Monday, 18 March 2013

Doa pelindung: Elak dirogol, dan elak anak perempuan dirogol (atau dizalimi)



Sekarang nih, dunia seolah-olah sudah kembali ke zaman Jahiliyah; wanita dan anak2 perempuan sering menjadi mangsa kezaliman. Berikut saya kongsi salah satu doa yang perlu diamalkan oleh setiap wanita, dan seorang ibu agar dapat elak dari menjadi mangsa rogol/cabul/sebarang bentuk kezaliman seksual. Juga doa yang boleh diamalkan untuk melindungi anak perempuan kita dari segala bentuk kezaliman yang serupa.



Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu datang dari kelemahan manusia itu sendiri. Semoga dgn ikhtiar (doa), kita akan terlindung dari bencana sebegini. Wallahu'alam.







Doa elak DIRI dirogol/dicabul/dizalimi


Maksudnya:

“Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”





Doa elak ANAK PEREMPUAN dirogol/dicabul/dizalimi



Maksudnya:

“Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”
 
 
**************
 
"Ya Allah, kumohon padamu...lindungilah puteri-puteriku Huda, Husna dan Humaira dari segala kekejaman, peliharalah mereka dari menjadi mangsa pada kerakusan manusia yang durjana..dan jadikanlah mereka anak yang solehah, yang patuh padaMu..yang taat pada kedua ibubapanya..
Aaamiiin!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute