Bismillahirrahmanirrohim
Salam..bagi memenuhi permintaan seorang kawan yang nak tau macamana nak dapat susu yang banyak, disini aku kongsikan tip2 dan cara2nya..semoga apa yang aku kongsikan ni dapat membantu ibu2 diluar sana untuk terus menyusukan bayi masing2. Bukan mudah untuk kt teruskan penyusuan terhadap bayi kita. banyak usaha2 yang kita harus lakukan demi untuk memperbanyakkan susu. Bak kata pepatah dimana ada kemahuan di situ ada jalan. yang penting rajin usaha dan tak mudah putus asa.
Sumber: Google
Lihat gambar2 di atas ni..banyaknya stok EBM merekakan..gambar ni membuatkan aku lebih bersemangat lagi untuk mengumpul stok EBM yang ada.
Ni pulak stok aku setelah berpindah freezer baru..byk lagi ruang kosong yang kena isi..Chaiyok2!!!
Ni stok sebelum ada freezer baru..tak muat da..
Jom kita sematkan dan amalkan dalam diri kita tips2 kat bawah ni agar kita peroleh hasil yang lebih lumayan..selamat berusaha kawan2!!!
TIPS - TIPS PERBANYAKKAN SUSU
sumber :SINI
- Positifkan diri semasa mengandung dan tetapkan dalam hati saya ingin menyusukan bayi saya sehingga 2 tahun.
- Cari Info-info berguna dan banyakkan membaca berkenaan penyusuan.
- Berkawanlah dengan ibu-ibu yang dah berjaya dalam menyusukan anak secara ekslusif , bila kita start berkawan dengan org2 macam ni , secara tak langsung kita akan bersemangat untu menjayakan penyusuan untuk si manja kita nanti. Elakkan dari unsur-unur NEGATIF
- Sebaik bayi dilahirkan, jika bersama anda terus susukan bayi walaupon bayi belum pandai menghisap. kita harus menyusukan bayi sebaik melahirkan atau selepas satu jam melahirkan. Kerana KOLOSTRUM yg baik dan sangat penting utk si manja sudah tersedia untuk diminum..Dan paling UTAMA masa ni, hormone prolaktin berada pada tahap yg sangat tinggi.
- Susu kita ni,lg kita pam,lg byk dia akn produce. Tak caya, cuba BUAT! "MORE DEMAND MORE SUPPLY" Mula2 memg skit,tp percayalah,lg kita pam,lg byk susu kita akn terhasil..Bila kita rajin pam susu , susu akan refill dengan cepatnya. Kalau MALAS sendiri mau ingat..hehehehe.
-SOALAN yang sering di berikan pada saya, Kak anak saya ni asyik nak mengepeng je selalu bergayut, macam mana nak buat STOK kak, susahklah kak. pam mesti dapat sikit jek.Jika bayi minum sebelah kanan, sebelah kiri pam supaya dapat buat stok. Tips yang mudahkan. Sebelah malam pulak bila bayi tidur , bangunlah buat TEKNIK POWER PUMPING memang sangat membantu.
- Bagi ibu yang berkerja cuba cari masa yang sesuai dapat pam waktu rehat pon kira sangat bagus.
- Dapatkan rehat dan Supplement yang terbaik , kerana ibu-ibu memerlukan pemakanan yang seimbang dan memastikan pengambilan makanan protien dan kalsium yang mencukupi. Mudah saja bagi ibu-ibu yang tiada masa boleh mengantikan dengan supplement SHAKLEE. Mudah dan ringkas.
- Air Masak Minum 3-4liter sehari kerana di dalam tubuh manusia memerlukan air yang banyak disamping itu dapat melancarkan penghasilan susu.
- Badan yang letih, mengantuk, tiada zat , stress akan menganggu penghasilan susu dengan supplement akan dapat membantu si ibu lebih kekal cergas sepanjang tempoh berpantang dan penyusuan.
- Semasa pam susu boleh kot kita layan FB hehehe bg ibu-ibu gemar berFB, novel atau cerita lawak bila kita ceria dan tenang penghasilan susu lancar dan cepat.
- PERINGATAN !! JANGAN MALAS MENGEPAM. gunalah pam yang sesuai dengan anda.
- Akhir sekali Bermohonlah pada NYA, Semoga diizinkan oleh ALLAH dapat kita menyusukan bayi sehingga berumur 2 tahun. Banyakkan berzikir.
Semoga Allah memperkenankan niat baik kt tuk menyusukan anak sehingga usia 2 tahun. Amin!!
~LAA
No comments:
Post a Comment