Wednesday, 10 April 2013

SET B SET BUDGET ANDA

 

Set Penyusuan yang terbaik adalah set 3M. Tapi bagi ibu-ibu yang mempunyai budget yang agak "ketat" Set B adalah set yang sesuai buat anda.Set ini juga mampu meningkatkan penghasilan susu badan anda.

Apa yang ada dalam set ini:-

1. Alfalfa
2. Bcomplex
3.Vitalea (multivitamin)
4. Vitamin C

Dalam set ini Alfalfa betindak sebagai milk booster. Manakala yang lain bertindak memberi tenagan dan kesihatan lain untuk ibu. Bila badan ibu sihat, badan akan bersedia menghasilkan susu pada kuantiti dan kualiti yang maksimum.

Jom Tengok Testimoni untuk set B :-








Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang diberi oleh Allah, ibu-ibu perlu bersedia dan memastikan anak anda mendapat yang terbaik.

Penghasilan susu ibu juga bergantung asal usaha dan kecekalan ibu itu sendiri. Gaya Hidup, pemakanan dan emosi adalah faktor mempengaruhinya. Disini Supplement memainkan peranan yang penting. Dengan Minum Air 3-4liter sehari dan pam 2-3jam sekali dapat memastikan susu anda meriah.

Untuk Mencuba Set ini bole menghubungi saya :-
Call/sms : 0193813225
Klik LIKE FANPAGE https://www.facebook.com/pages/Tips-Penyusuan-Susu-Ibu  untuk mendapat diskaun hebat dan konsultasi percuma. Klik Sekarang!!!

BAHAYA Biarkan Bayi menangis

 
Bagi yang pertama kali bergelar ibu pastinya pelbagai perkara mengenai perihal bayi mesti diketahui termasuk perihal tangisan bayi. Tahukah anda setiap tangisan bayi mempunyai pengertian yang berbeza.
 
Respons Vs Cry it out
Tahukah anda secara amnya, terdapat dua pendekatan popular yang di guna pakai di dunia apabila berhadapan dengan tangisan bayi?
 
Kumpulan Pertama:
Ibubapa yang akan memberi respons segera setiap kali bayi menangis.
 
Kumpulan Kedua:
Ibubapa yang percaya dan mengamalkan kaedah cry it out (CIO) , (juga dikenali sebagai controlled crying). Pengamal CIO membiarkan bayi menangis atau mengabaikan tangisan bayi dalam tempoh waktu tertentu sebelum memikirkan untuk memberi respons terhadap tangisan tersebut. Pengamal CIO percaya kaedah ini dapat mendidik anak supaya tidak memanipulasi tangisan sebagai alat untuk menarik perhatian, berdikari untuk menenangkan diri sendiri serta belajar untuk menangis ketika perlu atau pada waktu yang sesuai sahaja.
 
Adakah tangisan itu suatu perkara yang negatif?
Umum mengetahui bahawa tangisan adalah satu-satunya cara bayi berkomunikasi. Bayi tidak berfikir untuk menangis atau sebelum menangis. Menangis adalah tindakan refleks.
Tiga sebab utama bayi menangis.
 
Pertama:
Untuk menyatakan keperluannya seperti lapar, mengantuk atau ingin sendawa. Setiap keperluan asas ini diwakili oleh tindakan refleks yang berbeza yang berlaku secara semula jadi di dalam badan bayi. Apabila bunyi ditambah kepada tindakan refleks yang sedang mengambil tempat di dalam badan bayi, maka bunyi yang unik dan tersendiri akan dihasilkan. Ia serupa dengan fenomena sedu, sendawa, menguap, bersin atau batuk yang dialami oleh orang dewasa. Bukankan semua fenomena itu berlaku secara spontan dan datang dengan bunyi yang tersendiri?. Perbezaannya hanyalah bayi tidak pandai mengungkapkan keperluannya dan untuk itu, bayi menangis bila keperluan yang cuba disampaikannya tidak fahami atau gagal diberikan.
 
Kedua:
Bayi menangis untuk memberitahu ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Ia seperti bayi merasa sakit atau kerana tidak sihat.
 
Ketiga:
Kadang kala bayi menangis hanya kerana ingin dipegang, di dukung, di belai atau diberi perhatian. Ia mungkin bukan satu keperluan harian orang dewasa tetapi ia adalah keperluan harian penting bagi bayi. Tanyalah kepada mana-mana pakar dan mereka akan memberitahu maha pentingnya belaian dan sentuhan terhadap perkembangan emosi, sahsiah dan intelektual bayi.
Atas semua sebab yang telah dinyatakan, perlu diketahui bahawa memberi respons kepada bayi yang menangis dengan apa cara sekalipun tidak akan sekali-kali merosakkan bayi atau menjadikannya seorang yang mengada-ngada. Bayi kecil tidak tahu perkara asas seperti beza siang dan malam. Jadi belailah bayi anda apabila dia menangis.
 
Tangisan berlebihan boleh memudaratkan bayi
Sama ada anda pengamal CIO atau sebenarnya tidak pernah tahu akan kewujudan istilah tersebut, satu fakta penting yang harus diketahui oleh semua orang ialah tangisan berlebihan boleh memudaratkan bayi.
Sains memberitahu kita bahawa bayi akan merasa panik dan resah bila dibiarkan menangis tanpa diberi perhatian. Lebih daripada itu, ia amat memudaratkan bayi serta memberi impak negatif terhadap otak bayi.
 
Fakta di bawah adalah penerangan sains terhadap perkara ini:
 
1.Ketidakstabilan hormon dan bahan kimia di dalam otak
-Kajian mendapati, bayi yang sering dibiarkan bersendirian dalam suasana yang tertekan mempunyai tahap lambakan hormon Kortisol (stress related hormone) yang abnormal. Dr. Allan Schore dari UCLA School of Medicine menjelaskan lambakan hormon ini memusnahkan hubungan antara saraf di bahagian penting otak bayi yang sedang berkembang.
-Kajian lanjutan berkaitan impak negatif tangisan terhadap otak menunjukkan bayi mengalami potensi peningkatan 10X ganda menjadi kanak-kanak ADHD (Attention Deficit and Hyper Activity Disorder). Iaitu kurang tumpuan pembelajaran di sekolah dan kemahiran sosial yang lemah.
 
2.Kemunduran perkembangan intelektual, emosi dan kemahiran sosial
-Pasukan Dr Rao dari National Institutes of Health USA membuktikan, bayi yang mengalami episod tangisan yang berpanjangan ( tetapi bukan di sebabkan kolik) pada tiga bulan pertama hidupnya mempunyai tahap IQ rendah iaitu purata 9 mata kurang menjelang usia lima tahun berbanding kanak-kanak lain. Kanak-kanak ini juga menunjukkan kelembapan perkembangan fungsi motor badan.
 
-Para pengkaji di Universiti Pennsylvania dan Arizona pula mendapati, bayi yang menangis secara berlebihan di awal usianya mempamerkan kesukaran mengawal emosi seawal usia 10 bulan dan menjadi sangat cerewet walaupun ketika cuba ditenangkan.
 
Jadi kawan-kawan janganlah kita biarkan anak kita menangis lama-lama ye. cubalah belajar memahami apa yang dia inginkan. paling tidak usaha untuk hentikan tangisan bayi anda. alih perhatian dia dengan banyakkan bermain dan bergurau senda. Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Peliharalah ia sebaik mungkin. moga-moga mereka menjadi khalifah yang berguna suatu hari nanti.
 
~LAA



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute