Tuesday, 26 February 2013

Humaira tak bagi ibu gi keje...ke ibu yang tak nak gi keje..

 
Bismillah dan assalamualaikum...
Seharian di pejabat hari ni buat hati aku tak tentu arah..pagi2 lagi dah terasa semacam..mana taknya..pagi2 sebelum pegi keje si kecil tu manja semacam..seolah-olah tak bagi je ibu dia ni keje..sabar ye nak..tak lama dah..ibu pun kalau boleh tak nak dah keje..huhu..
Terkenang saat malam kelmarin bergolek bersama dan bergurau2 sambil mengurut badan si debab Humaira..betul la rupernya ..baby bila kita urut2 badan dia..dia seronok..gembira..ada saja mulut tu nak bercakap..tah apa butir2 percakapannya pun ibu tak paham..hahaha..mungkin dengan sentuhan dan urutan tu buat dia rasa dimanja, dibelai..jangankan baby, aku yang tua ni pun suka bila kena urut..ye tak? kalau ada lah yang pandai urut kat rumah tu..boleh la diurutnya badan aku yang agak lenguh2 sejak kebelakangan ni..
 
 
Jom kita baca sedikit info tentang urutan bayi ni:
 
gambar hiasan

Banyak faedah apabila mengurut bayi. Paling penting bayi akan di rangsang dan peredaran darah semakin baik.

Bayi akan erat dengan ibu atau bapanya. Selain itu beliau sarankan ibu membaca buku, Al Quran atau cerita sebelum bayi tidur. Ini a...kan membantu tingkat ketajaman minda anak mereka.

Kaedah di bawah boleh dijadikan panduan.

Berikut ada tip atau kaedah urutan :


Mulakan urutan dengan:

1. Kaki — Urut menghala menjauhi jantung dengan usapan bentuk C. Urutan bermula di buku lali, bergerak ke paha dan balik ke buku lali. Bengkok dan luluskan kaki bayi serta buat pergerakan seperti mengayuh dan lakukannya secara perlahan-lahan. Buat latihan jari dengan membengkok dan meluruskan setiap jari supaya semua sendi digerakkan. Tolak sedikit jari ke belakang perlahan-lahan.

2. Perut — Gunakan kedua-dua tangan. Lebih mudah jika anda di hujung kepala bayi. Urut perutnya perlahan-lahan dalam bentuk huruf U. Pegang kakinya dan bengkokkan hingga ke perut.

3. Tangan — Ulang proses sama seperti mengurut kaki.

4. Dada — Urut dengan menggunakan tapak tangan. Urut ke arah keluar (melintang) dari tengah dada menghala ke atas sehingga ke bahu, dan turun ke tulang rusuk. Urut secara menyerong dari paha kanan ke bahu kiri. Ulang untuk kaki sebelah lagi.

5. Muka — Urut secara bulatan kecil pada kulit kepala. Urutan ini juga boleh dilakukan ketika mandi dan memakai syampu. Usap dahi, keliling mata dan kening. Untuk pipi, usap secara melintang dari tulang pipi ke telinga. Urut secara bulatan di bawah dagu, keliling telinga dan tengkuk. Urut perlahan-lahan dengan memberi sedikit tekanan. Cara ini akan membuatkan bayi berasa lebih selesa.

6. Belakang badan — Tiarapkan bayi anda. Gunakan minyak dan urut badan belakang dari atas tulang belakang hingga ke pangkal punggung menggunakan kedua-dua tangan. Buat urutan secara bulatan dari bahu, turun ke badan, punggung, paha dan kaki.

Urut bahu menggunakan tapak tangan dan akhiri dengan satu usapan panjang dari bahu ke kaki. Urutan ini mengambil masa antara 20 hingga 30 minit dan kanak-kanak akan lebih tenang serta segar apabila diurut.


Manfaat Urutan Pada Bayi

Urutan bayi bukan saja merapatkan ikatan antara ibu atau ayah dan anak, tetapi turut mempunyai pelbagai manfaat seperti:

1.> Memperbaiki perjalanan darah.
2.> Merangsang deria.
3.> Mengurangkan tekanan.
4.> Memperbaiki sistem penghadaman.
5.> Meningkatkan daya ketahanan badan.
6.> Merangsang perkembangan fizikal dan psikologi.
7.> Membantu memudahkan bayi tidur.
8.> Merangsang aliran oksigen dalam badan.
9.> Memudahkan penyingkiran bahan toksin.
10.> Membantu perkembangan fungsi otot.
11.> Membantu meredakan kesakitan apabila demam.
12.> Merangsang penghasilan hormon.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute