Pagi ni duk berkobar2 nak menaip..walaupun keje berlambak2 atas meja..nak kena keja dateline, tapi aku wat dek je ngan semua tu..hahaha...mood malas sudaa...tak sabar rasanya nak bercuti panjang...
Semalam, laki aku bawak balik satu ubat ajaib katanya..kawan dia jual..UBAT KURUS! mengikut katanya sorang kawan dia dah kurus..tak sampai sebulan dah nampak hasil..yg tukang jual ni lak staff dia jugak..bini dia turun sampai 8kg...tanpa kesan sampingan..tanpa rasa lapar..dan tanpa senaman...WOW!!! teruja aku dengar..then aku tya ler ape nama ubat tu...dia pun sebut ler ABC Acai Berry.. ubat ni dari Hong Kong..aku belek2 kotak dia..takde kelulusan KKM...takde tanda HALAL..tgk bahan2 ..xde lak yg tak leh makan..dari tumbuh-tumbuhan katanya..ubat tradisional org China...aku diam...Almaklumlah ..orang lelaki ni, kalau dah termakan cakap kawan..bini cakap pun tak nak percaya..kawan jugak yg betul..sebelum aku bantah aku kena cari dulu FAKTA2 yg boleh mematahkan setiap ape yg bakal kuar dari mulut dia..
Samada ABC Acaiberry Fake atau Original tetap mengandungi bahan terlarang Siburtamin |
Seperti tidak percaya,ubatan ni mengandungi Siburtamin. Adalah produk ni berselindung atas nama Acai Berry yang tinggi khasiat? |
Capai Handphone terus Google...dan hasilnya... korang leh baca kat SINI dan SINI LAGI .
Pendek kata ABC Acai Berry ni yang Original atau yg Fake, kedua2 nye mengandungi bahan terlarang yg boleh membawa maut. Pada yg single tu..pk2kan la mak ayah.. yg da berkeluarga..pk2 la anak2, bini/suami..jangan ambil risiko yg boleh memudaratkan..biar x kurus janji sihat..kalau dah sakit nanti tak ke MENYUSAHKAN orang..
Kepada yang nak kurus, janganlah ambil jalan mudah..takdenye korang leh kurus dalam masa singkat..takde jalan singkat untuk capai sesuatu dalam hidup ni..semua perlukan usaha yg keras..jaga pemakanan, buat senaman dan jalani cara hidup yg sihat..
Kepada yang menjual produk ni..tujuan saya cuma nak beri kesedaran..bukan nak menjatuhkan perniagaan korang..sebagai penjual..sepatutnya siasat dulu samada produk yg kt jual tu selamat atau tidak..dapat kelulusan KKM dan JAKIM..jangan kerana nak duit banyak sampai menggadaikan nyawa orang lain..Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudia tak berguna..
~LAA
No comments:
Post a Comment