Tuesday, 9 April 2013

Tips Kenali Diri Anak



Bismillah...
Anak adalah pemerhati dan pengamat setia terhadap apa yang berlaku di sekitarnya. Jadi anda harus memperlihatkan wajah ceria, bahasa santun dan merangsang, belaian dan kemanjaan menjadikan anak berada dalam keadaan fitrah. Manakala komunikasi dan dialog dengan anak seharusnya berlaku dengan berbagai cara kerana anak mungkin bertanya sesuatu yang dilihat, dibaca dan ditonton kepada ibu bapanya.

Oleh itu, ibu bapa perlu bijak dan sabar memberikan penjelasan supaya fikiran serta perasaan anak terbimbing ke arah kebaikan. Sekiranya bimbingan dan perhatian rapi tidak diberi, sumber yang ditonton, dilayari, dibaca dan dilihat boleh memberi kesan negatif kepada jiwa dan pemikiran anak.

10 Panduan Ringkas Mengenai Si Kecil Anda :

1. Anak berumur 12 bulan sehingga 36 bulan (3 tahun) adalah unik. Pada usia ini mereka baru belajar mengenal diri sendiri dan membangunkan kemahiran diri.

2. Pada tempoh masa ini juga mereka akan mula belajar bertatih dan bercakap.

3. Pada usia ini, karektor mereka menawan hati yang melihatnya. Pastinya ibu bapa akan tersenyum melihat gelagatnya.

4. Memang pada usia ini anak kecil ini aktif. Tetapi mereka tidak boleh dilabelkan sebagai nakal.

5. Penerokaan juga menjadi agenda utama kanak-kanak pada usia ini. Ini kerana sikap ingin tahu, mencuba dan merasa menjadi keinginannya. Contohnya perkembangan kreativiti membantu anak menjadi seorang yang kreatif. Sediakan alat tulis untuk melakukan aktiviti yang menjana mindanya.

6. Perkembangan fizikalnya telah menjadi lebih baik daripada sebelumnya iaitu berlari lebih laju, boleh memanjat, mengimbangi diri dan lebih stabil imbangan badannya.

7. Kerenahnya juga semakin menjadi-jadi seperti menjadi seorang yang cerewet seperti memilih makanan yang sedap sahaja, tidak mahu makan sayur dan suka makan makanan manis.

8. Sudah pandai memilih pakaian dan permainan kesukaannya. Dia akan menunjukkan koleksi yang disukainya sambil berkata, ‘cantik’.

9. Bermain dengan emosi dengan anda apabila pandai merajuk apabila lambat membuat susu untuknya dan mahu pula dipujuk oleh anda.

10. Mereka ini cukup terkenal dengan ‘buat perangai’ atau menunjukkan tantrum. Ia berlaku disebabkan lapar, letih, sakit, cemas atau iri hati dengan adik-beradik yang lain.

Memang kanak - kanak ni suka buat perangai lebih-lebih lagi bila di depan tetamu atau diluar rumah..makin ditegur dia semakin menjadi. sebagai ibu bapa kita kena "UPLOAD" banyak - banyak kesabaran dalam membesarkan mereka. Semoga Allah permudahkan kita dalam membesarkan dan mendidik mereka menjadi khalifah yang sejati.Amin.

Monday, 8 April 2013

10 Tip Legakan Jahitan Episiotomi

 
Assalamualaikum..
Anda pernah dengar Episiotomi? buat wanita yang pertama kali yang bakal bergelar ibu, pastinya gerun pabila mendengar perkataan ini..yelah part V tu bakal digunting.mengikut pengalaman saya yang pernah buat prosedur ini masa melahirkan anak pertama dulu, hurm takde rasa ape!! tak percaya? itulah hakikatnya..kerana sakitnya bersalin tu lebih sakit lagi dari rasa digunting. haa..bayangkan betapa sakitnya bersalin kan. Jom saya share serba sedikit tentang apa itu Episiotomi.
 
Apa itu Episiotomi?
Semasa bersalin, ramai wanita akan mengalami koyakan pada faraj semasa bayi melalui ruang pelvis. Untuk mengurang risiko ini doktor akan melakukan episiotomy dimana faraj wanita digunting sedikit untuk memudahkan laluan bayi. Selepas bersalin, luka tersebut akan di jahit dengan benang yang akan hancur sendiri selepas beberapa hari.
Tidak semua wanita hamil perlukan episiotomi kerana ia bukan menjadi satu kemestian. Walaubagaimanapun doktor selalunya akan membuat episiotomi pada kes-kes berikut:

  • Kandungan sulung
  • Sebelum prosedur vacuum atau forceps
  • Untuk kelahiran songsang










Risiko berkaitan Episiotomi

  • Jangkitan kuman
  • Pendarahan
  • Darah beku
  • Jahitan terbuka
  • Sakit semasa hubungan
10 Tip legakan jahitan Episiotomi

  • 1 - Kerap mandi suam dapat membantu. Namun pastikan anda tekap bahagian yang dijahit perlahan-lahan dengan tuala lembut yang bersih.
  • 2 - Dedahkan bahagian terbabit ke udara selama 10 minit sekali atau dua kali sehari supaya "pengudaraan" berlaku.
  • 3 - Jika anda sakit ketika duduk, tempatkan pelampung kanak-kanak atau tuala yang dibentukkan seperti donut di atas kerusi sebelum duduk.
  • 4 - Anda juga boleh memilih untuk menggunakan pad gel dingin atau ice-pack. Kedinginan tersebut akan mengebaskan bahagian jahitan dan mengelakkannya daripada bengkak.
  • 5 - Tempatkan tuala wanita yang akan digunakan untuk menyerap darah nifas ke dalam peti sejuk terlebih dahulu.Fungsinya sama seperti terapi dingin dan diyakini boleh melegakan.
  • 6 - Jirus kaki dengan air ketika buang air kecil atau besar. Langkah ini dapat mengelakkan jahitan daripada menyakitkan anda.
  • 7 - Amalkan senaman lantai pelvik untuk melancarkan peredaran darah dibahagian berkenaan. Ia amat berkesan dalam menyembuhkan luka dengan segera.
  • 8 - Berjalan sekerap mungkin juga dapat menggalakkan peredaran darah dab mempercepatkan proses penyembuhan.
  • 9 - Sekiranya perlu, ambil paracetamol 1000gm setiap 6 jam sekiranya anda berasa terlalu sakit. Bagi mereka yang mengalami alahan pada paracetamol, bolehlah mengambil NSAIDs tetapi rujuk dulu kepada doktor.
  • 10- Jika sakit yang dialami berterusan, segera dapatkan pemeriksaan doktor. Dikhuatiri luka episiotomi anda dijangkiti kuman.
 Selamat Mencuba!

~LAA

Saturday, 6 April 2013

Testimoni diri sendiri

Bismillah...Assalamualaikum..

saya nak share sikit testimoni diri sendiri sepanjang mengambilan set Penyusuan Shaklee. sy dilahirkan mmg dari keluarga yang tak menggalakkan pemberian susu badan pada bayi. mak saya kata susu badan nanti tak cukup, nanti baby lapar dan seawal dalam hari lagi mak da bagi air nasi pada baby. dan mak percaya yang keturunan kami mmg tak banyak susu. alangkah ruginya saya tak membuat research semasa dua anak saya dulu. saya percaya yang saya mmg tak banyak susu badan. Masa anak kedua, mmg saya nak bagi susu badan sepenuhnya..tapi saya tak cari pengetahuan tentang penyusuan dengan bersungguh2..kenapa? mungkin masa tu tak betul2 nekad nak menyusukan anak..dan mungkin sebab bekerja..susah..nak pam2..dan bila susu dah kering..takde usaha nak memperbanyakkan lagi..

bila pregnan kali ke3, saya cuba mencari info2 pasal penyusuan. saya buat research..saya cari tip2 dan rajinkan diri bertanya pada kawan2 yang berjaya menyusukan anak sampai 2 tahun..tekad saya nak menyusukan anak yg ke3 ni dengan sepenuhnya.

saya diperkenalkan dengan produk shaklee oleh kawan saya..mula2nya untuk supplement masa berpantang..saya beli shaklee sbb saya rasa saya mampu...bukan mampu beli..mampu habiskan...2 kali bersalin saya beli set jamu berpantang...huh...kalau saya tak bagi adik saya...mungkin sampai sekarang masih ada lagi..hahhaa..mahal pun mahal..bonusnya anak2 saya kena kuning masa dalam patang..

saya decide amik shaklee. dalam pantang, alhamdulillah badan tak rasa cam berpantang..bertenaga..almaklumlah bersalin anak ketiga..yang lagi 2 tu pun kena jaga jugak. so kena la bertenaga...yang bonusnya susu saya banyak..tak pernah2 saya boleh simpan stok sepanjang berpantang..usaha saya selama kurang 1 bln buat stok akhirnya lepas berpantang sy mampu simpan 300 oz.

syukur Alhamdulillah  sekarang usia baby dah 6 bulan dan masih lagi exclusive BF. saya masih buat power pumping, sehinggalah awal bulan 3 saya berhenti kerja kerana bos saya tak membenarkan saya pam susu. saya decide demi anak saya berhenti kerja. Sekarang sebagai suri rumah sepenuh masa, saya bagi je direct kat anak. syukur masaih ada rezeki anak saya. terima kasih pada Shaklee yg secara tak langsung membantu dalam misi saya untuk memberikan susu terbaik buat anak saya.semoga testimoni saya ni dapat membakar semangat ibu2 yang nak beri susu terbaik buat bayi mereka. carilah ilmu sebanyak boleh..usaha, doa dan jangan berputus asa. Allah bersama kita.

Bagi yang ingin mecuba, anda boleh hubungi saya:

❥ Call/SMS/Wassap: 0193813225
❥ Add friend/PM: www.facebook.com/alisabalqis

✔ DIJAMIN HALAL & DILULUSKAN KKM
✔ TIADA KESAN SAMPINGAN
✔ SERVIS PANTAS & KONSULTASI PERCUMA


~LAA



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute