Wednesday, 27 March 2013

Jangkitan Telinga

 



Pengenalan

Jangkitan telinga adalah masalah kesihatan yang kerap dihidapi oleh kanak-kanak.

Ianya menyebabkan gangguan tidur dan pemakanan kanak-kanak. Mereka mungkin akan sentiasa menangis tanpa diketahui sebabnya. Kebanyakan kanak-kanak mendapat sekurang-kurangnya 1 jangkitan telinga sebelum berusia 2 tahun.

Apakah perbezaan jenis jangkitan telinga?

Ada 2 jenis jangkitan telinga:

  • Otitis media adalah jangkitan telinga yang berlaku apabila virus, bakteria atau kulat menyerang tiub eustachian (saluran yang menghubung sinus dibelakang hidung ke telinga tengah)
  • Otitis externa ialah jangkitan telinga yang berlaku di saluran telinga luar.


Otitis externa

Apakah faktor seseorang itu cenderung mendapat jangkitan telinga?

  • Jangkitan di saluran pernafasan yang berulang-ulang.
  • Adik-beradik yang dijaga di pusat harian.
  • Bayi yang diberi susu botol.
  • Terdedah kepada asap rokok.
  • Pembesaran adenoids.
  • Sumbing bibir.
  • Alahan menyebabkan kanak-kanak lebih terdedah kepada jangkitan telinga.

Bagaimanakah kita mengetahui kanak-kanak mendapat jangkitan telinga?

Kebiasaan kanak-kanak akan mendapat jangkitan telinga selepas mendapat selesema atau jangkitan di salur pernafasan.

Tanda-tanda biasa ialah:

  • Kesakitan dalam telinga.
  • Resah dan mudah meradang.
  • Tidur yang selalu terganggu.
  • Selalu merentap dan menarik cuping telinga.
  • Nanah keluar daripada telinga.
  • Kurang selera makan.
  • Lelehan hidung.
  • Selalu menangis sebelah malam semasa tidur.
  • Kurang terangsang dengan bunyi yang perlahan.


Acute otitis media

Apakah komplikasi yang akan timbul akibat jangkitan telinga?

Kebanyakan kanak-kanak akan sembuh sepenuhnya tetapi sebahagiannya mungkin akan mengalami:

  • Telinga bernanah yang kronik.
  • Kurang pendengaran.
  • Lembap dalam pembelajaran terutama jika rawatan yang diberikan lewat atau tidak sempurna.

Bagaimanakah rawatan jangkitan telinga?

Dapatkan nasihat dan rawatan awal daripada doktor jika terdapat tanda-tanda jangkitan telinga.

Jika jangkitan telah dikenal pasti, rawatannya adalah:

  • Ubat mencairkan kahak (sama ada secara topical or sistemik).
  • Ubat demam.
  • Antibiotik diberi jika jangkitan disebabkan oleh bakteria.
  • Ubat titis telinga jika nanah keluar dari telinga.
  • Gunakan teknik ‘ear weaking’ untuk mengeringkan nanah dalam telinga.

Jangkitan telinga yang berulang-ulang:

  • Mungkin disebabkan oleh alahan dan harus dirawat mengikut puncanya.
  • Lakukan ujian pendengaran dan pergerakan gegendang telinga pada satu ketika kemudian oleh doktor anda.

Adakah terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah jangkitan telinga?

Ya, langkah yang baik ialah:

  1. Susukan bayi anda dengan susu ibu.
  2. Jauhkan anak anda daripada mereka yang mengalami batuk dan selesema bagi mengelakkan jangkitan.
  3. Ajar anak anda supaya selalu mencuci tangan dengan bersih.
  4. Elakkan dari menyentuh mata dan hidung.
  5. Elak:-
    • Terdedah kepada asap rokok.
    • Penggunaan puting.
    • Penyusuan susu botol semasa baring.
    • Alahan yang diketahui.

Selalu ingat “Pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan”.

Apakah kesan dalam jangka masa panjang?

Kebanyakan kanak-kanak tidak mengalami komplikasi untuk jangka masa panjang. Kanak-kanak yang semakin membesar akan mempunyai tiub eustachian yang berfungsi dengan lebih baik, jangkitan batuk, selesema dan telinga juga akan berkurangan.

P/s: Dulu Husna pernah kena, sampai admitted 3-4 hari kat hospital sampai nanah dalam telinga tu kering...siap check ngan pakar ENT. syukur Alhamdulillah..yang lain bebas dari sakit telinga buat masa sekarang....

2 comments:

ayusyuhara said...

alamak...anak saya ada kesemua tanda2 tu..tp saya syak dia selsema jerk..dah gi klinik dan sedut suma kahak dia kuar..skang duk makan ubat utk pecahkan kahak...hermm..kena check telinga dia bsok..

Liza Ahmad said...

kalau selsema lama sangat kemungkinan nak kena tu tinggi..kena slalu cek telinga dia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute