Thursday 12 July 2012

Ibu, Mama. Ummi, Mak, Mummy, Ummu..kaulah ratu hatiku..


"Ibu, ibu engkaulah ratu hatiku...bilaku berduka..engkau hiburkan selalu...ibu..ibu...engkaulah ratu hatiku..."
Agak2nya bila kali terakhir kt menyanyi dan betul2 hayati lagu kat atas ni? masa zaman kanak2 ? betul tak? biler dah meningkat remaja, kt dah kurang rapat ngan ibu..biler ibu tegur kt dah terasa dikongkong..rasa menyampah..rasa macam ibu tk paham ape yg kt nak..biler dah keje lak.kt kol ibu sekali sekala..bler rasa nak kol kt kol..biler bz kt kurang nak kol...hmm..itulah hakikat sebenarnya..

Semalam aku terima sms dari besfren aku..mak dia dah masuk bilik bedah..pembedahan untuk membuang ketumbuhan pada payu dara ibu dia mengambil masa lebih dari 9 jam. Lame? mmg lame..sbb kes ketumbuhan payu dara ibu kawan aku ni jarang2 ada kat malaysia. sepanjang HKL bukak ibu kawan aku nye kes ni adalah kes yg ke4 dan kes yg terbesar dorang handle. so nak tak nak ibu dia kena gak buang payu dara dia demi menyelamatkan nyawa. Ada 3 team doktor yg terlibat, pakar bedah, pakar bius dan pakar plastik surgeri. Major operation ni berisiko sbb Mummy (pggilan mesra) ada asma, takut ada komplikasi masa pembedahan tersebut.
Lepas 9 jam - member aku ni tertaya2 status pembedahan tu samada berjaya atau tidak..tapi gagal mendapat jawapan dari pihak hospital.
Jam seterusnya - masih tiada jawapan dan nurse yg bertugas kata, doktor yg buat pembedahan pun tak kuar lagi dari OT.
7pm ++ -  member aku akhirnya diberi masuk ke OT untuk berjumpa mummy yg kelihatan sangat lesu dan berbeza ,bengkak2 muka seolah2 baru lepas xcident..mungkin disebabkan terlalu lama pembedahan tu dijalankan.. Pembedahan tu berjaya cuma keadaan mummy masih lom stabil..masih dalam pemerhatian doktor..dalam nada teresak2 member aku bercerita betapa sedih dia melihat keadaan org yg melahirkan dia dalam keadaan kesakitan, wayar dan tiub sana sini..tak dapat aku bayangkan kalau situasi tu terjadi kat aku..adakah aku setabah kau wahai sahabatku..
Sebagai anak tunggal, member aku ni lah yg menjaga dan merawat mummy seorang diri sebelum dia menjalani pembedahan. aku tau jerih perih member aku ni..mmg aku tabik spring dengan dia yg sememangnya tabah, sabar menguruskan mak, nenek, arwah atuk, suami serta anak2 dia seorang diri. Semoga syurga untukmu Sahabatku.
Syukur , Alhamdulillah..tadi aku dikhabarkan mummy dah stabil, wayar dan tiub dah dibuka..dan yg mencuit hati, dia dah nak start membebel balik kat kawan aku..hahaha..Kadang2 lebih baik lah dia membebelkan..dari dia terus pergi meninggalkan kt selamanya..Semoga Mummy cepat sembuh dan pada sahabatku, walaupun kau bukan yg terbaik, tapi teruslah berusaha untuk memberikan yg terbaik..Aku sayang kau sangat2!!!
Mama & Papa, walau tk pernah kuucapkan betapa aku mencintai kalian..sesungguhnya jasamu tak terbalas..semoga Allah memberikan seluruh kebahagiaan dunia dan akhirat kepada kalian..Amin!


Ibu & Ayah mertuaku, semoga lekas sembuh dan diberkati oleh Allah sentiasa..Amin!

~LAA

Jualan Gudang Baby Outlet

Baru je balik dari pegi jualan gudang baby outlet kat Sunway..blakang opis aku je..takde ramai org dan agak mengecewakan. takde la banyak sangat barang yg dia jual dan harganya pun tk ler jualan gudang sangat..huhu..HAMPA mak yong ni ha..beli just small item macam nappy liner RM5 per 50pcs, wet bag RM10, mitten & bootees RM3 dan napkin fastener je RM3. baju2 baby banyak tapi harga dia tkde la murah sangat cam gi jualan FOS kat Glenmarie hari tu.Sehelai baju baby yg lobang2 tu RM5 (baju sahaja) seluar pun RM5. bagi aku tk worth pun..harga botol susu yg ada besar 2 botol kecik 1 botol RM8..hmm..murah sket je dari biasa..so pendek kata tkde la nak memborong sangat..
 Smalam gi NOSE warehouse sale..dapat la jugak rembat 2 pasang kasut. sepasang RM10 je..ok la jugak sbb masa tengah memboyot ni tk dapat ler nak memakai kasut tumit tinggi..so tak yah nak bazir beli kasut banyak2..ehehe..tunggu end year nye warehouse sale lak..dah abis pantang leh ler melaram balik..hahahha..janji duit ade boleh ler bershopping sakan.....

~LAA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute