Bismillah..Assalamualaikum..
Bagi ibu-ibu yang bekerja, 2 minggu selepas melahirkan bayi adalah waktu
terbaik untuk mengumpulkan stok susu sebagai persediaan apabila mula bekerja
nanti. Jangan bersedih hati sekiranya hasil susu yang dipam sedikit sahaja,
sebaliknya teruskan mengepam dengan mematuhi rutin mengepam setiap hari (3-4
kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg). Susu yang dipam pada waktu yang berbeza
boleh dicampur tetapi perlu disejukkan terlebih dahulu. Sebagai contoh hasil
susu yang dipam pada 24 haribulan dan 25 haribulan boleh dicampur selepas
beberapa jam diletakkan dibahagian sejuk peti. Barulah susu yang dicampur tadi
diletakkan di tempat sejuk beku.
Memerah
dengan tangan
- memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada
hari-hari 1-3 selepas kelahiran
- basuh tangan dengan bersih sebelum
memerah
- sediakan bekas yang bersih dan steril
- lakukan pemerahan di
tempat yang bersih, tenang dan selesa
- boleh dilakukan dalam keadaan duduk
atau berdiri dalam keadaan yang selesa
- buat sedikit urutan pada payudara
dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin
atau let-down reflex)
- melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan
refleks
- tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu
menghasilkan refleks penghasilan susu - buat pegangan “C” pada payudara,
letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari
telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
- tekan payudara ke belakang
ke arah dada
- perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari
telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
- teruskan memicit sehingga susu
keluar
- perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
- buat berulang kali
sehingga tiada lagi susu keluar
- tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut
pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat
daya-timur laut)
- ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
-
tukar ke payudara yang satu lagi
- urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali
lagi
- perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
- setelah selesai
memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting
payudara
Memerah
dengan Menggunakan Pam
- baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam
sebelum menggunakannya
- basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan
mengepam
- basuh tangan dengan bersih
- duduk atau berdiri dalam keadaan
yang selesa
- rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin
(let-down reflex)
- posisikan puting payudara ke dalam corong breast
shield
- mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan
pam elektrik/bateri)
- boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut
keselesaan
- pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
- masa
mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)
Panduan-Panduan
Lain
1. Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak
menyakitkan
2. Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk
mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
3. Memerah dengan kerap
adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah
dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
4. Pilih pam yang
sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh
menggunakan bateri, single pump atau double pump
5. Pam yang baik adalah pam
yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)
6. Patuhi rutin
mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
7. Memerah
susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
8. Ibu
juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap
payudara yang satu lagi
Selamat mencuba!!