Thursday 30 August 2012

Kasihnya Sang Suami..

Salam..Melayari ruang internet..aku terberhenti seketika bila terjumpa satu blog yg benar2 menyentuh hati wanitaku..masihkah ada insan yg bernama suami seperti ini??..hati kecilku terdetik..dalam byk2 pengalaman kawan2ku..ada yg suami giler nak kawen lain..biar pun si isteri telah berkorban jiwa dan raga demi keluarga..suami tetap buat onar..tak cukup ngan 1 isteri..tak sedar diri tak berkemampuan..masih juga nak "MAKAN LUAR"..dalam masa yg sama si isteri menanggung derita..sakit ati..dan berendam air mata..

 Berbalik pada blog tersebut..seorang suami yg sanggup berhenti kerja semata - mata ingin menjaga isteri yg terlantar sakit..sangat berat dugaan sang suami ini..isterinya terlantar sakit akibat "brain damage". dia diserang asma dan mengakibatkan kerosakan otak..ikuti warkah suami yg setia ini di blog beliau http://abil4fauziah.blogspot.com ..Jom 'like' facebook mereka yang ditubuhkan atas nama:Dana Sinar Fauziah.
 
Masih ada lagi suami yg setia pada isteri yg sanggup susah senang bersama ..Ya Allah semoga kau tabahkan hatinya..sembuhkan lah isterinya..agar mereka dapat hidup dan merasai nikmat dunia bersama hingga ke akhir hayat...Amin!

tersentuh hatiku melihat kesetiaan suami Kak Gee ni..

Rutin Harian beliau..

kasih seorang suami.
Gambar Perkahwinan mereka tahun 2008

bagi aku..aku bersyukur kerna dikurniakan suami yg penyayang dan banyak membantu tugas harianku sebagai isteri, ibu dan anak... Semoga ikatan suami isteri yg kita bina hingga ke hujung nyawa.. sayang awak Mohd Hairulhafiz!!! 

~LAA

Saat Kelahiran..

Salam...
Hari ni aku memulakan hariku dengan kelemauan yg melampau..terasa sangat2 tk bermaya dan mengantuk..petang semalam dapat berita yg sahabat karib aku dah ditahan wad..minggu raya hari tu dapat tau yg kandungan dia songsang..kemungkinan besar dia bakal dibedah..tapi alhamdulillah..baby tu dah berpusing dan plasenta pun da bergerak...dan doktor pun decide nak induce dia secepatnya...takut kalau lambat ada risiko lak nanti..so malam tadi dia belom lagi diinduce dek kerana katil kat spital tu penuh..harap2 pagi ni semuanya berjalan dengan lancar..semoga dia dan baby dia selamat..Amin!
                                

Cerita Pasal Induce ni..sape yg pernah merasa kesakitan dia je la yg tahu betapa peritnya nak melahirkan anak dengan cara induce..pengalaman aku melahirkan anak pertama dulu, dengan cara induce amat2 lah menggerunkan..huhu..sakitnya..hanya Allah yg tahu..ibarat biler sakit tu...mata terpejam dan bila buka mata terasa aku dah mati...dalam hati terdetik..beginikah sakitnya mati...4 jam bertarung dengan kesakitan..tapi degil jugak tak nak epidural..amik injection pentidine je...ble sakit hilang mata tk tertahan nak pejam..ngantuk     yang teramat sangat..ble rese sakit bersalin datang...terbeliak biji mata...aduhai...sang suami pun mundar mandir..serba tak kena je langkah dia...berzikir tak henti2...itulah pengorbanan seorang ibu..Mak aku kata, masa nak melahirkan aku dulu..terasa sakit seolah2 nak naik pokok kelapa je..haha..almaklumlah masa tu usia mak aku baru 17 tahun..dah la aku lahir tak cukup bulan..pastu kembar darah lak tu...azab mak aku masa tu.. Tinggal lebih kurang sebulan setengah lagi..aku akan merasai kembali sakit bersalin..semoga dipermudahkan..Amin!

Pengorbanan seorang ibu..dari mengandung, melahirkan dan membesarkan..




Proses "Induce" adalah proses mempercepatkan penguncupan rahim untuk kelahiran..








10 Fakta Kelahiran yg perlu anda tahu

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Wednesday 29 August 2012

Merdeka Promotion Breast Pump at Kasihku Sayangku


Promotion Hari Merdeka!!!! .Breast Pump ni murah giler harganya..rasa2 nak beli yg ni la..siap dengan free gift yg sangat banyak..sape2 yg berminat leh ler lawat website ni KasihkuSayangku ..

31 Minggu sudaaa....

Salam..
Kembali menaip setelah lama bercuti raya..alahai malasnye nak kembali ke pejabat kan??...kalau la boleh sambung cuti lagi..alangkah indahnya hidup ni..lagi2 dah masuk minggu yg ke 31 ni..lagi le lemau rasa badan ni..rasa nak baring je..letih..nak masak pun tak larat..kalau ikutkan ati nak je apply cuti tak bergaji..tapi memandangkan tk mampu nak bayar hutang kalau takde gaji..alamat diam je la...teruskan bekerja dengan kelemauan yg ada..hahah
Minggu yg ke 31 ni, kaki aku dah start membengkak..kasut biasa yg saiznye agak comel ni tk dapat aku nak sarungkan lagi..kalau pakai pun depan je la..blakang tu terpaksalah dilipat dan dipijak..nak beli kasut baru...cam alang2 je..lagi sebulan lebih kuar la si kecik ni..jadi..sarung je ler ape yg ada..

Si kecik dalam perut ni pun semakin aktif..ble malam lagi la menjadi..sampai senak2 perut ibu dia..nak kata lelaki..ble scan dah terang2 perempuan..alahai..dalam perut lagi ko dah lasak nak...ape lagi ble dah kuar nanti...makin menjadi ler ble dah join kakak2 yg tersangat ler gedik saat ni..kedua-dua kakak awak makin gedik dan cengeng...huhu...sabar je la...

Kakiku semakin membesar seperti kaki gajah..ahahah..Mak aku kata kalau kaki da start bengkak ni petanda tk lama lagi dah nak bersalin..surut bengkak tu nanti bersalin la..katanya...rasa cam tak sabar dan berdebar pulak ble pk tang bersalin ni..beg pun tk packing lagi..breast pump tk beli lg, confiment set tk beli jugak..malah tak pilih pun bidan mana yg nak mengurut masa dalam pantang nanti...huhu..banyaknye kos2 yg nak disediakan..harap2 baby keluar time gaji dah keluar ler..kalau tengah bulan alamat sakit ler.. kat bawah ada sket tips2 tuk elakkan kaki bengkak...aku dah buat pun tk hilang..maknenya kena bersalin dulu ler baru surut...ekekekek..

gambar hiasan


Tips menangani bengkak kaki semasa hamil


Tips berikut boleh membantu mengurangkan masalah bengkak di kaki sewaktu mengandung :

1. Elakkan dari berdiri terlalu lama

2. Letakkan kaki di posisi yang lebih tinggi. Bagi mereka yang bekerja dipejabat, seeloknya anda letakkan satu bangku kecil atau kalau anda jumpa buku yellow pages lama yang tebal-tebal tu, susun bawah meja untuk dijadikan pengalas kaki… he..he..he…

3. Sewaktu tidur pula, alaskan kaki dengan bantal agar kedudukannya lebih tinggi dari badan anda. -- cara ni juga boleh kurangkan/elakkan kekejangan kaki

4. Rehatkan diri seketika. Jika anda dah lama duduk, seeloknya bangun dan jalan-jalan sekejap untuk membantu darah mengalir dengan baik ke bahagian kaki. Orang yang tak pregnant pun boleh kebas kaki kalau duduk lama-lama. Apatah lagi kalau yang sedang hamil, lagilah senang nak kena serangan kejang kaki

5. Minum banyak air. Ya… jangan terkejut. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki

6. Elakkan dari memakai stokin yang getahnya mencengkam dengan kuat.

7. Wanita hamil digalakkan untuk mengiring kesebelah kiri sewaktu tidur untuk menggalakkan pengaliran darah yang lebih lancar

8. Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food

Sumber: google

Friday 17 August 2012

Selamat Hari Raya AidilFitri & Maaf Zahir Batin


Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Sekiranya aku pernah menyakiti hati kalian samada secara sengaja ataupun tidak, beribu kemaafan aku pohon..sesungguhnya aku insan yg tak sempurna dan mudah melakukan kesalahan.. Andai ada termakan, terhutang dan segala yang ter..ter... harap halalkan lah..atau tuntutlah padaku..mana tau aku sengaja buat2 lupa atau mmg terlupa..ekekekek...


kepada yg nak balik ke kampung, silalah memandu dengan berhemah..jangan diikutkan rasa hati..kerana yg tersayang menanti untuk menyambut raya bersama anda semua...Semoga Hari Raya kali ni menjadi yang terindah buat kalian semua..! Amin Ya Robbal 'Alamin!

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin!
Mohd Hairulhafiz 
Liza
Huda 
Husna


Saturday 11 August 2012

Unique Giveway by lulu Caldina

Salam..

Aku jalan2 rumah member aku ..ternampak dia join giveway kat page ni Lulu Caldina . terasa nak join jugak la.. ni ler 1st giveway yang aku join..hehe..pada sesape yg nak join leh ler click SINI tuk tahu syarat penyertaan..






Buat Cik Lulu, Ini ler gambar saya yg tak seberapa tu..harap2 dengan percubaan pertama ni boleh ler menang.. ekekeek...

~LAA

Thursday 9 August 2012

Insya-Allah Our New Angel will be born this coming October

Salam..
Last week aku g buat 3D/4D scan.. wat booking through Kasihku Sayangku ..then terus dapat appointment date the next day..kalau gi terus ke klinik tu ..harga dorang charge lagi mahal.. kalau book under website kasihku sayangku, charge dia RM100 aje.
Service dari sonographer dia sangat2 memuaskan..lemah lembut..dan penyabar orgnye...maklumla..baby dalam perut ni agak notty sket..sbb dia tak nak tunjukkan muka dia..kedua2 tapak kaki dia kat dahi..segalanya nampak ble kt buat 3D/4D ni ek..SubhanAllah! Kuasa Allah tiada tandingan...aku dapat tgk camne keadaan baby dalam rahim..yg masa tu tgh ngantok aka lalok..sbb aku kan tak sihat..batuk tak henti2..nak tak nak kena gak telan ubat doktor..so masa amik video tu ..nampak ler dia ngelak2 dari tunjuk muka dia..gosok2 mata dia..menguap beberapa kali..hehe..tak lari muka anak ibu ni dengan kakak2 dia..
Ok la..aku dah nak kena wat payroll ni..almaklumlah raya tinggal seminggu..nak cuti, kena la siapkan keje awal..tapi gaji tak dapat lak awal..hampeh!
Korang enjoy je la tgk gambar2 & video kat bawah ni...Tata

~LAA


2D

Nampak tu..dua tapak kaki kat dahi..dia tunjuk jantina je..hehe

Agak2 boy ke girl..? Cer teka

Saiz Kepala

Degupan Jantung

Saiz Pinggang/ Perut

Tulang Betis

Tapak Kaki

Tulang Belakang

Baby..kasi la turun kaki tu..nak tgk muka ni...

Turunkan kaki tu...

ishk..susah sangat nak kasi turun kaki..mesti kuat menendang ni..



Ni la rupa saya..macam sape ek? 

Gosok2 mata..Ngantuk la ibu..









Wednesday 1 August 2012

Batuk oh batuk..


Salam..
Bangun pagi hari ni badan terasa lesu sangat..rasa cam tak nak bangun g keje je..huhu..malas bercampur ngan tak larat..semenjak dari awal kandungan lagi aku tak henti2 batuk..sihat kejap..pastu tak lama..batuk balik..dalam bulan2 pose ni lagi teruk..sbb tak dapat minum banyak air..tekak gatal semacam..kat opis terpaksa la pakai mask..kalau tak..ade lak org lain yg terjangkit nanti..Macam2 aku dah cuba..dari tradisional ke moden..nak makan ubat banyak2 takut ada kesan kat baby lak nanti..sabar je la..
Biler kandungan dah masuk 26 minggu ni..lagi teruk batuk aku..malam tak leh tdo..baby pun ikut stress..mane tak nye..batuk tk benti2..setiap kali batuk siap terkencing lagi..
"Bayangankan perut yang besar.. dengan rasa regangan bawah perut ..kebas dan sakit belakang. Ditambah dgn batuk rasa bergegar satu badan ..perit dan menyakitkan. Penat usah di katakan lagi... dan paling tidak selesa bila setiap kali batuk diiringi dgn keluarnya sejumlah air kencing . Ini kerana bayi yang telah membesar bertindak menekan bahagian tersebut dan bila ibu ibu batuk, tekanan bertambah kuat. Sedangkan pundi kencing bertambah lemah untuk mengekang air dari keluar. Batuk mendatangkan masalah yg besar bagi ibu ibu. Tidak selesa menyakitkan dan meletihkan". - sumber: mr.google
Syukur Alhamdulillah..kandungan aku masih kuat..takde tanda2 darah atau mukus yg keluar..cuma kurang selesa..badan cepat letih, dan yg paling menyakitkan..tengah2 malam perut kejang..biasa mengandung yg lepas kaki kejang..kali ni perut mengejang..lagi sakit dari kaki kejang..nak gerak tak boleh, nak ngereng pun serba salah..meleleh gak la air mata ni setiap kali kejang perut..
Mengandung kali ni aku rasa lebih hebat dugaannya dari sebelum2 ni..sape kata kalau dah banyak kali mengandung dan beranak lebih mudah..lain anak lain dugaannya..terutama bila umur dah 3 series ni..lagi la mencabar..AKU TAK SEGAGAH DAHULU!!! huhu..dah tua dah mak ni... tapi ape yg penting..baby dalam rahim aku ni sihat..itu yg paling penting..cuma kesian kat dia..kena berpuasa dan bersabar dengan gegaran2 akibat batuk yg berpanjangan..huhu..mesti nak rehat pun tak leh yer baby..sabar ye sayang..lagi 3 bulan je lagi..nanti Insya-Allah biler baby dah keluar, ibu akan jaga baby dengan sebaik2nya..Amin!

~LAA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute