Sunday 8 July 2012

Kenapa Lelaki skarang suka ngan bini org???


Kenapa lelaki bujang /laki org suka pada bini orang terutama perempuan yg berumur? panas tajuk ari ni ..hehe :lol:
Mari kita intai , apa orang lelaki berdua ini bergossip…hahahahaha
"Lelaki 1 said:
secara jujur, bagi saya perempuan berusia 30-35 tahun berada pada tahap kecantikan mereka yang tertinggi. pernah mengatakan pada seorang wanita yang berumur 33 tahun yang saya sudah jatuh cinta pada dia tapi cinta saya ditolak kerana perbezaan umur yang jauh; 8 tahun… :sad:
ps: saya memang suka wanita berumur berbanding wanita sebaya dan jauh lebih muda dari saya. lagi satu wanita mengandung adalah sangat cantik dan seksi. pelikkan saya? wahahahah
"Lelaki 2 said :
uiks… si polan tu pernah jatuh cinta ngan orang yang tua dari dia 8 tahuN!! waaa tak sangka.. tapi jodoh pertemuan di tangan tuhan kan… hehehe…
anyway, every girl or women is beautiful as long they believe in it… tak payah harap orang cakap kita lawa baru nak caya.. have more confident k…
Lelaki 1 said :
betul wei. aku lebih mudah jatuh hati pada perempuan yang lebih tua dari aku sebab mereka lebih matang dan tidak memeningkan. tu pasal kawan-kawan perempuan aku yang sama baya dengan aku sangat bengang dengan aku. diorg cakap aku ni gile :(
Lelaki 2 said :
hulamak… kak jie ni mesti cun gila kan?
owh! kenapa aku ni memuji wanita yang jauh lebih berumur dariku. bukankah taste aku wanita berumur. aduss… parah seh
Apa penyebab keadaan diatas boleh terjadi?

Bini orang / perempuan berumur ada daya tarikan yang lebih berbanding anak dara ke?
Maybe lelaki pandang bini orang/ perempuan berumur ni disebabkan golongan ini  ada banyak pengalaman tentang alam rumah tangga dan berpengalaman tentang melayan kehendak lelaki.  Lelaki zaman sekarang lebih suka kepada wanita yang serba tahu kerana mereka tidak suka untuk memikirkan sesuatu yang remeh dan temeh.
Mungkin juga golongan perempuan yg lebih berumur ini fikirannya lebih open minded , sudi mendengar dan pandai memberi nasihat atau kata² memujuk, lebih caring, understanding dan tak banyak karenah sangat berbanding anak dara. Kalau berborak,conversation tu lebih meluas topiknya dan sometimes lebih menghiburkan.
Namun berbalik kepada Agama kita, agama Islam yang telah memberi batas2 pergaulan antara lelaki dan perempuan. terutama bagi yg dah bersuami. Seorang isteri hendaklah menjaga maruah suami sewaktu berada di luar rumah..hendaklah berhias hanya untuk suami..Namun pada zaman sekarang ni kebanyakan isteri lebih ramai yg berkerjaya hebat dan lebih menjaga penampilan apabila berada di luar rumah berbanding ketika berada di rumah...betul tak? (ni diri sendiri pun terasa jugak)
Apalagi pada masa kini kita terdedah dengan aktiviti yg sentiasa di update di  laman2 sosial yg telah menjadi satu medium untuk berkenalan dan mencari teman atau pasangan hidup termasuklah si mata keranjang(suami orang/ isteri orang/ tunang orang dan sebagainya)..
 
Fakta mengatakan laman sosial tersebut punca banyak penceraian berlaku
 
Mudahkah mencari cinta hanya dengan mencari butang search, tengok gambar dan start mengayat...

Keadaan ini dialami oleh aku sendiri...baru mamat2 si mata keranjang tu tgk profile pic da terus msg..tanya nak jumpe, berkenalan bagai... Cuba jadi bijak sket..dah tgk gambar profile tu, survey2 sket info, dah kawen ke belom ke, tua ke muda ke. Ni main sebat je nak ngorat bini org...buatnye laki org tu yg online guna profile bini dia tak ke haru biru rumah tangga org tu... pendek kata kalau ada ape2 je masalah, segera lah kt kembali pada Islam, sesungguhnya dalam Islam tu ada segala jawapan dan penyelesaian...

Nak kongsi 1 kes: 
Laki org ni gilerkan bini org which is bini kepada org bawahan dia..so dia try macam2 cara tuk dapatkan bini org ni..offer wang ringgit, harta, sampai sanggup datang rumah masa si suami tiada di dirumah tapi tk berjaya.Si isteri org ni tetap setia pada suami.. akhirnya dia cuba cara lain dengan menyusahkan si suami perempuan ni sehinggalah terjadinya pertengkaran dan membongkarkan segalanya, sehingga si ketua mengaku telah menceraikan isterinya untuk mendapatkan isteri si pekerja tadi. dan si pekerja itu disuruh menceraikan isterinya.Si ketua tadi sanggup bagi ape saja asal dapat kawen dengan bini si pekerja tersebut..

**dasyatkan citer kat atas ni...kalau situasi kat atas berlaku kat korang agak2nya ape yg korang buat?

sy kongsikan sedikit tips2 untuk org perempuan::

Perempuan yang macam mana yang lelaki suka?
  • Berdikari - Lelaki suka dengan perempuan yang berdikari. Kerana dianggap tidak menyusahkan.
  • Feminin. – Perempuan yang “perempuan” dianggap lebih menarik oleh lelaki.
  • Pandai mengurus kewangan. – Lelaki selalu berfikir, perempuan yang boleh mengurus kewangannya bererti ia juga pandai mengurus kewangan rumahtangga.
  • Cantik. – Walaupun cantik itu subjektif, setidaknya lelaki tidak malu membawa anda di tempat umum atau diperkenalkan pada rakan-rakan.
  • Boleh mengawal emosi. – Lelaki mahukan perempuan yang sabar untuk menghadapi sikap mereka yang kekadang seperti org giler / kurang sabar.
  • tapi yang pasti, lelaki sangat suka dengan perempuan yang cerdas, kelakar dan boleh menjadi pendengar yang baik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute