Monday, 7 January 2013

Set D + ESP mmg MELETOP!!!

Apa yang ada dalam Set Kecantikan Shaklee???

Set kecantikan Shaklee, atau Set D terdiri daripada Vitamin C, B kompleks dan Vitamin E. Setiap satu supplement saling berfungsi dan membantu antara satu sama lain.



  • Vitamin C : penting untuk pengikatan kolagen
  • B Kompleks : B untuk "beauty", membantu menaikkan seri muka, membantu untuk saraf yang baik dan untuk mood yang ceria
  • Vitamin E : Sememangnya sangat bagus untuk kulit yang cantik, mengurangkan inflamasi, mengurangkan bengkak, menyembuhkan luka dan juga baik untuk sistem saraf.
Sekiranya anda makan secara konsisten dan minum air dengan banyak sekurang2nya 3 liter sehari, insyaAllah usaha anda akan membuahkan hasil. Air memang sangat perlu untuk penyerapan supplement, penyingkiran toksin, dan sangat penting untuk proses2 homeostasis di dalam badan.
Lihatlah testimoni2 dari pengguna yang telah mengamalkan pengambilan supplement Shaklee. Mereka berjaya memiliki kulit muka yang cantik tanpa kesan sampingan..Anda pula bagaimana? Jom Cuba!! dapatkan konsultasi percuma dari saya..hubungi saya di alisabalqis@yahoo.com /FB : Liza Ahmad

Hati seorang perempuan


Hati perempuan itu terlalu istimewa hinggakan kadang amat kita sukar meramal apa yang berada di dalamnya.. 

Kadang kita merasakan amat dekat hatinya pada kita tapi sebenarnya langsung kita tidak tahu apa yang bermain di dalam fikirannya..Hinggakan kadang kita tidak langsung menduga apa yang sedang difikirannya walau kadang berbicaranya seolah tiada akan rasa, namun sebernarnya amat jauh dari dunia sendiri..

Dan jangan jua biarkan wanita yang berada di sisi kamu bersedih dan menangis.. Dan jika masih dibiarkan jua, terhenti air matanya setelah letih seolah hatinya jua telah tawar dan pudar akan cinta..


Jangan di biarkan wanita yang berada di sisi kamu punyai rajuk yang panjang hingga tiada akan usaha untuk mengembirakan hatinya.. Kerana pasti akan ada seseorang yang cuba membuatnya senyum dan gembira..

Jangan biarkan wanita yang berada di sisi kamu merasakan sunyi dan terabai, kerana pasti akan ada bisikan mengodanya mencari keserasian..
Mereka tidak mendengar apa yang dikeluh.. Mereka tidak melihat dengan mata walau memandang.. Mereka hanya mahu tahu satu kisah.. Satu cerita asalnya duka.. Tidak langsung mereka mengerti akan rasa.. Kerana mereka tidak berada di atasnya.. Tidak akan ada rasa menilai kerana mereka hanya ada untuk sandaran seketika..
Kadang dia sering menyembunyikan satu rasa yang sakit pada seseorang sehinggakan menitis airmatanya namun kita tidak melihat.. Kerana menangis dia dalam diam.. Menanggis dia dalam hatinya.. Deritanya sukar kita pahami kerana dia pandai memainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihannya di sebalik senyuman yang terukir..


Dan kadang bila kita mampu melihat air matanya yang mengalir.. Sungguh di kala itu amat perit derita yang di tanggungnya.. Dan seolah telah hilang satu kekuatan diri kerana selalu menahan dari mengalirnya air mata itu.. 

Dan jika kita terus biarkan dia dalan kesedihan, mungkin dia melakukan perkara di luar kawal.. Bimbinglah dia.. Tenangkanlah hatinya..

Di saat menitisnya air matanya itu, jika kamu berpesan padanya dan berjanji takkan melukai lagi perasaannya.. Dia akan menerima kata katamu itu sebagai pemangkin semangatnya yang membara.. Dan jika kamu berpesan jangan menangis lagi dan akan menjaganya.. Lantas dia akan mengenggam erat tanganmu.. Di dalam hatinya dia berazam tidak akan melepaskan hingga akhir hayatnya..

Dan kadang dia jarang menyatakan kata rindu, janganlah kamu berangkapan tiada langsung perasaan rindu itu pada kamu.. Sengaja dia memberi ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu kerana hatinya amat berbunga bunga jika seorang yang dia cintai memberitahu sedang rindukanya.. 


Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.. Kadang dia tidak dapat melakukan kerja kerana amat merindui kamu..

Dan amat menyakitkan bila kita terpaksa berpura pura bahagia sedangkan pada realiti itu amat kita merasakan derita.. Hanya mampu melihat tanpa memandang kerana telah dibutakan dengan kecurangan.. Kita pujuk akan hati, cerita ini hanya sementara hingga sampai satu masa setiap lakonan itu akan berakhir jua..

sumber : SINI

Sy dah 3 bulan

 Salam...
# 3 bulan lepas,pada minggu 36, bertarikh 6/10/2012 saya dilahirkan dengan berat 2.2kg pada jam 1:53pagi
#saya dilahirkan secara normal dengan sekali teran je
#saya agak biru masa dilahirkan sbb tali pusat saya membelit leher..
#ibu saya agak risau, tapi syukur saya tak ape2..



#saya diberikan oksigen untuk mengurangkan biru pada kulit saya

# saya diberikan susu ibu selepas saya dilahirkan dan sehingga sekarang saya masih mendapat khasiat susu ibu saya...alhamdulillah

# 2 bulan usia saya berat dah bertambah ke 5kg.. saya semakin sihat dan gembira..tapi saya masih belum pandai tersenyum..puas ibu saya mengagah agar saya memberi tindak balas tapi saya masih belum pandai..
# hobi saya masih lagi menyusu dan tidur....



#skarang saya dah 3 bulan, berat saya dah 6kg..semalam saya kena cucuk lagi..tapi saya nangis sekejap aje..saya anak yang baik sebab tak suka susahkan ibu saya...
# kini saya dah pandai senyum dan berborak dengan ibu saya..saya tahu ibu tak paham apa saya kata..tapi saya tahu ibu gembira berborak dengan saya..
#hobi saya masih lagi tido..

#ok lah sampai sini dulu saya update pasal diri saya..nanti saya update lagi bulan depan... =)

~Humaira


Gold Coast,Morib Kami Datang!!!!




Salam..
Last minute arrangement..kami pi berweekend kat Gold Coast, Morib. bergerak dari rumah hari Sabtu kol 1 lebey..sampai kat sana kol 3 lebey disebabkan sesat maka terlambat la sket sampai sana..hahaha..org rumahku pulak demam..ape lagi asik membebel je la dia dalam keta..layankan je la dj radio tu...dah penat, dia sendiri berhenti membebel..khaaaaaaa.....

Malamnya kami pi makan2 kat pantai morib..kat situ ramai org makan sea food la..ikan bakar..yg tak bestnya org demam tu takde selera nak makan..tak sempat nak lepak lama dah balik hotel dan tdo..zzzzzzzZZZzzzz.. Nampak cam boring je kan..mmg pun..budak2 yang hepi..sbb dorang mandi manda kat pool..manakala ibu dan Humaira hanya mandi kat jakuzi bilik je..Ayahnye..??? layankan demam atas katil..takpe la purpose tuk pegi pun sbb nak bawak Huda dan Husna cuti..ye la masa cuti skola hari tu tak kemana..ibu masih dalam pantang lagi kan..sian anak2 ibu..sib baik ada pakcik dan makcik leh bawak mandi manda..kalau tak lagi la boring duk bilik je..takpe2 nanti kt repeat lagi ek..tunggu Humaira besar sket,..Ibu Promise..!!

  ikan bakar
kakak Huda

seronoknya makan otak2

senyum... :)

Husna yang dah ngantuk..makan pun dah tak lalu

ibu , Huda & Humaira

Lagi...

tolong abaikan muka den yang berpeluh tu kay..



Mak lang ngan Huda

Mak lang ngan Humaira

Mak Ngah duk posing

kusyuk mengorder

Humaira pun nak makan gak

tangan sapa la duk amik sotong bakar tu...

 
orang demam minum ais..








Layankan je la gambar2 ni dulu..ade lagi gambar lom leh upload...nanti update kemudian..keje banyak ni..kang boss nampak lak...sambung nanti ek...
~LAA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute