Susu Ibu yang telah dipump/perah mestilah di simpan dengan cara yang betul supaya nutrien dan khasiatnya terpelihara. Cara penyimpanan yang betul turut mempengaruhi tempoh tahan susu tersebut. Beri...kut adalah panduan asas penyimpanan susu ibu:-
1) Pastikan bekas simpanan susu dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.
2) Catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya.
3) Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas.
4) Elakkan dari menigisi susu sehingga penuh ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.
5) Susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
6) Hindarkan dari menyimpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
7) Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
8) Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk.
~LAA
No comments:
Post a Comment