Wednesday 29 August 2012

31 Minggu sudaaa....

Salam..
Kembali menaip setelah lama bercuti raya..alahai malasnye nak kembali ke pejabat kan??...kalau la boleh sambung cuti lagi..alangkah indahnya hidup ni..lagi2 dah masuk minggu yg ke 31 ni..lagi le lemau rasa badan ni..rasa nak baring je..letih..nak masak pun tak larat..kalau ikutkan ati nak je apply cuti tak bergaji..tapi memandangkan tk mampu nak bayar hutang kalau takde gaji..alamat diam je la...teruskan bekerja dengan kelemauan yg ada..hahah
Minggu yg ke 31 ni, kaki aku dah start membengkak..kasut biasa yg saiznye agak comel ni tk dapat aku nak sarungkan lagi..kalau pakai pun depan je la..blakang tu terpaksalah dilipat dan dipijak..nak beli kasut baru...cam alang2 je..lagi sebulan lebih kuar la si kecik ni..jadi..sarung je ler ape yg ada..

Si kecik dalam perut ni pun semakin aktif..ble malam lagi la menjadi..sampai senak2 perut ibu dia..nak kata lelaki..ble scan dah terang2 perempuan..alahai..dalam perut lagi ko dah lasak nak...ape lagi ble dah kuar nanti...makin menjadi ler ble dah join kakak2 yg tersangat ler gedik saat ni..kedua-dua kakak awak makin gedik dan cengeng...huhu...sabar je la...

Kakiku semakin membesar seperti kaki gajah..ahahah..Mak aku kata kalau kaki da start bengkak ni petanda tk lama lagi dah nak bersalin..surut bengkak tu nanti bersalin la..katanya...rasa cam tak sabar dan berdebar pulak ble pk tang bersalin ni..beg pun tk packing lagi..breast pump tk beli lg, confiment set tk beli jugak..malah tak pilih pun bidan mana yg nak mengurut masa dalam pantang nanti...huhu..banyaknye kos2 yg nak disediakan..harap2 baby keluar time gaji dah keluar ler..kalau tengah bulan alamat sakit ler.. kat bawah ada sket tips2 tuk elakkan kaki bengkak...aku dah buat pun tk hilang..maknenya kena bersalin dulu ler baru surut...ekekekek..

gambar hiasan


Tips menangani bengkak kaki semasa hamil


Tips berikut boleh membantu mengurangkan masalah bengkak di kaki sewaktu mengandung :

1. Elakkan dari berdiri terlalu lama

2. Letakkan kaki di posisi yang lebih tinggi. Bagi mereka yang bekerja dipejabat, seeloknya anda letakkan satu bangku kecil atau kalau anda jumpa buku yellow pages lama yang tebal-tebal tu, susun bawah meja untuk dijadikan pengalas kaki… he..he..he…

3. Sewaktu tidur pula, alaskan kaki dengan bantal agar kedudukannya lebih tinggi dari badan anda. -- cara ni juga boleh kurangkan/elakkan kekejangan kaki

4. Rehatkan diri seketika. Jika anda dah lama duduk, seeloknya bangun dan jalan-jalan sekejap untuk membantu darah mengalir dengan baik ke bahagian kaki. Orang yang tak pregnant pun boleh kebas kaki kalau duduk lama-lama. Apatah lagi kalau yang sedang hamil, lagilah senang nak kena serangan kejang kaki

5. Minum banyak air. Ya… jangan terkejut. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki

6. Elakkan dari memakai stokin yang getahnya mencengkam dengan kuat.

7. Wanita hamil digalakkan untuk mengiring kesebelah kiri sewaktu tidur untuk menggalakkan pengaliran darah yang lebih lancar

8. Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food

Sumber: google

2 comments:

♥ Vna ♥ said...

tak lama je lagi tu ;-)

Liza Ahmad said...

hehe..tak sabo rasenya..nak cuti lame... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute