Tuesday, 11 September 2012

Mood Jiwang la pulak...

Salam..
Dalam kemalasan yg tak terbendung..dengan cuaca yg agak muram nak ujan ni...aku teringat lak benda2 lama..hahaha..benda2 lama hokey..bukan boipren lama..Boipren lama dah lama aku buang jauh2..buang karen je nak hengat2..sume pun dah beranak pinak..tak payah la dikenang lagi..betul tak??!!..hehe..

Tiba2 mood jiwang datang menerjah...teringat kisah2 disebalik tabir terjadinya ikatan perkahwinan antara aku dan dia..ceewahhh!! Ni sebab adik aku la ni..smalam gi story citer persiapan kawen aku dulu..kan tak pasal2 dah jiwang..hehe..layan kan je la perasaan ni..maybe sbb baby dalam perut ni baby gurl...sbb tu ler kot..terasa terlebey cenderung ke arah yg beremo dan jiwang2 ni..tapi mmg tak dinafikan..ble preggie anak pompuan ni..(blom ada pengalaman preggie baby boy) 3x pregnan...semua pun sama je...aku lebih manja ngan laki aku..kenapa? aku pun tak tau..dah la manja..ngada2..lagik.. cengeng...suka nyendeng2 ngan dia..suka sangat ngan bau dia, suka peluk dia...sampai si laki aku pun terasa rimas...ahhahahha...nasib ler kan.. =P

Nak jadikan citer..aku ngan dia ni asal2nya kawan baik je..segala suka dan duka kami kongsi..dia ada gepren..aku ada boipren..so tak kisah la kan..5 tahun berkawan baik..akhirnya aku dan dia kecewa dengan pasangan masing2..haha..tkde jodoh nak wat camne kan..jadi terjadilah sesi meluahkan perasaan diantara kami...dari situ kami jadi semakin rapat..x sangka..1 hari dia kata kat aku..ape kata dia je lah jaga aku..dia pun dah tahu hati budi aku..dan dengan kesengalan aku pada tu..dan kemalasan aku tuk bercinta lagi..aku pun kata OK! haha...
JODOH..sejak usia kandungan 4 bulan lagi, Allah dah tentukan..siapa jodoh kt, bila mati kita..kita kawen bape kali..berapa anak kita..pendek kata Takdir Kita ALLAH dah tentukan...
Selepas 5 bulan bertunang..maka tarikh keramat 28/1/2006 kami diijabkabulkan...Alhamdulillah...Hasil 6 tahun 8 Bulan ni..kami dah dikurniakan 2 puteri yg comel dan bakal menerima seorang lagi puteri bulan depan..Moga Allah sentiasa melindungi bahtera Perkahwinan yg kita bina ni sehinggalah Nyawaku yg terakhir..Amin!

~LAA


Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu

Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati

Ooh...

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Ooh...





Wednesday, 5 September 2012

Tips - tips bersalin tanpa sakit..


                                  


Salam..
Tertarik dengan Tajuk Posting hari ni? hahaha...betul ke ada tips untuk beranak tanpa rasa sakit.??? Mana ada..setiap kelahiran tu pasti ada rasa sakit..tak sebelum selepas..kalau bersalin normal, sebelum beranak lagi dah rasa sakit..manakala bersalin caeser lak..lepas beranak ler baru rasa sakit..

Tapi petua2 untuk mengurangkan dan memendekkan rasa sakit tu mmg ler ada..antaranya:



1. AIR KELAPA MUDA
Amalkan meminum air kelapa muda dari usia kandungan 5 bulan hingga akhir..kalau boleh cari yg betul2 muda yang isi kelapa tu berlendir..amalkan minum sebiji selang 2 minggu sekali.. kalau aku, amalan ni mmg aku buat dari anak pertama hingga sekarang. amalan ni adalah petua dari mama dan alhamdulillah berkesan pada aku..bler nak lahirkan baby nanti licin je dia kuar..lagi 1 kulit baby akan putih bersih tanpa ada pengelupasan..kerak2 kat kepala pun takde..


2. MAKAN BELUT GORENG
Amalkan memakan belut goreng sebagai lauk.Makan Sekurang2nya sekali. Ni petua dari mama gak..tapi aku mmg ler tak amalkan..tak sanggup..sbb rupe dia pun da cam ular..eiii..tapi berkesan pada adik aku yg amalkan makan belut ni..anak pertama dia sakit 3 jam je terus kuar baby.. licin cam belut gak..pada sape2 yg mmg makan belut leh ler amalkan petua ni..


3.AIR SELUSUH / MINYAK SELUSUH
Ikut pada petua org tua2 slalu suh kt mintak air selusuh kat mana2 bidan ke..pak ustaz ke..tapi bagi aku air selusuh atau minyak selusuh ni takde la berkesan sangat..yg lebih berkesan air Yassin yg dah dibaca oleh suami sendiri..mintak dia yg niatkan supaya kt dipermudahkan bersalin..syurga kt kan kat bawah tapak kaki suami....lebih afdal la kalau suami yg buatkan air selusuh ni...

4.ZIKIRULLAH /BACA  ALQURAN & BERDOA
Amalkan membaca zikir dari mengandung lagi..even time contraction pun tempat aku bersalin tu suh terus menerus baca zikir.. antara zikir yg digalakkan baca seperti:





5.UBAT TAHAN SAKIT 
Yang ni slalu kt mintak atau nurse2 kat hospital offer ble dia tgk kt da tk tahan sakit..ada gas. ada injection dan juga epidural..terpulang la pada anda nak pilih mana satu..yg kocek tebal tu..awal2 mintak ler epidural kalau jenis yg tak tahan sakit..kalau rasa kuat leh tahan sakit tu..sekadar amik gas je la...hehe..

6.MINTA MAAF
Yang terakhir dan yg terpenting..mintak ler maaf terutama sekali pada suami, kedua ibu bapa, adik beradik dan sahabat handai..almaklumlah..kt ni berjuang nak melahirkan manusia..sakitnya Allah je tahu..ibarat nyawa di hujung tanduk..entah selamat atau tidak..jadi tak salah mohon kemaafan kepada semua..mohon doakan keselamatan kt dan anak dalam kandungan..semoga dipermudahkan...

~LAA




Tuesday, 4 September 2012

Diakah yg BODOH atau Kau yg BODOH!!!

Salam..
Hari ni hati terasa sayu..mengenang dugaan yg datang bertimpa-timpa..Selagi bernama manusia dan bernyawa..pastikan ada berbagai dugaan yg datang..sesungguhnya Allah itu tidak akan menduga hambanya diluar kemampuan hambanya itu..Semoga aku tabah dan mampu menghadapi apa jua dugaan mendatang..

Siapa yg nak dilahirkan tidak sempurna..?? walaupun sempurna dari segi fizikal, tetapi dari segi akal dan fikiran belum tentu seseorang tu sempurna..KENAPA??? Ada yg mmg dilahirkan kurang cergas dari segi akal dan fikiran..lembab, IQ yg agak rendah dan lambat tangkap seperti org yg normal...adakah kt mampu memilih untuk dilahirkan bijak, cepat, pantas..pendek kata PERFECT!!! Tidak bukan! Setiap insan yg lahir di dunia ini ada keistimewaan tersendiri..siapa kamu untuk menilai insan sebegini..sewenang2nya merendah2kan dan mengulangi perkataan BODOH pada insan tersebut..Bagi aku insan yg menghina itulah yg sebenarnya BODOH! diberi akal fikiran yg sempurna tapi tak mampu untuk menggunakannya sebaik mungkin..

Anak yg dilahirkan ke dunia ini seperti sehelai kain putih..ibu bapalah yg mencorakkannya..seandainya kt gagal untuk mencorakkan kain putih tersebut..maka jangan lah kau salahkan anak itu 100%. Dia pun tak ingin menjadi bodoh..dia juga ada hati dan perasaan...jangan kau hina dia..sesungguhnya kau juga mempunyai zuriat yg harus kau corakkan..jangan lupa pada balasan Allah..mungkin skarang kau rasa yg dia menyusahkan kau..mungkin satu hari nanti, dia yg mengkafankan, memandikan dan mengkuburkan jenazah kau...

Semoga aku mampu memikul tanggungjawab ini bagi mencorakkan dia sebelum terlambat..yg aku pohon adalah sokongan kau sebagai org yang paling hampir denganku..air yg dicincang takkan putus..dia darah dagingku! Semoga Allah bersamaku..Amin Ya Robbal 'Alamin!

~LAA

Petikan dari blog seorang pendidik..


Bergesalah!

Dilema ibu bapa, itulah perkara yang sering saya telekuni. Pelbagai lontaran ibu bapa mengenai anak, samada secara telifon, berjumpa empat mata atau email. Terbaru email ini (seperti gambar)

memasuki 'inbox' saya.
Rata-rata ibu bapa gelisah dengan perkembangan anak terutama apabila meningkat remaja. Antara kalam yang biasa saya dengar ialah

" Ustaz, anak saya ini dahulunya baik dan rajin ke surau. Tapi sekarang sejak dia berkawan. Cakap saya pun dia lawan ustaz."

"Ustaz, saya tak tahu dah nak buat apa dah anak saya ni. Nasihat sudah, rotan pun sudah. Tapi semuanya sia-sia ustaz."

dan paling mengementarkan hati saya dan sesekali menyebabkan saya tersenyum menekuni gelagat sebilangan ibu bapa yang menghamburkan ayat ini; " Ustaz, tolonglah saya ustaz. Buatlah apa saja agar anak saya ni jadi baik ustaz!."

Inilah antara lontaran-lontaran yang keluar akibat dari kerisauan yang sangat. Namun kerisauan ini timbul setelah zuriat itu telah dibentuk, dicorak dan diwarnai selama 13 tahun, 14, 16 tahun, 17 tahun sehinggalah ada yang sudah mencapai umur hampir 20 tahun sejak kelahiran.

Kenapa saya sebut begini?

Wahai rakan ibu bapa, mari kita lihat contoh ini. Seseorang yang sakit, stroke, kencing manis, kanser, darah tinggi malahan obesiti. Adakah disebabkan makanan yang mereka makan semalam atau 1 minggu lepas atau 1 bulan lepas atau 1 tahun lepas. Jawapannya saya yakin semua rakan ibu bapa bersetuju dengan saya 'TIDAK'. Atas dasar inilah saya letakkan ayat di atas 'sejak kelahiran'.

Wahai rakan suami isteri, ibu bapa, mari kita bertanya sebentar pada diri kita.

- Bagaimana akhlak kita ketika bergaul bersama isteri atau isteri kita
- Apakah sinetron yang ditonton oleh ibu dan bapa apabila sampai saja di rumah setelah letih seharian bekerja yang pada ketika yang sama si ibu sarat mengandung.
- Apakah hidangan telinga dan mata anak kita ketika pembesaran mereka dari bayi hingga kanak-kanak.
- Apakah lafaz ungkapan kita ketika kita menghadapi kenakalan anak-anak.

Ohhhhhhhh! pelabagai sudut rakan ibu bapa yang perlu kita sesuluri. Ini belum lagi kita bicarakan sikap dan akhlak kita ketika zaman bujang, cara pemilihan calon isteri atau suami. Zikir harian yang samada zikir keduniaan atau zikrullah.

Ya! sememangnya ini semua telah lepas dan berlalu serta anak pun sudah besar. Kenapa perlu digali semula perkara ini. Fahamilah, ia bukan untuk digali tapi perlu dimuhasabahi.
Jika penyakit kritikal pada hari ini disebabkan oleh krisis gaya hidup dan gizi (makanan) sejak puluhan tahun yang lepas. Samalah dalam perkara ini. Anak ini telah mengalami krisis akidah dan keimanan yang seterusnya memberi menimbulkan krisis akhlak selama belasan dan puluhan tahun.
Maka sudah pasti untuk mengubatinya perlu mengambil masa yang memerlukan kesabaran serta berkekalan iaitu istiqamah.

Pernah suatu ketika seorang bapa bertanya, "Berapa lama agaknya ustaz ambil masa untuk anak saya pulih semula akhlaknya". Saya hanya tersenyum. Belum sempat lidah saya menari menyambungi perbualan. Seorang rakan lain mencelah "Masa anak kau tengah baik dulu, anak-anak kau yang pandai-pandai, kau tak nak hantar sekolah agama. Bila dah teruk macam ni baru kau nak hantar sini. Apa kau ingat sekolah agama ni tempat buangan, pusat pemulihan".

Saya sendiri tak sangka bahawa ayat ini keluar dari rakan yang menemani bapa tersebut. Namun inilah realiti sikap kita. Kita mengalami krisis keimanan. Hingga membutakan kita memberi aula (keutamaan) terhadap nilai kehidupan serta nilai Rabbani. Kita menyusuri hidup serta membentuk anak dengan SAYANG AKHIRAT CINTA DUNIA. Buktinya dalam pergaulan saya, saya kerap mendengar kata-kata ini.

"Anak saya tadika di S...........R........., walaupun gurunya bukan Islam tapi puas hati. Anak saya kecil-kecil lagi dah fasih bahasa Inggeris".

"Tahun satu nanti saya akan masukkan anak saya di SRJKC. Saya lihat anak jiran tu mahir berbahasa cina".

Berikutan, 10 tahun lagi (dari pengalaman) saya gusar. Ibu bapa yang sama datang berjumpa pemilik institusi seperti saya ini lalu dengan nada pasrah mengatur kata "Ustaz, anak saya ini pandai ustaz, bijak ustaz, fasih berbahasa inggeris dan madarin ustaz. Tapi lagi fasih dia melawan nasihat saya ustaz".

Maka rakan ibu bapa. Marilah kita dalam menyusuri kehidupan ini CINTAILAH AKHIRAT SYUKURILAH DUNIA. Kita berhabisan duit, tenaga untuk anak kita ke arah dunia. Mungkin anak kita akan selesa hidup di atas muka bumi ini 20 tahun atau 30 tahun sebelum menemui ajal.

Ingatlah ibu bapa sekalian. Bagaimana kehidupan yang bakal mereka tempuh pada kehidupan yang tiada tempoh tahunnya. Yang lebih panjang dari 30 tahun, 30 000 tahun, 30 000 000 tahun, 30 000 000 000 tahun.

Kita boleh berkorban RM 30 000 untuk anak kita sejahtera kehidupan 30 tahun di dunia. Kita mampu berusaha 30 kali ganda untuk anak kita berjaya kehidupannya 30 tahun di dunia. Kita gagah berkorban 30 kali pengorbanan untuk anak kita 'bahagia' kehidupannya 30 tahun di dunia. Namun untuk AKHIRAT?????????????????

Ada yang melahirkan hasrat ini kepada saya (seperti email di atas). "Kami bukan tak mahu hantar ke sekolah Maahad, tapi prasarana, makanan, tempat tidurnya amat tidak selesa. Kesian ustaz budak-budak ni".

Timbal saya sangat mudah, tapi memerlukan renungan yang teliti dan mendalam.
Pernahkah kita terfikir Muhammad kekasih Allah s.w.t. itu kenapa Allah letakkannya dari kecil hidup dalam kesederhanaan. Yatim dalam pelukan dan kasih sayang bapa. Sekelumit dalam kasih ibu. Mengembala meniti pentas hidup. Berdagang mengetuki pintu rezeki.
Mengapa Allah tak lahirkan saja Rasulullah dari keluarga Hartawan. Yang boleh membawa Rasulullah itu berjawatan. Yang tak perlu menuntut Rasulullah tidur pada lambungan yang keras, mengikat perut pada kebanyakkan hari. Bahkan selesuri inilah ranjau kehidupan manusia AGUNG KEKASIH ALLAH S.W.T.


Selagi kita diberikan ROH anak kita masih bernyawa, kita masih ada masa BERGESALAH, jangan lewatinya.


Wallahualam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute