Kelip - kelip (nyanyian Remy Ishak)
Bila senja menimbus siang
Bila awan melindung bintang
Ku coba menyuluhkan sinar
Agar malam mu cerah
Jika pernama tak bersemi
Jika arus sama tak pasti
Ku dengan setia membimbing
Menyinar bagai kelip-kelip
[Chorus]
Genggamlah erat tanganku
Bilang arah nak di tuju
Mari ku pimpin ke sana
Ku bawa kau terbang pergi
Seandainya kita terpisah
Tak usah kau rasa gelisah
Ku dengan setia membimbing
Menyinar bagai kelip-kelip
Genggamlah erat tanganku
Bilang arah nak di tuju
Mari ku pimpin ke sana
Ku bawa kau terbang pergi
Menyinar bagai kelip-kelip
Weekend hari tu..duk layan dvd citer 29 Februari kat umah dengan anak dara aku yg dua org tu..Ayahnye tdo..maka ibunye yg sarat2 ni duk la menyandor layan citer cinta..hehe..
Ok la citer 29 Februari ni..romantik dan sangat2 menyanyat hati..ceewah! part2 setia tu yg susah nak cari..mane la ada lelaki yg sesetia Budi tu kan zaman sekarang..ade pun sangat ler sikit kuantitinye..maybe 1 dari 1000..hahaha..marah org lelaki dengar statement aku ni..hehe..ape2 pun aku terhibur dan tangkap cintan ngan sore si Remy Ishak ni..boleh tahan gak sore dia..kalau ngantuk2 ada org dodoikan ngan lagu camtu..kompem lena diulit mimpi...haha..Mak buyung ni kalau layan jiwang mmg cenggini...tak terlayan...jom kita baca sinopsis filem ni..
Sinopsis 29 Februari:
Mengisahkan kehidupan Budi yang dilahirkan pada tahun lompat 29
Februari 1896 dan hanya dimakan usia 4 tahun sekali. Keadaan fizikalnya yang
kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap “kecacatan” itu sebagai
suatu sumpahan, sedangkan ianya suatu anugerah kepada Budi untuk melalui era
transformasi Tanah Melayu, Malaya dan akhirnya Malaysia yang bebas merdeka. Masa
seolah tidak berganjak buat Budi, dan akibatnya dia sentiasa kehilangan orang
yang tersayang. Beliau diasuh di sebuah rumah bakti bersama sahabat baiknya
Razak, yang cacat penglihatan. Budi melalui perjalanan hidup berlatarbelakangkan
detik-detik bersejarah Negara dan mula mengenali erti kebahagiaan apabila
berkenalan dengan Lily. Walaubagaimanapun, kisah percintaan Budi dan Lily
melalui pelbagai cabaran dan cinta terlarang. Apakah satu-satunya cinta Budi
akan kekal abadi, seiring dengan hayatnya yang tidak dimakan usia?
No comments:
Post a Comment