Bismillah..Assalamualaikum..
Lately ni anak kecilku agak tak berapa lena tidur..ble dia tak lena, maka secara automatik la ibunya juga tak lena tdo..berdodoi..berzikir..bernyanyi..huhu..tapi tak jugak kurus2..ahahah..amik masa sket..almaklumlah dah 3 orang..eliment sume dah lari..balancing pun dah kemana..ahaks...mungkinkah dia lapar..susu ibu tak kenyang kah? tak mungkin kot?..owh ye..idung si Humaira agak berair akhir2 ni..mungkin juga faktor selsema menjadi penyebab..atau sbb ayahnya tdo zzzzzzz..ada background effect?!!!hahahaha.."Ayah!! awak kena slow sket volume zzZZ awak ye..hehe..anyway...jom kita kongsikan sama2 tip -tip macamana nak buat baby tdo dengan lena...sharing is caring kan... ^_^
|
40 TIP BAYI ANDA TIDUR LENA
1 . Selsema tidak mengira waktu dan usia,
malah bayi begitu mudah dijangkiti selsema. Sukar untuk dia tidur lena malam dan
meragam akibat kesukaran untuk bernafas. Cuba beri kelegaan dengan meletakan
balm pada bahagian yang tidak selesa.
2 . Ruam adalah salah satu masalah
kulit yang dihadapi oleh bayi yang biasanya terjadi di sekitar punggung bayi.
Kemerahan pada bahagian kulit memberi rasa pedih pada bayi. Longgarkan pemakaian
lampin pakai buang atau gunakan ubat anti ruam. Kerap juga tukar lampin pada
waktu malam. Bayi rasa selesa dan tidur lena.
3 . Kolik adalah masalah
kembung perut yang membuatkan bayi meragam dan tidak tidur lena. tidur secara
meniarao di samping sapu ubat khas di bahagian perut.
4 . Elakkan bilik
dalam keadaan panas dan terlalu sejuk. Pakaikan pakaian tidur yang nipis. Bayi
adakalanya terjaya waktu malam kerana kepanasan. Suhu bilik adalah terbaik untuk
bayi tidur lena.
5 . Suhu badan bayi melebihi 39 darjah celcius, bayi
demam dan mudah terjaga waktu malam. Berikan ubat demam dan sejukkan badannya
dengan membasahkan kain dan lap seluruh anggota badannya. Pakaikan baju nipis.
Jika suhu badan masih tinggi segara dapatkan rawatan doktor.
6 . Batuk
membuatkan bayi mudah terjaga. Pastikan bilik tidak terlalu sejuk dan beri ubat
batuk khas untuk bayi, ia membantu bayi tidur lena. Pastikan juga bilik bersih
dari habuk kotoran.
7 . Gusi bengkak, tanda gigi akan tumbuh. Rasa tidak
selesa, menyukarkan tidur bayi. Berikan teether tang telah disejukkan dalam peti
ais. Bayi akan rasa nyaman dan ketidakselesaan makin berkurang.
8 .
Jadikan waktu tidur rutin setiap hari. Bayi akan secara tidak langsung tahu akan
waktu tidurnya. Dia akan tidur dengan sendirinya apabila sampai
waktunya.
9 . Bilik gelap, suhu bilik dan senyap membantu bayi tidur
dengan cepat. Lakukan setiap kali bayi mahu tidur. Bayi yang mendapat tidur yang
cukup akan kelihatan segar dan aktif.
10. Posisi bayi tidur secara
telentang mengelakan risiko sindrom kematian mengejut. Cara ini membantu bayi
tidur lena.
11.Tidurkan bayi di tempat yang sama. Secara psikologinya
bayi akan tahu bahawa itu adalah tempat tidurnya.
12. Elakkan bermain di
tempat tidurnya. Katakan padanya disitu bukan tempat bermain. Sediakan satu
tempat untuk dia bermain.
13. Nyanyikan lagu atau muzik kegemarannya
dengan perlahan supaya dia dapat tidur dengan sendirinya. Jangan terlalu
mendesak.
14. Secara tradisional, tungku juga boleh digunakan untuk sakit
perut bayi yang boleh menganggu tidurnya. Tungku secara perlahan di sekitar
perut bayi. Gunakan tungu yang kecil.
15. Ketika tidurkan bayi, dekatkan
diri anda dengan bayi. Tepuk dan gosok belakangnya secara lembut.Bayi anda akan
rasa selamat. Lakukan gerakan yang sama sehingga bayi anda tidur.
16.
Mandikan bayi dengan air suam. Bayi akan berasa nyaman dan segar dengan haruman
wangian mandian. Siapkan bayi anda, seterusnya berikan makanan berkhasiat dan
susu sebelum tidur.
17. Lakukan urutan di seluruh badan bayi. Minyak
zaitun atau losyen boleh digunakan. Digalakan dilakukan selepas mandi dan
lakukan secara konsisten.
18. Jika bayi terjaga waktu malam, redakan
tangisannya. Segara lihat lampin perlu ditukar atau bayi berasa panas atau
sejuk. Jangan bercakap ataupun membuka lampu.
19. Bayi menangis dengan
tiba-tiba walaupun baru setengan jam tidur. Baring bersebelahan dan pastikan ia
tidur semula
20.Dukung sambil berjalan dan dodoikan akan menyelesaikan
masalah bayi menagis diwaktu malam.Tetapi jangan selalu lakukan demikian.Boleh
dilakukan apabila terdesak ataupun bayi demam.
21. Bau aromaterapi di
seluruh bilik membuatkan rasa nyaman dan perasaan tenang pada bayi.
22.
Gunakan selimut kapas yang tidak terlalu tebal untuk bayi. Selimut yang tebal
membuatkan bayi berpeluh dan terjaga pada waktu malam.
23. Jika anda kaki
tv pastikan bunyi tv dan muzik tidak menganggu tidur bayi. Bayi begitu sensitif
pada bunyi jika ia tidak dapat tidur.
24. Jika bayi pramatang pula, baju
yang berlengan panjang, seluar berkaki dan topi perlu dipakai ketika tidur. Bayi
ini sangat sensitif dengan persekitarannya yang sejuk dan mudah dijangkiti
penyakit.
25. Jika perlu, anda dan pasangan anda turut sama tidur
bersama-sama bayi. Bau badan ibu dan bapanya membuatkan bayi tahu keadaan
sekelilingnyaselamat dan usah bimbang.
26. Belajar tanda bayi mahu
tidur.Selalu tanda letih seperti menggosok mata, tarik telinga dan meragam. Jika
ada, segera bawa ke katil. Dia akan menjadi bartambah letih dan sukar tidur jika
gagal berbuat demikian.
27. Buat mood untuk bayi faham waktu tidur hampir
tiba denagn memandikannya, membaca buku, membuaikannya atau
mendodoikannya.
28. Penghawa dingin yang dipasang di dalam bilik tidur
dikatakan membantu bayi tidur dengan lena.
29. Bawa bayi anda ke katil
waktu dia sedar dan beri masa untuk dia tidur dengan sendirinya. Selalunya
antara enam sehingga lapan minggu usianya cara ini boleh digunakan.
30.
Alat permainan tergantung yang berpusing juga membantu bayi tidur dengan mudah.
Sesuai untuk bayi baru lahir.
31. Lalukan aktiviti permainan di atas
katil secara tetap sebelum tidur. Jangan terlalu lama. Kemudian ajak bayi
tidur.
32. Ubah posisi tidur bayi jika terjaga di tengah malam. Mungkin
bayi sukar menggerakkan badannya lalu menangis. Pastika ia memberi keselesaan
pada si manja.
33. Hiduk bayi yang tersumbat akibat selsema menggangu
pernafasannya. Bantal yang tinggi diperlukan supaya hidung dapat bernafas dengan
baik.
34. Tilam yang empuk yang diperbuat dari getah asli adalah pilihan
yang terbaik. Ia menggalakkan bayi tidur lena.
35. Bilik yang bersih
memberi kesan psikologi yang baik pada bayi.
36. Dakapan yang penuh
dengan kasih sayang perlu dilakukan dengan kerap akan membuatkan bayi berasa
dirinya dihargai.
37. Katil yang kuat dan selesa dan tilam khas digunakan
untuk membantu bayi tidur dengan lena.
38. Galakan aktiviti di sianga
hari separti barmain, bercakap atau menyaikan lagu. Ia membantu bayi tidur lebih
diwaktu malam.
39. Dekorasi bilik tidurnya yang menarik juga membantu
bayi suka akan tempat tidurnya.
40. Jika bayi menangis diwaktu malam dan
tidur kembali mungkin ia tidak selesa dengan posisi tidurnya. Tenangkan ia
sehingga ia tidur kembali.