Bismillah..Assalamualaikum..
Hari ini aku lambat bersiaran..gara2 malam tadi masih lagi tak dapat tdo..malam semalam encik suami terasa yang dada Humaira ada bunyi..banyak kahak dah dia ni..huhu lepas makan malam kami semua pun bergegas ke klinik. sampai ke klinik bila doktor periksa, syukur alhamdulillah yg dia takde lelah just kahak yang kat paru2 dia agak banyak..dan agak merisaukan dokter tersebut. dan akhirnya kena la nabulizer..sepanjang buat nabulizer tu Humaira menangis tak berhenti2..aduhai, sayu hati ibu ni ble tgk anak sakit..baru 5 bulan dah kena amik gas..tiba2 kenangan 4 -5 tahun lepas bertandang..sejak anak pertama aku mmg jadi pengunjung tetap klinik kanak2..huhu..dari Huda, Husna dan skarang Humaira..semua ada masalah kahak..ble batuk selsema pasti kahak bersarang kat paru-paru..tapi syukur alhamdulillah..dorang ni semua tak mewarisi penyakit semput keluarga belah encik suami..kalau tidak..hurmm kesian..
teringat balik teknik2 nak mengurangkan kahak. teknik tepukan..
cara-caranya:
buat tapak tangan seolah2 melengkung..tiarapkan bayi dan tepuk bahagian kanan dan kiri bayi.Elakkan menepuk tulang belakang bayi.
kemudian beralih ke depan pula. tepuk kiri dan kanan bayi. Elakkan menepuk tengah dada..
Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak yang melekat pada paru-paru dan selepas 15 minit menepuk biasanya bayi akan batuk dan bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. sekiranya bayi terlelan, tidak mengapa kahak akan keluar melalui najis.
perlu diingat, sebelum anda memulakan teknik tepukan ini, pastikan bayi anda tidak minum 1 jam /setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.
p/s: Doakan semoga Humaira lekas sembuh, ibu dia rindu gelak tawa dia..minum susu pun agak kurang dan tidur dia pun tk lena..huhu..cepatlah sembuh sayang...
~LAA
12 comments:
kesiannya kena pakai tu..mmg tak selesa..
kann...kita tua pun x sanggup pakai tu..ape lg dia..
kalau dia nanges masa pakai2 lagi bagus sbb bila nanges paru2 terbuka dan kahak senang keluar masa nebulizer menyedut..semoga cepat sembuh
terima kasih awak...
kesian nya baby...
done follow..jom singgah sini lak.. n follow sekali yea.. =) http://tengkubutang.blogspot.com/2013/03/wordless-wednesday-i-hate-this-bagi-3.html?showComment=1362620836873#c8233176151603559504
thanks dear..nk follow awak balik...hehe
thanks dear..nk follow awak balik...hehe
hermm..anak saya masa 6-7bln pun kena camni..duk ke klinik manjang..sampai ler adik syorkan pegi satu klinik kat wangsa maju..alhamdulillah..sampai skang dia dah takde kahak..
ada dengar citer pasal klinik kat wangsamaju tu..hurm..tapi tak pernah pegi..dulu ada 1 pakar kanak2 kat melawati, anak2 serasi. tapi tiba2 pindah..tak tau skang kat mana..huhu
ayu slalu bawak anak ayu kat situ masa dada dia penuh kahak..alhamdulillah..skang dah takyah nak hantar nebulizer bagai..cuma2 baru2 ni anak baru kuar hospital coz kena virus HFMD..skang cam berkahak balik..maka kena le gi terjah sana..hehehhehe..klu awak nak alamat klinik tu,saya leh bagi.. :)
Hari tu gi klinik doktor kata kahak kat tekak je..paru2 clear..boleh jugak kalau nak bagi alamat mana tau leh gi kalau berlku lagi lain kali..
ni alamat dia :
Klinik Wangsa Sdn Bhd
No 46 Jalan 2A/27A section 1 Bandar Wangsa Maju..
awak leh call dulu klinik tu n tanya Doktor Nadir Khan ada tak..ni no dia
03-4142 1614
klinik ni mmg bagus..alhamdulillah..saya pun semlm baru kesana..
Post a Comment