Tuesday, 31 July 2012

Ramadhan ke-10

Salam..
Dah puasa ke10 hari ni ..hari2 duk pk nak masak ape.hehe..padahal baru puasa ke10..tapi dah kehabisan idea la pulak..memandangkan hari ni hari Isnin aka Monday blues..ehehe...malas nak masak berat2..menu berbuka hari ni  KueTiaw Goreng Kerang, Puding Karamel dan air limau Asam Boi..ok la tu kan..banyak sangat makanan pun karang membazir je..bulan2 puasa ni kenalah kurangkan pembaziran..Nanti dah kenyang sangat, tak larat nak solat..haru ler pulak...ekekeek...

selamat menjamu mata yer reader sekalian..
KueTiaw Kerang + Udang...

Selamat Berbuka Puasa!!!



Thursday, 26 July 2012

Ramadhan Ke-6 - Tak Makan Sahur






Salam..


Bangun sahur pagi tadi hanya sempat makan sebiji kurma dan air suam je..
semenjak bulan puasa ni aku tak berapa selera makan..kalau tak kerana baby dalam perut ni..jangan2 aku tak nak makan langsung..alahai...lembiknye hari ni..kepala pun cam tak leh nak pikir...dah bape hari tak makan nasi..nak tak nak hari ni nak kena jugak masak nasi campur..rasa baby kat dalam perut ni dah mogok lapar dah..dari masuk opis pagi tadik sampai ler skang tak benti2 dia tendang2 ibu dia ni..sabar ek baby..ibu janji ibu makan banyak hari ni..tapi aku bersyukur sangat2 tak sangka dah puasa ke-6 aku belum ada ponteng puasa lagi..ikutkan ati mmg la..tak larat nak puasa..dengan nak harung jem, dengan kerja lagi..dengan anak2 + perut lagi...kat opis asyik teringat bantal dengan selimut je..huhu..haru..haru...betapa malasnye aku peknen kali ni..peknen2 yang sebelum ni aku takde la semalas skarang..dua kali aku peknen masa bulan puasa..bukan main lincah lagi..siap buat kuih untuk Raya...kali..bukan takat buat kuih..bayang kuih raya pun aku tak nak tgk..tak selera nak buat ape2..huhu..maybe peknen sebelum ni, masa puasa tu kandungan aku baru 5 bulan..kali ni bulan puasa aku peknen dah nak masuk 7 bulan..dah sarat..perut lak kali ni besar semacam..last timbang pun berat dah cecah 68kg..aduhai...ada 3 bulan lagi..mau cecah 74kg gak ni...masak ler aku nak turunkan berat badan aku nanti.. takpe lah kan ...demi nak lahirkan baby yang sihat..nak tak nak aku kena makan jugak..pasal berat badan tolak tepi..heheh..gemuk pun gemuk la ibu..janji ada org sayang..hehe..
Kandungan 25 minggu ..besarnye perut aku..haih!


~LAA

Main Masak2 dengan anak2 Dara - Buka Puasa Ke-5

Salam 5 Ramadhan. Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa sehingga hari ini..diam tak diam dah 5 hari kita berpuasa..dan dalam keadaan yg dah sarat aku berjaya berpuasa..walaupun baby ada gak sekali sekala meragam..Aktif sangat2 sepanjang bulan puasa ni..tapi aku tabahkan diri gak untuk berpuasa..tak mampu nak ganti dan bayar fidyah kalau ponteng puasa..hehe..

Buat bape hari ni, En. Suami ditugaskan bekerja ke luar daerah..so aku terpaksa ler berbuka bertiga je dengan dua anak dara aku tu..Huda & Husna..jadi buat juadah berbuka puasa kami hari ni, aku plan nak wat mini chicken pizza, beef scramble toast dan mushroom soup.simple dan easy..lagipun plan nak ajak anak dara aku tu tuk join masak sekali..memandangkan dorang ni sibuk sangat nak tolong aku memasak.Biarlah gambar berbicara yer...Layan...
Huda tengah sibuk duk sapu base kat pizza..

Husna punye turn pulak..

Part yg paling dorang suka..taburkan topping atas base pizza...

Pizza yang sedia untuk dibakar...

Berposing lak anak2 dara aku ni..hehe..

Nyum..Nyum..dah siap 1 pizza...Home made Chicken pizza..Walla...

Inilah juadah berbuka puasa kami.. selamat menjamu mata.... =P


Kalau la En. Suami ada kan lebih meriah..hehe..takpe lah..layan je dengan dua buah hati aku ni..yang pastinye sambil memasak sambil terjerit2 duk mengajar budak dua org ni buat keje dapur supaya dapur ibu tak kecah...fuhhh!! letihnye...


~LAA




Tuesday, 24 July 2012

Zuriatku Penyeri Hidupku-.Huda Mohd Hairulhafiz

Nama : Huda Mohd Hairulhafiz
Tarikh Lahir : 13 Febuari 2007
Tempat Lahir : Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju

Seawal 5 bulan perkahwinan, akhirnya aku disahkan mengandung..selepas buat 6kali test pregnancy kit,doktor kata mmg aku dah positif..tapi mungkin masih awal..nak scan pun tk berapa nampak..maklumlah, pusingan haid tk teratur..jadi susah nak tau berapa usia kandungan aku ketika tu..kami sangat teruja..hepi giler sbb ni adalah cucu pertama bagi kedua belah pihak..masing2 tak sabar nak menunggu kehadiran insan kecil yg mmg dinanti-nantikan ni..
Usia kandungan baru 35 minggu, aku dah rasa resa nak bersalin.."Contraction" dah kuat, baby mengeras je..bila gi Naluri buat CTG..baby dah menunjukkan bacaan yg agak tinggi..so doktor kata nak check bukaan..skali doktor kata pintu dah bukak 3cm..tapi baby blom cukup bulan..terpaksa admitted. 2 injection aku kena time tu..untuk matangkan paru2 bayi. dan ubat untuk hold bukaan dan contraction. selepas 2 hari doctor benarkan aku balik umah..tapi still tk leh keje dan kena berehat secukupnya..Haha..aku jenis aktif, mane lah nak duk diam..hari seterusnya ada followup lagi dengan naluri dan doktor check bukaan dah 5 cm..aduhai..inilah yg dikatakan kalau dah takdir dia nak lahir..maka lahir la ia..doktor decide nak kuarkan juga baby aku ni..aku dimasukkan ke labour room..air ketupan dipecahkan..tapi aku tk menunjukkan ape2 reaksi sakit. kemudian, aku di induce..lepas 45 minit..hanya Allah je yg tahu..betapa sakitnya melahirkan seorang bayi ke dunia ini..selepas 4 jam bertarung, selepas 2 kali push..lahirlah puteri sulung kami yg sangat comel.seberat 2.3kg...Huda Mohd Hairulhafiz..
Menjaga Huda ada sedikit susah..sebab dia lahir tak cukup bulan..dan ada alergik pada kulit..dia tak leh minum susu lembu, tak leh pakai bedak , pampers pun ada certain pampers je yang dia leh pakai..high maintenance anak ibu sorang ni..skarang Huda dah jadi kakak..dah 5 tahun pun usia dia..dah pandai nak melawa, pilih baju sendiri dan dah pandai tolong ibu mengemas dan jaga adik..Periksa awal tahun hari tu Huda dah buat ibu rasa bangga. tak sangka anak ibu ni diam2 dapat no.1 kat skolah..ibu sayang sangat kat kakak..Semoga kakak terus jadi anak yang bijak, baik serta solehah. Amin!
   





Monday, 23 July 2012

Baby Mengeras pada usia 25 Minggu



    Jumaat lepas perut aku mengeras sehari semalam..sampai x leh nak berjalan, bergerak..huhu..sakit..dalam hati terdetik jugak..takkan aku dah nak beranak kot..ikutkan mmg ada pengalaman melahirkan Huda yg tak cukup bulan..masa tu baru 35 minggu..dah ada contraction..dan vagina dah bukak 5cm..tapi 35 Minggu kira ok la sbb berat dia dah 2.3kg..ni baru 25 Minggu..berat pun tak sampai 1 kg..huhu..
    Tapi aku tetap gagahkan diri gak tuk bertenang dan monitor terus..mana tau ada tanda2 darah atau air keluar ke..tapi alhamdulillah takde..cuma sakitnye mmg semacam nak bersalin tapi tkde la sakit sangat..
    Sabtunya aku mmg ada checkup ngan doktor..then doktor kata bahaya kalau contraction tu berlarutan..kemungkinan boleh bersalin awal..doktor just bagi ubat penenang tuk baby supaya lembut balik..takde la mengeras sentiasa..alhamdulillah...sabtu tu dia dah lembut balik..maybe sbb takde tenaga kot disebabkan aku berpuasa..Hopefully tahun ni boleh puasa penuh..dan doa2 semoga baby tak meragam..tak larat nak mengganti dan membayar fidiyah nanti..
    Biler aku google2 aku terjumpa info ni, pasal kenapa baby mengeras...ada kebenaran jugak..selain aku sememangnya aktif..baby pun aktif..lately aku terlebih stress...terlalu banyak masalah datang bertimpa-timpa..maybe sebab tu terjadinya contraction tu..hope lepas ni aku akan kurang2kan aktiviti dan tahap stress aku..

    Berikut antara sebab-sebab perut menegang semasa mengandung :

    1. Bayi bergerak dengan aktif
    2. Ibu sangat aktif
    3. Semasa senaman atau membawa barang berat
    4. Perut penuh
    5. Mengurut perut
    6. Semasa atau selepas hubungan seks
    7. Dehidrasi

    Cara menangani perut mengeras semasa hamil
    1. Tukar aktiviti atau posisi
    2. Berehat lebih lama
    3. Minum air secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari)
    4. Buang air kecil dengan kerap
    5. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan
    6. Usap perut perlahan-lahan


    Sumber :
    http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/semasa-hamil/125-kontraksi-braxtons-hicks-bh.html

    http://ratuhati.com/forum/index.php/topic,2182.25.html?PHPSESSID=3eb486a8b99a815389f00074c4476419


Friday, 20 July 2012

Ya Ramadhan!

Syukur Alhamdulillah. Tahun ni sekali lagi Allah memberi peluang bagi aku untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yg penuh dengan keberkatan. Semoga kali ini segala amalan aku diterima dan semoga keimananku bertambah..sesungguhnya aku memohon padaMu agar aku dan keluarga akan sentiasa di bawah lindunganMu Ya Allah!

Di kesempatan ini aku ingin memohon kemaafan kepada sesiapa yg mengenali diri ini ..sekiranya kekilafan aku telah melukakan dan menyakiti hati kalian..Maafkan aku! Sesunggunya aku tidak sempurna, banyak kekurangan dan kesilapan yg telah aku lakukan..semoga dengan kemaafan dari kalian akan mempermudahkan segala amalanku diterima olehNya..Amin Ya Robbal 'Alamin!

Akhir sekali, Selamat Menyambut dan menunaikan Ibadah Puasa kepada semua yg beragama Islam.. Semoga kita semua mendapat keberkatan bulan yg mulia ini..Amin!

~LAA

Monday, 16 July 2012

Weekend yg mengusutkan ...ARGHHHH!!


Start dari hari Jumaat lagi mood aku dah ke laut..Hari Isnin (hari ni) nak start wat payroll, tapi system wat hal..semua data staff untuk income tax leh hilang..since last month tapi tak de sorang pun yang "highlight" kat hr..biler dah 2 bulan kena tolak income tax lebey baru sibuk nak tanya..dah la bos aku takde..biler kol bos, senang je bos suruh key in balik semua data..ade ke patut..ko mmg la senang..suruh je...aku kat sini..cam !#$%^&*..huhu..kan dah keluar macam2 perkataan. orang system ni pun 1..buat keje tk check..upgrade system sampai hilang data..ada data yg tunggang terbalik la..semua mengharu birukan hidup aku.. sian baby aku..ibu dia stress dia pun mesti stress kat dalam tu...sabar baby ek..ibu just nak luahkan je..kalau tk makan ati nanti ..

Dah la stress ngan orang yg duk menipu mama papa..renovate rumah tak siap2 lagi..dah nak masuk 3 bulan tak siap2. mak aku lak jenis lembut..duk takpe je ngan kontraktor buat umah tu..aku nak marah orang tu mak aku tak bagi..last2 sket sebanyak mak aku la yg dapat tempias..tak pasal2 ternaik suara kat mama.. sorry lah mama..tak sengaja..akak bukan nak marah mama, akak tak nak mama kena tipu je.. :(

Jumaat jugak anak aku demam panas..tiba2 je demam tinggi..bawak ke Sabtu..sib baik la dia cepat sembuh..Tak abis pikir pasal kerja kat opis..tiba2 malam semalam, tiba2 adik aku yg duk sekolah tahfiz tu balik..terkejut beruk..dia lari dari asrama..sebab kena buli. biler tanya, dia siap cakap kena lempang, sepak terajang semua sampai biru2 kaki dia..aduhaiii...budak yg belasah dia tu dah 18 tahun lak tu..yg adik aku 12 tahun pun tak sampai lagi..siap ugut kalau bagi tahu ustaz nanti dia nak bunuh adik aku..darah aku pun naik mendadak ler..nak gi terus je asrama dia time tu tu jugak..tapi nasib baik ler ustaz dia kol kata suh datang malam ni sebab ustaz yang lagi sorang tu takde..kalau tak ade budak tu lembam jugak aku kerjakan..

Pastu..semalam takleh lelapkan mata..duk pikir ler mana aku nak antar adik aku ni.. dia dah la special sket..kalau masuk skolah biasa dia tak leh bawak..sbb dia kategori "slow" dan cikgu skolah biasa tk leh nak didik dia "one by one".. Duk kat tahfiz tu dah ok dah..Surah Yassin pun dah nak abis dia hafaz..tapi si budak sengal tu lak duk buli dia..Hanginnyeeee!!!!!!

Tgk camne malam ni perbincangan..same ada nak  keluarkan dia dari situ atau nak transfer gi skolah tahfiz lagi satu..aku tak sanggup nak letak dia lagi kat situ..aku yakin walau kita dah warning budak tu mesti dia akan buat hal jugak atau buli mental adik aku lagi....Ya Allah permudahkan lah urusanku ini..Amin!
STTTRESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!!!!

Saturday, 14 July 2012

Lelaki GATAL atau perempuan lebih MIANG


Lumrah lelaki yg nafsunya 1 tapi akalnya 9..kalau nampak perempuan cantik..kalau tk pandang jeling pun jadik..tak kisah la pasangan atau isterinya secantik artis atau bidadari..paling tidak menjeling dari kerling mata pun memadai..inikan pula bila si perempuan start melayan..bagi perhatian yg melebihi sang isteri..pastinya setinggi mana iman di dada mesti bergoncang tatkala digoda oleh si perempuan miang..

Bak kata pepatah bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi..kalau dah sampai "tepuk amai2 belalang kupu2 tepuk sama suka...malam nanti  kita..." camner? mesti lagi kuat bunyinye..kan...maka bermula la drama dan dialog2 cerekarama atau panggung sabtu dimana banyak kekurangan isteri yg diceritakan pada sang kekasih yg sedia memberi khidmat lebih dari seorang isteri.."isteri i tu gemuk, malas masak, sibuk dengan anak2..tak cam u..bergaya ..cantik..pandai berhias..pandai layan i..dan sebagainya..
yg peliknya si perempuan miang ni walaupun dah tau si laki org ni dah berkeluarga..dah beranak pinak..tetap nak jugak merosakkan rumahtangga org..
ada beberapa cerita benar yg aku nak kongsikan. Kisah ni terjadi pada kenalan rapat aku..yg membuatkan hati aku membuak2 nak memaki hamun..tapi sapelah akukan, org luar nak masuk campur..lebih baik aku jaga laki org yg kat umah aku tu agar tak mengikut jejak laki2 org ni..

Kes 1: Si isteri seorang yg lemah lembut, bekerjaya dan hasil perkongsian hidup dengan sang suami telah dikurniakan 3 org anak.Manakala si suami cuma bekerja biasa yg mana si isteri lebih banyak membantu dari segi kewangan dalam rumahtangga mereka.Nak dijadikan cerita..ada 1 betina (kenapa saya panggil dia betina? anda nilai sendiri) ni menaruh hati pada si suami..biasalah kalau si suami lagaknya mengalahkan org bujang,bergaya, keluar minum ngan kawan2..sampai tak hengat yg diri tu ada anak bini di rumah..mula2 elak2 lah..lama2 dah di goda, dihamburkan dengan duit dan janji2 yg si perempuan ni sanggup bermadu..akhirnya si suami ni pun tangkap cintan gak la ngan betina ni..bukan betina tu tak tau yg lelaki  ni dah berkeluarga, malah kenal anak bini si lelaki ni..tapi nafsu mengatasi segalanya..biler tgk laki org tu, nafsu membuak2 agaknye..sampai tk leh nak kontrol..elok2 nak kawen sampai sanggup batalkan semata2 nak kawen ngan laki org ni..yg si suami lak sanggup merayu pada isteri agar setuju untuk terima betina tu sebagai madu..MASALAHNYA..mampukah kau wahai suami nak berpoligami..duit susu, nurseri dan keperluan anak pun bini yg tanggung..inikan pula nak kawen DUA?!! hari2 si isteri di dera dengan cerita2 tentang betina tu..kononya betina tu gaji tinggi, leh tolong kewangan mereka dan betina tu dah janji akan berikan semua hartanya pada si suami sekiranya dia sanggup kawen dengannya.Si isteri hari2 berendam air mata dan sekali lagi diduga bila disahkan dah mengandung 5 bulan. (masa tu baru anak dua)..suami buat hal, tak kisah anak2 kat rumah. isteri lak mengandung lagi..sedikit pun tkde rasa simpati si betina yg tk segan silu nak rampas kebahagiaan org lain..tengah sarat2 ngandung si suami desak agar si isteri berjumpa dengan betina tu..boleh korang bayangkan tak ape perasaan kt sebagai isteri kalau suami buat korang camni.Dipendekkan cerita, si isteri malas nak pk dia "ignore" je perangai suami dia ni sampailah dia bersalin..ingatkan lepas dah dapat anak ke3 mungkin suami berubah hati dan sekali gus membatalkan niat nak kawen lain..tapi lain lak jadinya..belum abis pantang, suami dah jumpe ahli keluarga dia dan isterinya mengatakan hasrat nak kawen betina tu..walau ditentang oleh semua pihak..dia tetap mendesak isterinya berjumpe ngan betina tadi..biler dah jumpe si betina ni leh cakap ape..dia bukan nak merampas suami org tapi cuma nak menumpang sedikit kasih sayang dan ini adalah soal hati..perghh!!!..nasib ko baik minah..sbb jumpe seorang yg lemah lembut..kalau la ko berdepan dengan aku..mmg habis ko aku ganyang!! haha..si suami dah ready dengan borang dan bersiap sedia dengan salinan surat beranak anak untuk memohon poligami...sampai sekarang masih lagi dengan hubungan terlarang dan menyiksa zahir dan batin isteri..kt tengok ape pengakhirnya cerita ni nanti..Semoga si isteri tetap tabah menghadapi dugaan ini..Berdiam tak semestinya kalah..pastinya ada bahagia menantimu nanti..Insya-Allah!


pada betina yg suka sangat bahagia atas penderitaan org lain tu..jaga2 lah..hari ni kau gembira...setiap titisan air mata org yang kau aniayai tu pastikan dapat balasan dari Allah S.W.T suatu hari nanti.

Bersambung.....

~LAA

Thursday, 12 July 2012

Ibu, Mama. Ummi, Mak, Mummy, Ummu..kaulah ratu hatiku..


"Ibu, ibu engkaulah ratu hatiku...bilaku berduka..engkau hiburkan selalu...ibu..ibu...engkaulah ratu hatiku..."
Agak2nya bila kali terakhir kt menyanyi dan betul2 hayati lagu kat atas ni? masa zaman kanak2 ? betul tak? biler dah meningkat remaja, kt dah kurang rapat ngan ibu..biler ibu tegur kt dah terasa dikongkong..rasa menyampah..rasa macam ibu tk paham ape yg kt nak..biler dah keje lak.kt kol ibu sekali sekala..bler rasa nak kol kt kol..biler bz kt kurang nak kol...hmm..itulah hakikat sebenarnya..

Semalam aku terima sms dari besfren aku..mak dia dah masuk bilik bedah..pembedahan untuk membuang ketumbuhan pada payu dara ibu dia mengambil masa lebih dari 9 jam. Lame? mmg lame..sbb kes ketumbuhan payu dara ibu kawan aku ni jarang2 ada kat malaysia. sepanjang HKL bukak ibu kawan aku nye kes ni adalah kes yg ke4 dan kes yg terbesar dorang handle. so nak tak nak ibu dia kena gak buang payu dara dia demi menyelamatkan nyawa. Ada 3 team doktor yg terlibat, pakar bedah, pakar bius dan pakar plastik surgeri. Major operation ni berisiko sbb Mummy (pggilan mesra) ada asma, takut ada komplikasi masa pembedahan tersebut.
Lepas 9 jam - member aku ni tertaya2 status pembedahan tu samada berjaya atau tidak..tapi gagal mendapat jawapan dari pihak hospital.
Jam seterusnya - masih tiada jawapan dan nurse yg bertugas kata, doktor yg buat pembedahan pun tak kuar lagi dari OT.
7pm ++ -  member aku akhirnya diberi masuk ke OT untuk berjumpa mummy yg kelihatan sangat lesu dan berbeza ,bengkak2 muka seolah2 baru lepas xcident..mungkin disebabkan terlalu lama pembedahan tu dijalankan.. Pembedahan tu berjaya cuma keadaan mummy masih lom stabil..masih dalam pemerhatian doktor..dalam nada teresak2 member aku bercerita betapa sedih dia melihat keadaan org yg melahirkan dia dalam keadaan kesakitan, wayar dan tiub sana sini..tak dapat aku bayangkan kalau situasi tu terjadi kat aku..adakah aku setabah kau wahai sahabatku..
Sebagai anak tunggal, member aku ni lah yg menjaga dan merawat mummy seorang diri sebelum dia menjalani pembedahan. aku tau jerih perih member aku ni..mmg aku tabik spring dengan dia yg sememangnya tabah, sabar menguruskan mak, nenek, arwah atuk, suami serta anak2 dia seorang diri. Semoga syurga untukmu Sahabatku.
Syukur , Alhamdulillah..tadi aku dikhabarkan mummy dah stabil, wayar dan tiub dah dibuka..dan yg mencuit hati, dia dah nak start membebel balik kat kawan aku..hahaha..Kadang2 lebih baik lah dia membebelkan..dari dia terus pergi meninggalkan kt selamanya..Semoga Mummy cepat sembuh dan pada sahabatku, walaupun kau bukan yg terbaik, tapi teruslah berusaha untuk memberikan yg terbaik..Aku sayang kau sangat2!!!
Mama & Papa, walau tk pernah kuucapkan betapa aku mencintai kalian..sesungguhnya jasamu tak terbalas..semoga Allah memberikan seluruh kebahagiaan dunia dan akhirat kepada kalian..Amin!


Ibu & Ayah mertuaku, semoga lekas sembuh dan diberkati oleh Allah sentiasa..Amin!

~LAA

Jualan Gudang Baby Outlet

Baru je balik dari pegi jualan gudang baby outlet kat Sunway..blakang opis aku je..takde ramai org dan agak mengecewakan. takde la banyak sangat barang yg dia jual dan harganya pun tk ler jualan gudang sangat..huhu..HAMPA mak yong ni ha..beli just small item macam nappy liner RM5 per 50pcs, wet bag RM10, mitten & bootees RM3 dan napkin fastener je RM3. baju2 baby banyak tapi harga dia tkde la murah sangat cam gi jualan FOS kat Glenmarie hari tu.Sehelai baju baby yg lobang2 tu RM5 (baju sahaja) seluar pun RM5. bagi aku tk worth pun..harga botol susu yg ada besar 2 botol kecik 1 botol RM8..hmm..murah sket je dari biasa..so pendek kata tkde la nak memborong sangat..
 Smalam gi NOSE warehouse sale..dapat la jugak rembat 2 pasang kasut. sepasang RM10 je..ok la jugak sbb masa tengah memboyot ni tk dapat ler nak memakai kasut tumit tinggi..so tak yah nak bazir beli kasut banyak2..ehehe..tunggu end year nye warehouse sale lak..dah abis pantang leh ler melaram balik..hahahha..janji duit ade boleh ler bershopping sakan.....

~LAA


Wednesday, 11 July 2012

Ayah Mertuaku Sakit Kanser Usus


Pagi hari Isnin hari tu aku terkejut biler hubby kol kata ayah admitted hospital. Padahal masa tu mmg aku tau yg kedua mertua aku ada appointment kat HUKM untuk buat scop.Menurut adik ipar aku, semasa proses masukkan alat scop tu ayah dah diberikan ubat tahan sakit/ ubat kebas dengan dos yg tinggi tapi ayah tetap mengadu sakit. Dalam masa yang sama jugak darah keluar dan tiba2 jantung ayah berhenti berdegup!!!
Doktor konpemkan yg ayah ada masalah jantung tapi yg lebih serius ayah menghidap kanser usus tahap 3 dimana kanser tu dah sebesar size 25cm. Doktor terus decide nak buat emergency operation malam tu jugak.Pada awalnya, doktor nak buat endorscopic operation (betul ke ejaan aku ni) namun kemudiannya beberapa doktor pakar terpaksa mengambil keputusan untuk potong terus. Menurut doktor bius dan doktor jantung, endorscopic operation mengambil masa lebih lama dan mereka khuatiri semasa operasi dilakukan akan ada komplikasi pada jantung ayah, so doktor decide nak potong terus supaya masa yg diambil tak terlalu lama. Tapi operation tu dibatalkan berikutan ICU penuh dan doktor pakar bius kekurangan tenaga kerja. so, Operation tu ditunda ke hari esoknya.
Esoknya, pagi2 hubby aku kol kat ayah dah ditolak ke bilik bedah berikutan kadar darah ayah menurun. kami bergegas ke HUKM dan menunggu di luar bilik bedah. Selepas 3 jam ayah dibedah, akhirnya pembedahan tu berjaya dan tiada komplikasi berlaku semasa pembedahan.Alhamdulillah! Ayah dipindahkan ke ICU untuk pemerhatian dan Insya-Allah esok kalau tkde ape2 ayah boleh dipindahkan ke bilik biasa..Syukur sangat2..Semoga ayah cepat sembuh seperti sediakala. Amin! Buat ayah, kami sayang ayah!


Pada yang nak tahu ape itu kanser usus, Jom kt bace informasi kat bawah ni:

KANSER USUS:
KESAN DENGAN AWAL

1.Kanser usus yang juga dikenali sebagai kanser kolorektal adalah salah satu daripada kanser yang kerap berlaku.
Kanser usus seringkali dapat dikesan pada peringkat awal dan pada peringkat ini rawatan boleh menyembuhkan penyakit ini. Terdapat juga langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk mengurangkan risiko kanser usus.
Usus ialah organ terpanjang dalam sistem penghadaman. Ia mempunyai dua bahagian:
 Usus kecil- tempat makanan diserap
 Usus besar- tempat air dan garam diserap

Terdapat dua bahagian dalam usus besar iaitu kolon dan rektum.
Kanser usus ialah ketumbuhan kanser yang biasanya bermula dari dalam lapisan usus besar. Ia boleh membesar lama di situ sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain.
Oleh sebab itu, lebih awal kanser ini dikesan lebih cerahlah peluang untuk menyembuhkannya. Peluang untuk sembuh adalah 90%, jika penyakit ini dikesan pada peringkat awal.

<!--[endif]-->


Berapa ramaikah penghidap kanser usus?
Siapakah yang berisiko menghidapi kanser
Tanda-tanda kanser usus

2.Kanser usus ialah kanser kedua yang paling biasa menyerang lelaki dan kanser yang ketiga yang paling biasa menyerang wanita di Malaysia.
Kanser usus boleh terjadi pada semua peringkat umur, tetapi risikonya lebih tinggi jika anda berusia lima puluh tahun ke atas.

Risiko untuk anda mendapat kanser usus semakin tinggi jika anda:
 mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kanser usus.
 pernah menghidap penyakit radang usus (kolitis ulser atau kolitis Crohn) lebih daripada lapan tahun.

Jika anda mempunyai faktor-faktor di atas, berbincanglah dengan doktor anda tentang risiko mendapat kanser usus.
Tidak semua kanser usus menunjukkan tanda-tanda atau simptom awal tetapi anda harus berjumpa dengan doktor jika anda alami mana-mana yang berikut:
 Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.
 Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa.
 Berasa tidak puas selepas membuang air besar.
 Sakit perut.
 Berat badan turun tanpa sebab yang nyata.
 Berasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab. Gejala ini mungkin disebabkan oleh anemia akibat
kekurangan zat besi. Anemia jenis ini boleh disebabkan oleh kanser usus.


Individu yang berusia empat puluh tahun ke atas perlu awasi tanda-tanda amaran kanser usus. Jika anda mempunyai salah satu daripada tanda-tanda kanser usus di atas, sila berjumpa doktor yang akan merujukkan anda untuk menjalankan beberapa ujian tertentu. Jika hasil ujian menunjukkan terdapatnya kanser usus, rawatan awal adalah lebih baik.

Ujian saringan untuk kanser usus
Mengurangkan risiko kanser usus
endoscopic kanser usus



3.Ujian saringan kanser usus melibatkan ujian terhadap individu yang tidak mempunyai tanda-tanda menghidap kanser usus. Saringan menggunakan kaedah faecal occult blood test (FOBT) atau ujian darah okulta tinja disarankan kepada individu sihat yang berumur lima puluh tahun ke atas.
Faecal occult blood test (FOBT)

FOBT ialah satu ujian ringkas untuk mengenal pasti tanda-tanda awal kanser usus. Ujian ini melibatkan pengambilan beberapa sampel tinja atau najis dengan menggunakan kit ujian. Sampel diambil di rumah dan kemudiaanya dihantar ke makmal untuk dianalisis.
FOBT akan menentukan sekiranya terdapat darah di dalam tinja (darah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar). Darah di dalam tinja boleh disebabkan oleh polip (ketumbuhan di bahagian dalam usus yang boleh bertukar menjadi kanser) ataupun disebabkan oleh kanser usus yang berdarah. Jika terdapat darah di dalam tinja, ujian lanjut perlu dijalankan untuk mengenal pasti punca pendarahan.
Ingatlah bahawa kanser usus mempunyai peluang yang tinggi (90%) untuk disembuhkan sekiranya dikesan pada peringkat awal. Polip yang dikesan melalui FOBT boleh dibuang sebelum bertukar menjadi kanser.

Dimanakah saya boleh mendapatkan FOBT ?
Lelaki dan wanita yang berumur lima puluh tahun ke atas perlu berjumpa dengan doktor untuk menjalani FOBT dua tahun sekali.

Anda boleh membantu mengurangkan risiko menghidapi kanser usus dengan:
 makan makanan yang berkhasiat, termasuk mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dan mengurangkan pengambilan lemak haiwan.
 mengekalkan berat badan yang sihat.
 selalu bersenam.
 tidak merokok.
 kurangkan minum alkohol.

Dengan mematuhi panduan yang diberi tidak bermakna anda akan terlepas daripada diserang kanser usus tetapi ia boleh mengurangkan risiko anda dan juga memberi banyak faedah kesihatan yang lain.

Monday, 9 July 2012

Lampin Kain moden a.k.a Cloth diaper (CD)


Setelah buat sedikit study pasal cloth diaper aka lampin kain moden ni, aku dah decide dan bertekad nak gak cuba guna CD ni..takpelah..belom cuba belom tau kan..tapi kebanyakan yg dah gunakannya semua bagi respon yg positif..harap2 aku takde lah hangat2 tahi ayam..sebab aku telah pun melabur untuk dapatkan CD dari pemborong.. Pelaburan yg pertama ni mmg la agak banyak sikit, tapi mmg jimat lah kalau dikira2 balik. ape2 pun Gambate Kudasai Ibu! semoga berjaya..Chaiyok2!!!!

Credit to: iluvsuperstore.com

Apa itu cloth diaper (CD)?

Cloth diaper adalah lampin kain moden yang mampu berfungsi seperti lampin pakai buang (pampers) dan yang paling penting sekali boleh dibasuh dan dipakai semula !



Apa Kelebihannya?

Penjimatan untuk jangka panjang, membantu dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar,
kesihatan bayi lebih terjamin kerana tidak terdedah kepada bahan kimia yang terkandung dalam lampin pakai buang dan
bayi anda kelihatan cumel bila dipakaikan dengan Cloth Diaper dengan pilihan dalam pelbagai corak,warna dan saiz.



Senang tak dipakai?

Senang sahaja. Masukkan insert dalam poket (untuk cloth diaper berpoket)
dan pakaikan diaper tersebut pada bayi..sama macam kita pakai lampin pakai buang...
Bole terus pakaikan pada baby!Mudahkan!



Macam mana nak basuh?

Senang aje nak dibasuh. Caranya sama je dengan kita basuh baju kita hari-hari cuma
jangan gunakan pencuci yang ada bahan peluntur, softener dan enzim sebab akan cepat merosakkan diaper dan menyebabkan sensitif pada kulit bayi.
Sabun yang biasa digunakan Pureen HAD kerana lembut pada kulit bayi.
Selepas dibasuh, biarkan ia kering dahulu sebelum masukkan insert untuk elakkan elastik daripada terputus.
Yang paling penting, bagi yang baru mula nak guna CD, sila pre wash CD sekurang-kurangnya 3 kali agar daya serapan bertambah baik.




7 SEBAB KENAPA ANDA MESTI GUNAKAN CLOTH DIAPER





1. Cloth Diaper juga sangat menjimatkan!
Anda akan berjimat sehingga RM3500 apabila menggunakan Cloth diapers. Cuba anda kira bersama saya. jika kita guna cloth diaper yang harganya RM25 per set  dan kita perlukan sekurang-kurangnya 12 set, kosnya hanya RM300 dan tahan sehingga 3 tahun Tetapi jika kita gunakan  Disposable Diaper  (lampin pakai buang) yang harganya RM0.60 sekeping dan kita gunakan 7 keping satu hari iaitu bersamaan RM4.20 sehari. RM4.20 X 365 hari = RM1533 setahun yang akan kita belanjakan. Manakala untuk tempoh 3 tahun, RM1533 X 3 = RM4599 yang akan kita belanjakan. 3 tahun ni adalah purata masa bayi anda boleh pergi ke tandas sendiri. Jadi, antara RM300 dan juga RM4599 mana satu pilihan anda?? 
2. Pemakaian Cloth Diaper juga membantu bayi anda lebih sihat. Ini kerana, Cloth diaper diperbuat daripada kain Cotton. 
Kain Cotton merupakan jenis kain yang paling semulajadi untuk diletakkan pada kulit bayi. Selamat untuk kulit bayi yang sensitif. Tiada gel atau bahan kimia lain yang berbahaya.

3. Dengan memakai cloth diaper juga, kurang berlaku ruam dan gatal. Sebabnya tidak  lagi berlaku tindak balas bahan  kimia terhadap kulit anak kita.  Lebih lama disposable diaper dipakai, lebih senang ruam gatal berlaku!! Mengapa disposable diaper senang menyebabkan ruam gatal berlaku pada bayi anda? Adakah anda tahu bagaimana Disposable Diaper  (lampin pakai buang) berfungsi ? Adakah anda tahu apakah yang ada di dalam lampin pakai buang?

Baiklah, cuba anda buat eksperimen ini, potong Disposable Diaper  itu kepada 2 bahagian. Tuangkan air kepada 1 bahagian dan lihat apa yang berlaku.  Terdapat kristal-kristal  kecil yang akan bertindak balas dan berubah kepada bentuk gel setelah terkena pada air tadi.  Gel ni akan menyimpan air kencing dan juga menyerap segala lembapan semulajadi pd kulit baby. Akibat daripadanya, kulit bayi mudah terkena ruam/kerengsaan kulit.

Fakta: Bahan-bahan yang digunakan Untuk Membuat Disposable Diaper * Dioxin - bahan yg terhasil dari proses pelunturan. Kertas yang digunakan bagi menghasilkan lampin pakai buang perlu dilunturkan supaya nampak putih dan bersih. Dioksin merupakan toksin bersifat karsinogen (menyebabkan kanser) Penggunaannya telah dilarang dibanyak negara, tetapi tidak termasuk USA .

* Sodium polyacrylate - Bahan ini dimasukkan ke dalam lampin pakai buang untuk membuatnya menyerap dengan banyak. Ia akan bertukar kepada gel apabila basah. Ia boleh menyerap 200-300 kali beratnya dalam air, dan membendungnya dalam bentuk gel bergetah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kemerah-merahan sekiranya lampin lambat ditukar. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, demam serta jangkitan kuman. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome.Bahan kimia ini juga membolehkan bayi berada dalam keadaan kering berjam-jam lamanya dan juga menyebabkan ibu kerana tidak perlu menukar lampin bayi.

* Tributyl Tin (TBT) - Dilabel sebagai environmental pollutant dan sangat toksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.

* Crude Oil - Satu cawan penuh 'crude oil' telah digunakan utk menghasilkan satu dispo diaper. Crude oil adalah sejenis petroleum. 




4. Alam persekitaran kita juga akan lebih terjaga dan terpelihara. Seorang bayi akan menggunakan sehingga 7,000 disposable diapers atau pun 80 cotton diapers. 
Satu Disposable Diaper  hanya akan dipakai selama 2 jam atau paling lama 4 jam.
Cuba fikirkan apakah bahan yang telah digunakan hanya untuk membuat bahan yang akan dipakai untuk 2 jam (atau lebih) ?
Dan fikirkan juga ke mana akhirnya Disposable Diaper itu?
Kesemuanya akan ke tempat pembuangan sampah kan??

Fakta tentang Disposable Diaper/Lampin Pakai buang 

- Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia setiap hari.
- Sumber sampah KETIGA TERBESAR sedangkan hanya 5% populasi dunia menggunakannya.
- Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya.
- Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu.
- Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah



5. Senang untuk digunakan.
Kalau zaman dulu-dulu, zaman guna kain lampin manual, kita kena ada pin, seluar getah,dan kena ada masa untuk  lipat kain lampin tu. 
Tapi sekarang, cloth diaper ada macam-macam rekaan baru dan moden yang sangat menyenangkan ibu bapa untuk menggunakannya!!

6. Anak kita akan cepat belajar buang air sendiri
kerana mereka boleh merasakan kebasahan padacloth  diaper apabila ia sampai ke tahap ‘maksima’.
Bayi yang menggunakan CD juga akan lebih cepat membezakan antara basah dan kering kerana walaupun bahagian dalam Cloth Diaper (fleece) ini sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi berbanding DD. Menurut satu artikel di dalam Wall Street Journal, bayi yang memakai DD memakai lampin sehingga umur 36 hingga 42 bulan (3-4tahun), sedangkan bayi yang memakai CD masanya lebih singkat iaitu sehingga setahun lebih awal. Ini sangat menjimatkan kerana anak kite akan cepat belajar membuang air sendiri di tandas.

7. Anak-anak juga belajar dari pemerhatian dan peniruan.
Dengan memakai cloth diaper, anda juga telah menunjukkan contoh tentang cara-cara mengurus sampah dengan baik dan menjaga alam sekitar. 
Mereka pun akan mencontohi sikap anda yang baik kerana telah di didik dengan cara seperti itu


Ciri-Ciri Cloth Diaper


Jadual Penggunaan CD
Berikut merupakan cadangan jadual penggunaan CD harian untuk baby anda.
Walau bagaimanapun, ibu-ibu boleh juga mereka sendiri jadual penggunaan CD
bagi baby mereka bergantung kepada kekerapan baby membuang air kecil/kencing.

7am - 10am 1 CD + 1 Insert
10am - 1pm 1 CD + 1 Insert
1pm - 4pm 1 CD + 1 Insert
4pm - 7pm 1 CD + 1 Insert
7pm - 12am 1 CD + 2 Inserts
12am - 7am 1 CD + 2 Inserts

Kesimpulannya, 6 CDs + 8 Inserts diperlukan untuk penggunaan selama 24jam.
Jadi secara kasarnya (menurut perkiraan dan pengalaman saya), 12 CDs diperlukan
bagi membolehkan baby menggunakan CD sepenuhnya :)
tetapi tak salah rasanya jika ibubapa ingin memiliki/membeli lebih dari 12 CDs
kerana CD tersebut bolehlah digunakan semasa emergency-hujan & CD tak kering :)



Cara untuk pakai One Size Pocket Diaper
 

Ini adalah cara untuk pakai One Size Pocket Diaper

Hanya 3 langkah:

1. Adjust size
2. Masukkan insert
3. Pakaikan pada baby

Untuk penggunaan kali pertama saja anda perlu 'adjust' dulu saiz CD, jika mahu saiz S atau M (saiz L takyah buat apa2).... dan setting saiz itu tak perlu dibuka apabila basuh (biar sahaja macam tu)...

Utk penggunaan biasa (siang hari), hanya perlu gunakan 1 insert dan untuk malam bolehlah gunakan 2 insert. Maksimum 3 insert (utk anak yg dah agak besar ).





 YANG PALING PENTING, SANGAT MENJIMATKAN RM KITA!!! :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute