Wednesday, 13 March 2013

1313 turned 31..huhuhu..my lucky number..

Bismillah..Assalamualaikum..
 
Beberapa hari tak bersiaran dek kerana anak2 dara tak berapa nak sihat dan kesibukan sebagai suri rumah sepenuh masa membuatkan aku tak dan nak pegang lappy..huhu..
 
back dated post ni tuk tarikh 1/3/13..lucky number 1 & 3, anak no.1 lahir bulan 3, umur 31 tahun, beranak 3 tapi bukan bini no.3 ek..ekekekek...syukur alhamdulillah Allah panjangkan usia hingga ke hari ini..dapatlah aku menikmati nikmat yang selayaknya sebagai seorang anak, isteri, ibu dan kakak...
tiada apa yang aku inginkan dalam hidup ini lagi selain menambahkan amal ibadat dan mencuba menjadi yang terbaik dan membahagiakan bagi ibubapa, suami, anak2 dan adik2... Smoga Allah memberkati kehidupanku dunia akhirat.Amin!
 
 
surprised bday cake dr encik suami


kami yang semakin membulat...hehe

jemput makan cake..thank you hubby..
 
 
~LAA

Saturday, 9 March 2013

Set Penyusuan mana yag sesuai

 


Alhamdulillah, set penyusuan Shaklee mendapat sambutan ramai dari ibu-ibu menyusu. Bukan sahaja ibu yang mempunyai masalah penyusuan, tetapi ramai juga ibu yang mahukan anaknya mendapat nutrisi sempurna, turut mengambil set ini. Terdapat 4 jenis set penyusuan, dan ramai yang keliru mana satu yang paling sesuai untuknya. Untuk itu, saya cuba perincikan untuk anda ya..

Set 1 - Set B
  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa

Set 2 - Eu-Four Pack
  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.

Set 3 - Set E
  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin, kalsium dan alfalfa
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu
  • Set ini memberi kesan yang lebih cepat berbanding dua set di atas kerana alfalfa dan kalsium bertindak sebagai milk-booster

Set 4 - Set 3M
  • Mengandungi set B, kalsium dan ESP
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan sok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamakan set ini, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha / ibu yang mahu menyusukan anak angkatnya 
 
Menyusukan anak bukan perkara susah dan tak semudah yang disangka. Perjalanan yang panjang ini menuntut ibu pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Dan pada saya supplement sangatlah mebantu agar tumbesaran anak berkembang dengan baik, dan anak sentiasa sihat.

Pilihan di tangan anda, jika ibu-ibu yang memberi susu tepung sanggup berhabisan membeli susu mahal untuk memastikan anaknya mendapat yang terbaik, mengapa kita yang menyusukan badan, sangat berkira untuk mngambil pemakanan sihat?
Saya tinggalkan anda dengan ungkapan ini, mudah-mudahan memberi semangat kepada semua ibu di luar sana..

" Jika seorang wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 tahun setengah, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya". Subhanallah...


Cara membuat pesanan:
  • Email ke alisabalqis@yahoo.com, atau SMS/ wassap ke 019-4813225 untuk pesanan.Boleh dapatkan set percubaan dari saya.

Friday, 8 March 2013

Normal? Rambut Gugur Selepas Bersalin

 

 Assalamualaikum..
Hari Jumaat yang indah...abis mengemas bru sibuk nak mandi..sikat2 rambut, wahhh..makin banyak rambutku yang gugur..masa rambut panjang lagi teruk..da rasa cam sakit kanser...Rambut saya gugur banyak selepas bersalin. Normal ke?

Semasa Mengandung Peningkatan Hormon estrogen tu sebab rambut kelihatan lebat dan cantik.

Selepas bersalin Hormon Estrogen akan berkurangan dan menyebabkan banyak folikel rambut memasuki fasa rehat selepas bersalin. Tu sebab banyak rambut akan gugur purata sehari 500 helai. Ibu-ibu je nak rehat , rambut pon perlu rehat tau ..hehehehe. Takut botak pulak kan kalau purata sehari 500 helai.

Bagi keadaan normal 85%-95% rambut akan tumbuh dengan baik , manakala 5%-15% dalam keadaan rehat. Purata sehari dalam 100 helai sahaja berbanding selepas bersalin. Rambut akan gugur semasa kita mandi bersyampoo dan semasa bersikat.

Tips Untuk rambut gugur :-
Gunalah Syampoo yang lebih berorganik dari bahan kimia.
Banyakkan Berehat dan kurangkan stress
Minum air banyak 3 liter sehari
Gunakan sikat yang lembut
Ambil makanan yang seimbang dan zink untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut baru dan rambut kurang gugur.


Petua Mencegah rambut gugur
Perah tiga biji limau nipis, Campurkan dgn 2 biji telur ratakan seluruh kepala biar selama dua jam , kemudian cuci.
atau
Rebus sengenggam kacang hijua tetapi jgn sampai keringg sejukkan , sebelum tidur saukan air tersebut pada akar rambut , syampoo rambut pada keesokan harinya. Amalkan selalu.
Atau
ambil Zink complex benda yang paling senang dan mudah.


Zinc Complex

Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.

Menyokong dan Memelihara Kesihatan yang Baik

Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sitemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.




Lihat Testimoni :-


Berminat :-
Cara membuat pesanan:
  • Email ke alisabalqis@yahoo.com. , atau SMS/ wassap ke 019-3813225 untuk pesanan.Boleh dapatkan set percubaan dari saya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute