Monday 2 July 2012

Filem Muzikal Hoore! Hoore!


Since beli DVD citer ni minggu lepas, lebih 10x dah dua2 anak dara aku dok pasang citer ni..ada sekali tu sampai repeat la..biler suh tutup dvd player dorang nangis..nak tak nak ibu dia pun layan je la..siap ada babak2 yg menyedihkan sampai membuat anak2 dara aku terharu dan menangis teresak2..haha...feeling la pulak anak2 aku ni..Lepas tu, siap seludup dalam beg sekolah tuk dibawa ke nurseri..tgk ngan kawan katanya..hahah.. lawak2! ape2pun aku pun turut terhibur la layan citer ni..citer dia tak berat dan amat digemari kanak2..maybe sbb dia byk nyanyi kot..hehe..




Jom kte bace sinopsis citer ni:


Hoore! Hoore! : Sebuah filem muzikal sudirman

Sinopsis Filem :
Filem Hoore Hoore mengisahkan seorang wanita bertubuh besar Nurul Aiman (lakonan Farah Nazirah) yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi berhati baik. Namun begitu, cirri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia (lakonan Adibah Noor), dan ayahnya bernama Hairil (lakonan Harun Salim Bachik). Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah (lakonan Fauziah Nawi) dan tinggal tinggal bersama mereka.
Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari (lakonan Akim AF), seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid.
Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Impian yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan niatnya itu.
Hoore! Hoore! : Sebuah filem muzikal sudirman

Review KakiWayang.com :
Pertama sekali, kami ingin ucapkan ribuan tahniah kepada kumpulan produksi filem Hoore! Hoore! kerana turut menyertai sambutan bulan memperingati Sudirman sebagai salah sorang penghibur tanah air terkenal.
Barisan pelakon pun memang tidak mengecewakan apabila babak-babak sedih banyak diselamatkan oleh orang lama Fauziah Nawi. Dengan pengenalan artis baru Akim dan Farah Nazirah sedikit sebanyak membuang rasa bosan kepada pelakon yang sama sahaja di panggung wayang. Lakonan Farah Nazirah boleh diperbaiki lagi, sebab nampak beliau seperti ‘kaku’ sedikit dalam beberapa babak. Dikatakan filem ini juga adalah filem pertama dan terakhirnya kerana bapanya minta beliau fokus kepada pelajaran.
Hoore! Hoore! : Sebuah filem muzikal sudirman
Menyentuh kepada sebuah filem muzikal, mestilah jalan cerita perlu banyak part-part menyanyi dan menari seperti filem ala-ala hindustan atau Glee. Cumanya, kami rasakan seperti ada sesuatu yang kurang dalam jalan cerita. Susah ingin katakan tapi jalan ceritanya seperti kurang mantap sedikit. Beberapa watak yang dilihat kurang berkesan seperti watak cikgu Murshid, bapa kepada Johari (lakonan Akim) yang digambarkan cikgu yang tegas dalam mendidik anaknya, watak  rakan Nurul Aiman iaitu Lana dan Azadan yang kurang berkembang sebagai rakan baik Nurul Aiman.
Idea untuk filem ni dah ada, dan agak klise untuk kami dapat tangkap di awal filem tu mesti jadi sekian-sekian ni. Cerita berkenaan seorang budak perempuan berbadan gempal yang mempunyai impian untuk menjadi glamer. Mungkin penulis skrip dan pengarah filem boleh buatkan sedikit kelainan atau jalan cerita yang mencabar sedikit minda kami penonton ini. Ke memang produksi nak buat cerita yang ringan-ringan je nih? Babak selepas nenek Nurul Aiman meninggal dunia boleh dipanjangkan lagi untuk dapatkan feel Nurul Aiman dapat balik confident untuk ke program Ratu Idola tu.
Part nyanyi-nyanyi muzikal memang layan jugak la, sebab penulis pun suka juga dengar lagu-lagu sudirman. Tambah pula pelakon-pelakon dalam filem ni yang nyanyikan sendiri dan sedap pulak suara Harun Salim Bachik mendendangkan lagu berentak perlahan bersama Adibah Noor. Perghh, terikut-ikut jugak la nyanyi bersama dalam panggung wayang yang kurang orang. Salam Terakhir anyone?
Hoore! Hoore! : Sebuah filem muzikal sudirman

Apa yang tak best? Sambutan kot. Filem ni boleh dikategorikan filem yang boleh ditonton apabila muzikal riang ria menyanyikan lagu sudirman dari awal hingga ke akhir, namun rasanya kekurangan promosi untuk filem ni atau pun orang ramai dah bosan untuk menonton filem melayu yang agak biasa2 dari segi poster atau trailernya. Kami rasa tak perlu salahkan filem antarabangsa lain yang keluar sekali dengan filem ni (contohnya Men In Black 3), sebab panggung wayang yang kami pergi memang tayang kat hall besar dan kurang orang. Jika begitu, untuk menyemarakkan sambutan sudirman, bagus lagi produksi buat filem cerekarama muzikal dan tayangkan kat media seperti tv3 untuk dapat lebih ramai viewers dan sambutan. At least, meriah sedikit orang perkatakan tentang Sudirman. =)

Hoore! Hoore! : Sebuah filem muzikal sudirman
Kepada Sudirman, lagu mu tetap menjadi siulan kami anak muda.
Lebih-lebih bila musim balik kampung.. Oh oh oh balik kampung!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute