Monday 23 July 2012

Baby Mengeras pada usia 25 Minggu



    Jumaat lepas perut aku mengeras sehari semalam..sampai x leh nak berjalan, bergerak..huhu..sakit..dalam hati terdetik jugak..takkan aku dah nak beranak kot..ikutkan mmg ada pengalaman melahirkan Huda yg tak cukup bulan..masa tu baru 35 minggu..dah ada contraction..dan vagina dah bukak 5cm..tapi 35 Minggu kira ok la sbb berat dia dah 2.3kg..ni baru 25 Minggu..berat pun tak sampai 1 kg..huhu..
    Tapi aku tetap gagahkan diri gak tuk bertenang dan monitor terus..mana tau ada tanda2 darah atau air keluar ke..tapi alhamdulillah takde..cuma sakitnye mmg semacam nak bersalin tapi tkde la sakit sangat..
    Sabtunya aku mmg ada checkup ngan doktor..then doktor kata bahaya kalau contraction tu berlarutan..kemungkinan boleh bersalin awal..doktor just bagi ubat penenang tuk baby supaya lembut balik..takde la mengeras sentiasa..alhamdulillah...sabtu tu dia dah lembut balik..maybe sbb takde tenaga kot disebabkan aku berpuasa..Hopefully tahun ni boleh puasa penuh..dan doa2 semoga baby tak meragam..tak larat nak mengganti dan membayar fidiyah nanti..
    Biler aku google2 aku terjumpa info ni, pasal kenapa baby mengeras...ada kebenaran jugak..selain aku sememangnya aktif..baby pun aktif..lately aku terlebih stress...terlalu banyak masalah datang bertimpa-timpa..maybe sebab tu terjadinya contraction tu..hope lepas ni aku akan kurang2kan aktiviti dan tahap stress aku..

    Berikut antara sebab-sebab perut menegang semasa mengandung :

    1. Bayi bergerak dengan aktif
    2. Ibu sangat aktif
    3. Semasa senaman atau membawa barang berat
    4. Perut penuh
    5. Mengurut perut
    6. Semasa atau selepas hubungan seks
    7. Dehidrasi

    Cara menangani perut mengeras semasa hamil
    1. Tukar aktiviti atau posisi
    2. Berehat lebih lama
    3. Minum air secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari)
    4. Buang air kecil dengan kerap
    5. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan
    6. Usap perut perlahan-lahan


    Sumber :
    http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/semasa-hamil/125-kontraksi-braxtons-hicks-bh.html

    http://ratuhati.com/forum/index.php/topic,2182.25.html?PHPSESSID=3eb486a8b99a815389f00074c4476419


3 comments:

norlin said...

saya pun baru alami benda yang sama
baru 28 minggu perut mengeras ..ingtakan nak bersalin dah

Liza Ahmad said...

sbb aktif sgt kot..

Anonymous said...

Ur situation same like me since dr mukadimah smp la... "...dan tahap stress aku"

Fasting month. stress. 2nd baby 35weeks pun 5cm open. She born 2.44kg. Monitoring.

now 3rd baby, bezanya me 26weeks plus. Skang laying flat tak le pusing kiri kanan. Smbil googling nak tau kenapa mengeras tak hingat.

Patiently monitoring.. asa baru habis membatalkan puasa.. tgk mcm mn.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute