Thursday, 28 February 2013

Mitos & Bahaya Keputihan ketika Hamil



Keputihan adalah masalah yang kerap dialami oleh wanita, lebih-lebih bagi wanita yang sedang hamil dimana secara alaminya akan berlaku perubahan hormon semasa kehamilan  yang akan memicu kepada peningkatan pengeluaran cairan vagina serta penurunan pH. Ketidakstabilan ini juga  adalah antara punca utama yang yang memungkinkan tercetusnya masalah keputihan dikalangan wanita yang hamil.




Keputihan  ketika seseorang wanita itu sedang hamil  boleh dikategorikan sebagai normal jika cairan yang keluar berwarna jernih atau sedikit kekuningan dan kental seperti lendir dengan tidak disertai bau dan kegatalan. Namun jika cairan yang keluar disertai bau, gatal, rasa nyeri  ketika membuang air kecil dan warnanya pula telah bertukar kehijauan atau bercampur sedikit darah maka keputihan tersebut boleh dikatakan sebagai  abnormal dan risiko ianya mengganggu atau membawa kemudaratan kepada kesihatan ibu dan janin tidak terkawal.Maka rawatan yang sesuai semasa kehamilan amat diperlukan segera bagi mengelakkan  perkara –perkara yang tidak diingini.

Mitos dan fakta keputihan ketika hamil

1.   Mitos : Makanan seperti timun atau nenas seringkali dituduh sebagai penyebab keputihan  

Fakta: Keputihan bukan disebabkan oleh makanan tertentu dan tentusekali bukan nenas yang ternyata  kaya dengan vitamin C.Realitinya tiada makanan tertentu yang menjadi punca kepada berlakunya keputihan semasa atau sesudah hamil.

2.   Mitos : Pengunaan intimate wash atau antiseptik yang disangkakan dapat  mencegah keputihan.
  
Fakta: Penggunaan antiseptik sebagai pembersih vagina hanya  akan menyebabkan ‘gangguan’ kepada flora normal yang ada dalam vagina (lactobacillus ). Walhal , flora normal ini amat diperlukan  tubuh untuk mengawal vagina pada pH yg seimbang supaya  flora (kuman) abnormal tidak dapat membiak di kawasan tersebut seterusnya menghindari dari bahaya jangkitan keputihan ketika hamil

Bahaya keputihan ketika hamil

Kulat dan bakteria merupakan antara mikro organisma yang paling dominan dalam masalah keputihan abnormal ketika hamil.Kandidiasis  atau jangkitan kulat kandida  adalah penyebab keputihan terbanyak  yang dialami wanita hamil, diikuti oleh jangkitan bakterial vaginosis,trikomoniasis dan gonorrhoea.

Keputihan abnormal yang dialami wanita hamil boleh membahayakan  kehamilan ibu dan keselamatan  janin jika tidak diberikan perhatian khusus dalam kesegeraan merawatnya. Berikut adalah antara beberapa bahaya dan kemudaratan yang boleh berlaku jika seseoarang wanita mengalami keputihan yang abnormal sewaktu hamil :

1    Chlamydia
Keputihan yang dibawa  oleh   Chlamydia dapat menyebabkan berlakunya kelahiran  pra matang  pada bayi akibat pecahnya selaput ketuban sebelum tiba waktunya. Selain itu  juga boleh mengakibatkan keguguran malahan kematian ibu dan janin jika tidak segera ditangani dengan serius.

2    Kuman Herpes Simpleks
Keputihan yang disebabkan oleh kuman Herpes Simpleks dapat menyebabkan radang pada otak bayi (ensefalitis).

3    Candida Albican
Keputihan yang disebabkan oleh kulat Candida dapat meningkatkan risiko berlakunya (epilepsi) pada bayi.

4    Kuman  HPV
Keputihan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan  gangguan penafasan dan gangguan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan kematian.

5    Neisserea Gonorrhoea
Keputihan yang disebabkan oleh Neisserea Gonorrhoeae dapat menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan buta.

Terdapat banyak tulisan dalam artikel dan nasihat yang telah diberikan oleh pakar kepada wanita-wanita yang hamil supaya tidak memandang ringan masalah keputihan .Amatlah bertepatan sekali jika diamati risiko-risiko yang perlu ditanggung seandainya wanita hamil gagal bertindak dengan bijaksana dalam situasi ini.

cadangan Supplement : 



































Sebarang pertanyaan sila hubungi saya di :FB Liza Ahmad / email: alisabalqis@yahoo.com / whatsapp di 019-3813225

~LAA















1 comment:

Hani said...

Informasi tentang keputihannya sangat membantu sekali pak buat saya. jadi nambah pengetahuan nih. makasih banyak pak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute