Tuesday, 18 September 2012

Buang Bayi dari tingkat 3..Manusia tk berakal!!


Salam..
Hampir hari2 kt mendengar cerita org buang bayi kat malaysia ni..semalam seorg bayi perempuan lak dicampak dari tingkat 3 flat Desa Mentari, Pj..kebetulan salah satu staff aku duk kat flat tu..aku pun dapat la serba sedikit info dari kakak tu...budak yg buang baby tu umur dalam 20 tahun dan merupakan seorang bekas pelajar sekolah tahfiz..mak ayah dia dikenali sebagai org2 alim..selalu gi surau dan selalu mengikuti majlis2 bacaan Yasin..Org tua budak tu tak tahu pun anak dia mengandung..berikutan badan budak perempuan tu agak gempal..so selama 9 bulan pun tk perasan la perut anak tu membuncit..budak tu bersalin sorang2 dengan mengunci bilik..dan disebabkan takut..dia mencampakkan baby yg dilahirkan tu melalui tingkap bilik..konon2 nak mengelakkan dari pengetahuan org ler..tapi akibatnya 1 malaysia dah tahu..haha..tak pk panjang tul budak ni..lepas tu budak tu tk sedar yg uri dia tk keluar lagi dan uri tu naik ke atas..(aku tak tahu camne nak xplain pasai ni) yg aku tahu banyak ibu yg bersalin kalau uri tak keluar dan naik ke atas dada boleh mengakibatkan kematian..biler mak dia balik dari majlis yasin..ketuk2 pintu anak tak bukak..biler pecahkan pintu bilik tu, dia tgk bilik tu penuh dengan darah dan anak dia dah tak sedarkan diri sbb uri dah sangkut.. Haa..padah beranak sendiri...ni ler jadinya..skang budak tu kat spital tgh tunggu tuk operation tuk keluarkan uri..double sakitnye kannn!! 
Aku tak paham ler nape budak2 skang ni berani tul beranak sensorang...aku yg dah nak masuk 3 kali beranak ni pun still terasa gerun nak beranak lagi..dorang lak dah la buat dosa..slumber je beranak sorang2..haiiih..dunia akhir zaman..semoga aku dan keturunan aku dijauhi dari melakukan perkara2 terkutuk ni...Amin!

berikut keratan akhbar Kosmo tentang kejadian tersebut :

[Kosmo] PETALING JAYA - Ketika rakyat Malaysia berkobar-kobar menanti kelahiran anak sempena Hari Malaysia, lain pula dengan seorang ibu yang tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan pada hari bersejarah itu dari tingkat tiga Blok 1, Flat Desa Mentari di sini semalam.

Mayat bayi perempuan malang itu kemudian ditemui dengan kesan kecederaan di kepala oleh seorang penduduk yang terkejut mendengar bunyi satu objek jatuh di tempat letak kereta flat tersebut pada pukul 11 pagi.

Saksi kejadian, Jundi Mat, 35, berkata, sebelum menemui bayi itu, dia terdengar bunyi objek jatuh di tempat letak kenderaan dalam jarak kira-kira dua meter dari tempat dia berada.

Menurut pemuda itu, dia pada mulanya menyangka objek yang tertiarap di kawasan letak kereta tersebut anak patung sebelum dia kemudian menghampiri objek itu.

"Alangkah terkejutnya saya apabila objek tersebut bukan anak patung tetapi rupa-rupanya seorang bayi dalam keadaan berbogel, masih bertali pusat dan berlumuran darah.

"Bayi yang kepalanya turut kemek tidak menangis dan tidak bergerak kerana sudah tidak bernyawa," cerita Jundi yang bekerja sebagai pemandu lori.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute