dosa lepas bagi wanita itu.
9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70
tahun solat dan puasa.
10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah
hadiahkannya pahala menunaikan haji.