Assalamualaikum..
Anda pernah dengar Episiotomi? buat wanita yang pertama kali yang bakal bergelar ibu, pastinya gerun pabila mendengar perkataan ini..yelah part V tu bakal digunting.mengikut pengalaman saya yang pernah buat prosedur ini masa melahirkan anak pertama dulu, hurm takde rasa ape!! tak percaya? itulah hakikatnya..kerana sakitnya bersalin tu lebih sakit lagi dari rasa digunting. haa..bayangkan betapa sakitnya bersalin kan. Jom saya share serba sedikit tentang apa itu Episiotomi.
Apa itu Episiotomi?
Semasa bersalin, ramai wanita akan mengalami koyakan
pada faraj semasa bayi melalui ruang pelvis. Untuk mengurang risiko ini doktor
akan melakukan episiotomy dimana faraj wanita digunting sedikit untuk memudahkan
laluan bayi. Selepas bersalin, luka tersebut akan di jahit dengan benang yang
akan hancur sendiri selepas beberapa hari.
Tidak semua wanita hamil perlukan episiotomi
kerana ia bukan menjadi satu kemestian. Walaubagaimanapun doktor selalunya akan
membuat episiotomi pada kes-kes berikut: - Kandungan sulung
- Sebelum prosedur vacuum atau forceps
- Untuk kelahiran songsang
Risiko berkaitan Episiotomi
- Jangkitan kuman
- Pendarahan
- Darah beku
- Jahitan terbuka
- Sakit semasa hubungan
- 1 - Kerap mandi suam dapat membantu. Namun pastikan anda tekap bahagian yang dijahit perlahan-lahan dengan tuala lembut yang bersih.
- 2 - Dedahkan bahagian terbabit ke udara selama 10 minit sekali atau dua kali sehari supaya "pengudaraan" berlaku.
- 3 - Jika anda sakit ketika duduk, tempatkan pelampung kanak-kanak atau tuala yang dibentukkan seperti donut di atas kerusi sebelum duduk.
- 4 - Anda juga boleh memilih untuk menggunakan pad gel dingin atau ice-pack. Kedinginan tersebut akan mengebaskan bahagian jahitan dan mengelakkannya daripada bengkak.
- 5 - Tempatkan tuala wanita yang akan digunakan untuk menyerap darah nifas ke dalam peti sejuk terlebih dahulu.Fungsinya sama seperti terapi dingin dan diyakini boleh melegakan.
- 6 - Jirus kaki dengan air ketika buang air kecil atau besar. Langkah ini dapat mengelakkan jahitan daripada menyakitkan anda.
- 7 - Amalkan senaman lantai pelvik untuk melancarkan peredaran darah dibahagian berkenaan. Ia amat berkesan dalam menyembuhkan luka dengan segera.
- 8 - Berjalan sekerap mungkin juga dapat menggalakkan peredaran darah dab mempercepatkan proses penyembuhan.
- 9 - Sekiranya perlu, ambil paracetamol 1000gm setiap 6 jam sekiranya anda berasa terlalu sakit. Bagi mereka yang mengalami alahan pada paracetamol, bolehlah mengambil NSAIDs tetapi rujuk dulu kepada doktor.
- 10- Jika sakit yang dialami berterusan, segera dapatkan pemeriksaan doktor. Dikhuatiri luka episiotomi anda dijangkiti kuman.
~LAA
2 comments:
Aiyakk..ngerinya tgok gmbr real wlaulun dh 2kali kena gunting cmni..huhu..
hi.. nice pictures! ngeri tengok.. hihi.. sy plak ada pengalaman jahitan epi ni terbukak then kene lgi jahit semula.. triple ngeri.. hehe..
Post a Comment