Sekarang nih, dunia seolah-olah sudah kembali
ke zaman Jahiliyah; wanita dan anak2 perempuan sering menjadi mangsa kezaliman.
Berikut saya kongsi salah satu doa yang perlu diamalkan oleh setiap wanita, dan
seorang ibu agar dapat elak dari menjadi mangsa rogol/cabul/sebarang bentuk
kezaliman seksual. Juga doa yang boleh diamalkan untuk melindungi anak perempuan
kita dari segala bentuk kezaliman yang serupa.
Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, dan yang
buruk itu datang dari kelemahan manusia itu sendiri. Semoga dgn ikhtiar (doa),
kita akan terlindung dari bencana sebegini. Wallahu'alam.
Doa elak DIRI
dirogol/dicabul/dizalimi
Maksudnya:
“Ya
Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan
aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku
menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”
Doa elak ANAK PEREMPUAN
dirogol/dicabul/dizalimi
Maksudnya:
“Ya
Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan
RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah
biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”
**************
"Ya Allah, kumohon padamu...lindungilah puteri-puteriku Huda, Husna dan Humaira dari segala kekejaman, peliharalah mereka dari menjadi mangsa pada kerakusan manusia yang durjana..dan jadikanlah mereka anak yang solehah, yang patuh padaMu..yang taat pada kedua ibubapanya..
Aaamiiin!!
No comments:
Post a Comment