Bismillah dan Assalamualaikum..
Seperti tajuk entri kali ni..aku nak bercerita pasal KUTU. dari awal tahun lepas sehingga kini aku dan encik suami tak habis2 berperang dengan makhluk yang bernama KUTU ni..mana taknye..dah berbotol2 ubat kutu yang dah digunakan..dan dah berkali2 hilang..dan tak lama pastu ada lagi..inilah bahananya bila letak anak2 kat taska atau nurseri. sampai satu masa encik suamiku mengamuk kat makcik nurseri, suh dorang halang pembiakan kutu2 ni..tapi apa yang makcik tu kata.."dah cakap mak bapak dorang dah..tapi mak bapak cakap, abis nak buat camne?" Aduhai mak bapak oii..anak ko berkutu, jadi tolong la letak ubat kutu kat kepala depa ni..kalau tak anak2 kamu..kamu..dan kamu ni jadi agen KUTU bergerak...bila antar anak2 ke nurseri atau ke sekolah tu ..TOLONGLAH jangan hengat semua nurseri nak buat tuk anak kamu..tolong jadi lebih bertanggungjawab sket..huish..!!! Kesian anak2 aku tau..tak abis2 bergaruk..dah ruper haper daaa... Makcik ni pun dah ruper beruk dah (hehe ade ruper beruk ke?) duk mencari kutu kat kepala anak2...sape2 ade bela beruk pinjam jap..nak suh cari kutu..kalau tak dapat banteras juga..ada 1 umah berkepala botak kang....kahkahkah!!!!
Sedikit info buat yang tak tau ape binatang bernama KUTU :
Fakta Asas KUTU
- Untuk mendapat jangkitan kutu memerlukan sentuhan dari kepala ke kepala.
- Sesetengah orang tidak menunjukkan sebarang gejala, sesetengah pula berasa gatal kulit kepala.
- Hanya satu cara sahaja untuk mendapat kepastian tentang jangkitan iaitu dengan membasahkan rambut, membubuh perapi pada rambut dan menyikatnya dengan sikat bergigi halus untuk mengesan kutu hidup (saiz dalam lingkungan 1-3 mm panjang).
- Rawatan yang paling selamat ialah ‘penghapusan kutu’, iaitu satu regim penyikatan.
Tanda-tanda
Walaupun sangat kecil, kutu masih boleh dilihat
dengan mata kasar. Tanda-tanda kutu:
Telur kutu: Telur kutu kelihatan kecil
kekuningan, atau coklat sebelum ia menetas. Setelah menetas, kulitnya yang
terlekat pada rambut berwarna putih atau jernih. Kutu bertelur pada rambut dekat
dengan permukaan kulit, di mana suhunya adalah sesuai untuk mengekalkan haba
sehingga ia menetas. Telur kutu senang dilihat pada rambut kanak-kanak. Telur
kutu menetas dalam masa 1 hingga 2 minggu selepas ia dihasilkan.
Kutu dewasa dan anak kutu: Kutu dewasa tidak
besar, tidak sampai sebesar beras pun dan berwarna kelabu dan coklat. Kutu
menghisap darah beberapa kali dalam sehari tetapi ia boleh kekal hidup sehingga
2 hari selepas terjatuh dari kulit kepala.
Menggaru: Menggaru dan kegatalan datang dengan
gigitan kutu. Namun kegatalan mungkin tidak terus bermula – ia bergantung kepada
kesensitifan kulit kepala kanak-kanak, mungkin datang setelah berminggu-minggu
jangkitan. Kanak-kanak mungkin menyatakan ada benda bergerak dan rasa geli di
atas kepala mereka.
Benjolan kecil kemerahan atau sakit akibat dari
menggaru: Bagi sesetengah kanak-kanak, kegatalan mungkin sederhana, bagi yang
selebihnya mungkin menyebabkan bintik merah dan kudis timbul. Menggaru terlalu
kuat boleh menyebabkan jangkitan kuman.
Adakah Kutu Boleh Berjangkit?
Kutu adalah sangat boleh berjangkit dan boleh
tersebar dengan cepat dari orang ke orang, terutamanya dalam keadaan berkumpulan
(sekolah, tadika, aktiviti sukan, perkhemahan). Kutu tidak boleh melompat atau
terbang. Kutu hanya boleh berjangkit dengan sentuhan kepala ke kepala, tetapi
berkongsi pakaian, topi, sikat, cadar, selimut dan bantal juga boleh menyebarkan
kutu.
Adakah kucing, arnab dan haiwan peliharaan lain
boleh menyebarkan kutu juga? Jangan risau, haiwan peliharaan tidak boleh
mendapat kutu kepala (kutu manusia) dan menyebarkan kepada manusia, dan manusia
tidak boleh memberi jangkitan kutu kepala kepada mereka.
Rawatan
Doktor anda mungkin memberi rawatan syampu
berubat, bilasan krim atau losyen untuk membunuh kutu. Rawatan-rawatan ini boleh
membunuh kutu dengan segera, tetapi kegatalan hanya hilang selepas beberapa
hari. Adalah penting untuk menurut arahan dari doktor kerana rawatan ini adalah
racun. Sekiranya anak anda adalah 2 tahun dan ke bawah, anda tidak sepatutnya
menggunakan rawatan ubat kutu. Anda perlu membuang kutu dengan tangan
(menggunakan sikat).
Berikut adalah cara mudah untuk membunuh kutu dan
telurnya, dan membantu mencegah jangkitan semula kutu:
- Basuh semua cadar dan pakaian yang telah dipakai oleh sesiapa sahaja yang telah terkena jangkitan kutu di rumah anda dalam air panas, dan keringkannya di tempat panas.
- Cuci kering sebarang pakaian dan permainan yang tidak boleh dibasuh dengan mesin. Atau, masukkannya dalam beg kedap udara selama 2 minggu.
- Bersihkan dengan pembersih hampagas karpet dan perabot upholsteri anda (di rumah atau kereta).
- Rendam barang penjagaan rambut seperti sikat, pengikat rambut dan berus dalam syampu berubat atau alcohol selama satu jam. Anda juga boleh membasuhnya dengan air panas atau buangkan sahaja ia.
- Oleh kerana kutu mudah berjangkit dari seorang keseorang dalam rumah yang sama, ahli rumah juga perlu dirawat untuk mengelak dari kutu hadir semula.
Perkara Yang Anda Jangan Buat:
- Jangan gunakan alat pengering rambut pada rambut anak anda selepas menyapu atau mengenakan sebarang rawatan kulit kepala kerana sesetengahnya mengandungi bahan boleh terbakar.
- Jangan gunakan bilasan krim atau kombinasi syampu/perapi sebelum membubuh ubat kutu.
- Jangan basuh rambut anak anda selama satu atau dua hari selepas menggunakan rawatan berubat.
- Jangan gunakan ubat yang sama lebih dari tiga kali ke atas orang yang sama. Sekiranya ia tidak berkesan, doktor anda akan menyarankan ubat lain.
- Jangan gunakan lebih dari satu ubat kutu pada masa yang sama.
P/S : Ingat, kutu boleh berjangkit dan boleh
tersebar dengan cepat dengan sesiapa sahaja, terutamanya dalam keadaan
berkumpulan. Berhati-hatilah.