Kadang kita merasakan amat dekat hatinya pada kita tapi sebenarnya langsung kita tidak tahu apa yang bermain di dalam fikirannya..Hinggakan kadang kita tidak langsung menduga apa yang sedang difikirannya walau kadang berbicaranya seolah tiada akan rasa, namun sebernarnya amat jauh dari dunia sendiri..
Dan jangan jua biarkan wanita
yang berada di sisi kamu bersedih dan menangis.. Dan jika masih dibiarkan jua,
terhenti air matanya setelah letih seolah hatinya jua telah tawar dan pudar
akan cinta..
Jangan di biarkan
wanita yang berada di sisi kamu punyai rajuk yang panjang hingga tiada akan
usaha untuk mengembirakan hatinya.. Kerana pasti akan ada seseorang yang cuba
membuatnya senyum dan gembira..
Dan kadang bila
kita mampu melihat air matanya yang mengalir.. Sungguh di kala itu amat perit
derita yang di tanggungnya.. Dan seolah telah hilang satu kekuatan diri kerana
selalu menahan dari mengalirnya air mata itu..
Jangan biarkan
wanita yang berada di sisi kamu merasakan sunyi dan terabai, kerana pasti akan
ada bisikan mengodanya mencari keserasian..
Mereka tidak mendengar apa yang
dikeluh.. Mereka tidak melihat dengan mata walau memandang.. Mereka hanya mahu
tahu satu kisah.. Satu cerita asalnya duka.. Tidak langsung mereka mengerti
akan rasa.. Kerana mereka tidak berada di atasnya.. Tidak akan ada rasa menilai
kerana mereka hanya ada untuk sandaran seketika..
Kadang dia sering
menyembunyikan satu rasa yang sakit pada seseorang sehinggakan menitis
airmatanya namun kita tidak melihat.. Kerana menangis dia dalam diam..
Menanggis dia dalam hatinya.. Deritanya sukar kita pahami kerana dia pandai
memainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihannya di sebalik senyuman yang
terukir..
Dan jika kita
terus biarkan dia dalan kesedihan, mungkin dia melakukan perkara di luar
kawal.. Bimbinglah dia.. Tenangkanlah hatinya..
Di saat menitisnya
air matanya itu, jika kamu berpesan padanya dan berjanji takkan melukai lagi
perasaannya.. Dia akan menerima kata katamu itu sebagai pemangkin semangatnya
yang membara.. Dan jika kamu berpesan jangan menangis lagi dan akan
menjaganya.. Lantas dia akan mengenggam erat tanganmu.. Di dalam hatinya dia
berazam tidak akan melepaskan hingga akhir hayatnya..
Dan kadang dia
jarang menyatakan kata rindu, janganlah kamu berangkapan tiada langsung
perasaan rindu itu pada kamu.. Sengaja dia memberi ruang untuk kamu menyatakan
terlebih dahulu kerana hatinya amat berbunga bunga jika seorang yang dia cintai
memberitahu sedang rindukanya..
Apabila perempuan
kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.. Apabila berjauhan,
bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.. Kadang dia tidak dapat melakukan
kerja kerana amat merindui kamu..
Dan amat
menyakitkan bila kita terpaksa berpura pura bahagia sedangkan pada realiti itu
amat kita merasakan derita.. Hanya mampu melihat tanpa memandang kerana telah
dibutakan dengan kecurangan.. Kita pujuk akan hati, cerita ini hanya sementara
hingga sampai satu masa setiap lakonan itu akan berakhir jua..
sumber : SINI
sumber : SINI
No comments:
Post a Comment